CHAPTER 31: UNCLE ZACK

4.5K 283 84
                                    

Brandon dan Romeo duduk di kerusi dalam tempat persembunyian Romeo. Walau dipandang berjuta kali sekali pun, Romeo dan Ruth memang serupa. Dah nama pun kembar kan?

"Ruth nda tau yang kau masih hidup?" Soal Brandon. Romeo menangguk kepala.

"My own little brother forgot about me. How sad can life be?" Ujar Romeo dengan sedih. Dia berpura-pura bersedih. Menyampah pula Brandon tengok. Dia menjulingkan matanya ke atas.

"Kenapa kau nda munculkan diri depan dia?" Soal Brandon lagi. Automatik wajah Romeo berubah menjadi serius semula. Dia memandang ke arah Brandon dengan wajah ketat.

"Kenapa pula saya perlu buat macam tu? Apa yang akan saya dapat? Kami bukan rapat pun." Jawabnya dengan serius. Brandon menangguk kepala tanda faham. Pandangan mata Romeo ke arahnya betul-betul sama dengan pandangan mata Ruth.

"So bila mau menyerang diorang?" Brandon sudah tidak sabar untuk menyerang Ruth dan yang lain-lain. Sikap gilanya kembali. Bunuh! Bunuh! Bunuh! Dia benci diorang semua!

"Bila yang kau mau?" Soal Romeo dengan senyuman sinis. Brandon membalas senyumannya dengan senyuman sinis. Terang lagi lampu bersuluh yang dia mau menyerang sekarang.

                          * * * *

Zack dan Elizabeth kini sedang berada di dalam dapur. Elizabeth sedang mengajar Zack cara untuk membuat donut. Gadis kecil itu tidak berhenti-henti membebel tentang cara membuat kuih donut yang betul.

Entah Jason menghilang ke mana. Dia tidak berada bersama dengan mereka semua hari ni. Ruth dan Trixie pula sibuk membina hubungan cinta di antara mereka.

"Uncle Noob faham?" Soal Elizabeth. Zack menangguk kepala. Sebenarnya dia tidak faham sebab dia tidak minat untuk baking ni.

Hubungannya sangat rapat dengan Elizabeth. Apa tidak, dari Elizabeth keluar dari botol kaca, dialah penjaganya. Jadi dia faham benar perangai gadis kecil ini.

(SAMPAI TAHAP READER MAU DIORANG COUPLE. Eh tam. Okay sambung😂)

Elizabeth meneruskan sesi pembelajaran membuat donutnya. Zack hanya mendengar tanpa sebarang bicara. Sekali sekala dia mengangguk kepala. Kononnya dia faham tapi yang sebenarnya dia tidak faham. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Semasa sedang bercakap, tiba-tiba Elizabeth berhenti. Dia melihat ke arah ruang tamu. Aura siapa ni? Bisik hatinya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kuat dari ruang tamu. Dengan pantas Zack mengangkat Elizabeth lalu berlari ke arah ruang tamu. Setiba sahaja mereka di sana, mereka terkejut melihat Ruth sedang berlawan dengan seseorang.

Trixie pula ditahan oleh Brandon. Jelas yang Ruth semakin tewas. Romeo berhenti memukul adik kembarnya itu. Lemah! Dari dulu sampai sekarang masih lemah! Romeo berpaling ke arah Zack dan Elizabeth.

"Oh manusia biasa dan anak buah saya ada di sini. Mari. Datang sama pakcik." Ujarnya dengan senyuman sinis. Elizabeth menjadi takut. Dia memeluk Zack dengan erat lalu membenamkan wajahnya di bahu Zack.

"Kau siapa?!" Soal Zack. Dia takut! Dia hanyalah manusia biasa, macam mana dia mau lindungi diorang semua?

"Kau nda kenal siapa saya? Sayalah raja dunia! Romeo McKenzie. Hahahahaha!" Romeo tergelak dengan jahat.

Jerrico muncul. Dia baru kembali entah dari mana. Firasatnya kuat mengatakan yang Ruth sedang mengalami masalah, sebab tu dia pulang.

"Romeo!" Jerrico langsung tidak terkejut melihat keberadaan abang kembar Ruth itu. Romeo berpaling ke arahnya.

"Oh pakcik pengkhianat!" Romeo tersenyum sinis ke arahnya. Pandangan mata Jerrico dialihkan kepada Ruth. Dia teruk dibelasah oleh Romeo. Mungkin effect kecederaan hari tu.

Tanpa sebarang amaran Jerrico menyerang Romeo. Dia menumbuknya namun Romeo sempat mengelak. Romeo cuba menendang dia dari belakang, dengan pantas dia mengelak.

