Seminggu berlalu. Hari pertunangan Trixie dan Brandon semakin dekat. Semasa sibuk membeli belah untuk persiapan pertunangan, Trixie terlanggar Lisa.
"Eh maafkan saya, cik!" Ujar Trixie. Lisa tersenyum sedih.
"Oh... nda apa." Ujarnya sambil menahan sebak di dada. Dia rindu Trixie tapi dia tidak boleh memeluknya atau berlagak seperti dulu. Melihat raut wajah Lisa yang sedih, Trixie menjadi panik.
"Cik okay?" Soalnya dengan penuh prihatin. Lisa menangguk kepala sambil tersenyum palsu.
"Saya okay. Siapa nama kau?" Dia berpura-pura tidak mengenali Trixie. Trixie menghulurkan tangan kanannya kepada Lisa sambil tersenyum lebar.
"Nama saya Trixie Resvilth!"
Lisa menyambut salam Trixie. Terasa seperti hubungan mereka di tekan butang reset dan kini mereka sedang dalam progres untuk berkenalan semula.
"Elissa Octovia Paul. Selamat berkenalan."
* * * *
Lisa masuk ke dalam tandas awam lalu menangis. Dia mahu Trixie yang lama tapi dia tahu ini yang terbaik. Lagipun dia sendiri bersetuju dalam hal ini ketika disoal oleh Brandon. Satu-satunya untuk menyelamatkan Trixie yang dikuasai oleh kemurungan tahap ekstrem.Sementara itu, Trixie sibuk di kedai bunga. Dia menjadi rambang mata melihat jenis-jenis bunga yang terdapat di sana. Jadi dia mengambil keputusan untuk menelefon Brandon untuk meminta pendapatnya tentang jumlah yang akan digunakan ketika majlis nanti.
"Nanti mau letak banyak bunga ka untuk dekorasi?" Soal Trixie kepada Brandon di hujung talian. Brandon berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Trixie.
"Saya rasa nda payahlah banyak. Kita letak sederhana saja. Nanti semak pula." Ujarnya dengan jujur. Di tangan kirinya, dia sedang memusing-musingkan pen hitam manakala tangan kanannya memegang telefon.
"Yakan... kita letak beberapa jenis ja la." Trixie bersetuju dengan cadangan Brandon. Dia mencapai list yang ada di dalam beg lalu memeriksa barang yang perlu dibeli. Sebenarnya Brandon tidak membenarkan dia untuk turun sendiri ke mall untuk membeli barang namun dia berkeras untuk pergi juga. Seterusnya dia perlu mencari kedai kek untuk menempah kek istimewa buat Brandon.
"Saya tutup dulu. Selamat bekerja sayang. I love you." Ujarnya sebelum mematikan panggilan telefon. Trixie memulakan langkah untuk mencari kedai kek yang dia idamkan.
* * * *
Ruth yang kebetulan berada di mall milik keluarganya memerhati Trixie dari jauh. Mujur dia tidak membawa Elizabeth hari ini. Kalau tidak, mungkin dia akan mengecam aura milik Trixie.
"I love you? Ha! What kind of bullshit is that." Bisik Ruth. Jason memandang ke arahnya dengan muka hairan. Sudah hampir 30 minit mereka mengekori Trixie. Tak sangka hampir 7 tahun mereka meninggalkan Malaysia, Ruth masih kenal dan cam dengan aura Trixie.
Jason menggelengkan kepalanya. Kini dia faham akan cerita Zack mengenai perasaan Ruth kepada Trixie. Dia masih ingat komen-komen Ruth tadi.
"Kenapa dia satu orang? Mana itu oh so called tunang dia? Gobloknya mau kasi tinggal si Trixie saturang."
"Bukan sepatutnya lelaki sama-sama ka untuk urus benda penting macam ni? Atau Trixie kena kasi main-main saja?"
"Hmm... bunga ros nampak cantik dengan dia. Menyerlahkan aura elegen dan seksi dia." Senyuman di wajah Ruth adalah senyuman yang tidak pernah Jason nampak. Senyuman apa? Senyuman orang sedang mabuk cinta la. Apa lagi.
"Lelaki apa dia ni? Nda kesian ka suruh-suruh tunang sendiri saturang urus benda."
Jason menampar dahinya lalu mengeluh. Dia mengambil keputusan untuk menyoal Ruth tentang perasaannya yang sejujurnya terhadap Trixie. Namun membatalkan hasratnya kerana dia tahu jawapan yang akan diberi oleh Ruth nanti.
"Err... bukan tujuan kita datang di sini untuk periksa keadaan sekeliling?" Ujar Jason. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Memang sedang periksa pun." Ruth berkata namun matanya masih leka mengekori Trixie.
"Periksa kedai atau Trixie?"
Soalan Jason membuatkan Ruth tersentak sedikit. Dia mengalihkan pandangannya kepada Jason. Kenapa dia ikut Trixie? Kenapa hati dia sakit melihat Trixie sibuk dengan persiapan tunang dia? Dia rasa macam mau rosakkan pertunangan ni.
"Mari periksa yang lain." Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Jason yang sekali lagi menampar dahinya. Bingung betul bos saya dengan perasaan dia ni tau.
Namun baru beberapa mereka berjalan, telefon Jason berbunyi. Jason mengeluarkan telefonnya lalu menjawab panggilan telefon tersebut.
Suara Zack panik ketika dia menjelaskan apa yang berlaku kepada Jason.
"Elizabeth di mall sekarang?" Soal Jason dengan panik. Ruth juga menjadi panik. Dengan segera dia terus mencari Elizabeth sambil berdoa agar dia tidak bertembung atau berada di kawasan Trixie.
* * * *
Elizabeth bosan di rumah jadi dia mengambil keputusan untuk keluar walapun tidak dibenarkan. Dia meneliti kedai-kedai yang sering dimasuk oleh kaum manusia yang lemah.
"Patutlah nda laju lari. Makan lemak hari-hari." Komen Elizabeth ketika dia ternampak banyak orang sedang menjamu selera di kedai KFC. Ada juga kedai yang menjual patung comel namun dia malas hendak membelinya kerana di rumah, patungnya berlambak. Ada juga yang dia tidak guna sudah.
Tiba-tiba langkah terhenti. Dia terhidu aura yang sangat dia kenal. Dia pernah hidu aura ini.
"Mummy?" Bisiknya. Elizabeth yakin dan pasti yang aura ini adalah milik mummynya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Trixie namun ketika bayi, dia menangkap aura Trixie dengan pantas.
Menurut Jason, normal bagi bayi pontianak mengecam aura ibu mereka sejak dari kandungan lagi. Elizabeth melihat keadaan sekelilingnya. Aura itu tidak berada dekat dengannya.
Mesti mummy ada di... utara!
Elizabeth berpusing ke arah utara lalu berlari. Harapannya untuk berjumpa dengan mummynya sejak dulu semakin tinggi. Sudah lama dia bermimpi untuk berjumpa dengan mummynya.
* * * *
Jason dan Ruth berpecah untuk mencari Elizabeth. Mujur Jason menjumpai Elizabeth sedang berlari ke arah tempat Trixie. Dengan pantas dia menahan Elizabeth. Elizabeth meronta untuk minta dilepaskan.
"Lepaskan saya!! Mummy ada di sini!!!" Elizabeth cuba membuka genggaman tangan Jason namun gagal. Jason menelefon Ruth untuk memberitahu di mana mereka berada sekarang. Selang beberapa saat kemudian, panggilan dimatikan.
Elizabeth menjadi marah. Dia memegang pergelangan tangan Jason lalu menghumban dia ke arah dinding. Jason menjadi terkejut. Oleh kerana Elizabeth merupakan keturunan McKenzi iaitu keluarga pontianak yang terkuat, tidak hairan dia juga kuat. Walaupun dia masih kecil.
Orang ramai menjadi takut selepas melihat kekuatan luar biasa yang dimiliki oleh gadis yang baru berumur 7 tahun itu. Namun Elizabeth tidak memperdulikan tentang dirinya yang sedang menjadi topik hangat. Dia meneruskan perjalanannya mencari Trixie.
Selang beberapa minit kemudian, dia menjumpai Trixie. Wajahnya dan Trixie hampir sama, jadi dia pasti yang itu adalah mummynya. Namun dalam masa yang sama Ruth juga menjumpainya.
Ruth menjadi panik. Dia mesti tahan Elizabeth dari berjumpa dengan Trixie! Kalau tak, bahaya jadinya. Ruth berlari ke arah Elizabeth.
"Mummy!!"
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...