Zack membawa Elizabeth lari ke dalam dapur semula. Risau gadis itu terkena.

"Wow... dah tua bangka pun masih laju." Puji Romeo. Jerrico tidak berkata apa-apa. Dia cuba menyerang Romeo. Kali ni pukulannya mengena.

Melihat Jerrico berlawan dengan Romeo, Trixie sedar yang dia juga adalah pontianak sekarang. Lupa yang dia bukan lagi manusia biasa. Tiba masanya untuk dia mencuba kebolehan barunya itu.

Dia menggigit tangan Brandon. Brandon menarik semula tangannya yang digigit oleh Trixie. Tanpa sebarang amaran, Trixie memegang tangannya lalu membaling dia. Tembus dinding ruang tamu, dapur sehingga ke laman belakang rumah!

"Wow... supermom." Bisik Elizabeth.

"Indeed." Zack bersetuju dengan Elizabeth. Trixie muncul di dalam dapur. Dia memeriksa keadaan mereka berdua. Mujur mereka selamat.

Jason muncul di belakang Trixie. Baru sahaja Zack hendak menegurnya, Jason memegang bahu Trixie lalu membaling gadis itu ke arah dinding. Dia tidak membalingnya dengan kuat.

Semua orang terkejut dengan perbuatannya itu. Elizabeth berlari ke arah Trixie.

"Mummy!!"

Jason hilang dan muncul semula dengan pisau di tangan. Dia mendekati Zack. Dengan pantas dia mengelar leher Zack.

"Ahhh!!!" Jerit Elizabeth. Dia menangis teresak-esak.

"Jason, why?" Trixie memandang ke arah Jason dengan air mata yang mengalir dengan deras. Belum sempat Jason menjawab, Brandon muncul sambil bertepuk tangan.

"Wow... dikhianati oleh orang yang paling kita percaya. Ouch!" Ejeknya. Trixie menjeling ke arah Brandon. Tiba-tiba Romeo muncul. Dia teruk dibelasah oleh Jerrico. Tua bangka pun jangan pandang sebelah mata.

"Let's go."

Sekelip mata mereka semua hilang. Termasuk juga Jason. Sampai hati kau Jason! Kenapa kau buat semua ni?! Fikir Trixie dengan geram.

Elizabeth berdiri lalu menghampiri Zack. Zack sedang berusaha untuk bernafas. Namun gagal. Badannya menggeletar sedikit. Elizabeth menangis teresak-esak.

"Uncle please! Don't die!" Jeritnya.

"Uncle janji untuk tengok Elly membesar kan?! Uncle janji untuk jadi bodyguard untuk Elly selama-lamanya kan?! Kan?!" Elizabeth berkata dengan sedih. Matanya merah.

Dia membaringkan kepalanya di atas badan Zack sambil menangis. Elizabeth menjadi sukar bernafas akibat menangis.

Jerrico dan Ruth yang baru tiba di dapur, terkejut. Siapa yang buat semua ni? Brandon?

Tiba-tiba badan Zack berhenti bernafas. Matanya terpejam dan tangannya yang tadi menggengam lehernya, jatuh ke lantai. Elizabeth menjerit sekuat hatinya. Seolah-olah jeritannya mampu menghidupkan Zack semula.

Ruth mendekati Elizabeth. Dia cuba memisahkan gadis kecil itu dari Zack. Namun gagal.

"No! Elly mau uncle hidup! No!! Uncle mesti hidup!! Ahhh!!!" Jerit Elizabeth. Trixie menahan air matanya. Dia faham yang Elizabeth sukar menerima kematian Zack. Elizabeth meronta-ronta untuk dilepaskan dari genggaman Ruth.

Ruth melepaskan dia. Elizabeth berdiri lalu berlari ke arah Jerrico. Dia menarik-narik tangannya sambil menunjuk ke arah mayat Zack.

"Please! Elly mau Uncle Noob hidup balik! Elly merayu! Please! Uncle Jerrico... please!!" Rayu Elizabeth.

"Uncle pun nda pasti kalau dia boleh hidup balik." Ujar Jerrico. Dulu Trixie hampir meninggal tapi Zack pula lain kes. Jadi dia pun tidak yakin.

Elizabeth melepaskan genggamannya di tangan Jerrico lalu jatuh tersungkur di atas lantai.  Dia menjerit dan menangis sepuas hatinya. Trixie mendekati puterinya lalu memeluk dia.

"Mummy! Uncle Zack... no... no!!!"

Trixie hanya mampu mengusap belakang puterinya itu dengan lembut. Dia membisikkan kata-kata lembut bagi menenangkan dia.

***

HALU! Sis Eva di sini! Sorry lambat update😆 Zack mati!!! 😭😭😭😭

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now