S. FINAL: MELAMAR?

5.3K 289 39
                                    

Dengan bantuan Davien dan Jason, Ruth dapat mengalahkan Romeo. Romeo tewas di tangan mereka. Namun Jerrico juga turut tumpas kerana racun di dalam badannya gagal dikeluarkan.

"Ruth, dia cakap semua harta dia akan diserahkan kepada kau. Dia juga minta maaf sebab tidak tolong parents kau hari tu." Trixie berkata kepada Ruth. Ruth hanya berdiam diri merenung ke arah mayat Jerrico.

Elizabeth memeluk daddynya. Dia tahu yang Ruth sedang sedih jadi dia peluk Ruth untuk menenangkan dia. Ruth meletakkan kepalanya di atas bahu Elizabeth.

"Daddy, are you crying?" Soal Elizabeth. Ruth tersenyum lembut.

"Nope." Jawabnya.

"Daddy orang kuat kan? Jadi daddy jangan nangis. There... there." Elizabeth mengusap lembut belakang Ruth. Trixie hanya memerhati adegan anak dan ayah itu.

---

Majlis pengkebumian diadakan secara tertutup bagi Jerrico dan Romeo. Walaupun Romeo jahat, mereka tetap menjalankan upacara pengkebumian untuknya. Rata-rata pengikut fesyen Jerrico terkejut apabila pengumumannya meninggal dunia diumum oleh Ruth.

"Uncle, thank you for everything." Ucap Ruth kepada Jerrico. Dia mengusap batu nisan yang bertulis nama Jerrico. Ruth berdiri lalu berjalan ke arah Trixie dan anak gadisnya. Dia mencium pipi kiri Trixie.

"Where is the boys?" Soalnya. Dia mencari Davien dan Jason.

"Bergaduh di belakang rumah." Jawab Trixie lalu tergelak kecil. Davien dan Jason bergaduh sebab Davien masih marah kepadanya. Kononnya Davien mahu membelasah Jason.

"Haih. Jomlah balik." Ajak Ruth. Trixie mengangguk kepala. Ruth mengangkat Elizabeth lalu mereka berjalan ke arah kereta mereka.

"Daddy." Elizabeth memanggil Ruth.

"Ya sayang?"

"Lepas ni Elly harap tiada sudah orang jahat. Tiada lagi bah kan daddy?" Soalnya dengan suara risau. Ruth tersenyum lembut.

"No sayang. No more orang jahat." Jawabnya dengan lembut.

---

Apabila mereka tiba di rumah baru mereka di Malaysia, benda pertama yang mereka nampak adalah Jason yang sedang tidur di atas lantai ruang tamu serta Davien yang tidur di atas sofa.

Jason tidur dengan berbantalkan plastik sampah yang penuh dan berwarna hitam. Selimutnya pula adalah tisu tandas. Trixie menampar dahinya.

"Orang-orang kau ni memang pelik." Ujar Trixie lalu menghembuskan keluhan berat. Ruth hanya berdiam diri merenung ke arah orang-orangnya itu.

Elizabeth berlari ke arah Davien. Dia terbaca sesuatu di dahi Davien. Dia memanggil Ruth dan Trixie. Sebaik sahaja Ruth terbaca apa yang ditulis di dahi lelaki itu, dia membalingnya ke siling.

"Ruth! Rosak lagi rumah kita! Ish!" Trixie mencubit tangan Ruth. Ruth mencebik tanda merajuk. Siapa suruh tulis gitu! Padan muka.

"Apa maksud tu mummy?" Soal Elizabeth kepada Trixie.

ELLY IS MINE ♡

Itulah yang tertulis di dahi Davien. Davien yang jatuh dari siling, terbangun. Dia melihat sekeliling. Matanya bertentangan dengan Ruth.

"Hai... boss." Dia tersengih lalu menutup dahinya. Ini Jason punya pasal! Gila! Bisik hatinya dengan agak geram. Sekarang ni mungkin mereka menyangka yang dia ni pedo.

"Never. Touch. My. Daughter!" Jerit Ruth. Davien menjauh sedikit. Seram pula tengok Ruth marah.

"Okay boss!" Davien berkata. Trixie hanya menggeleng kepalanya. Lelaki akan sentiasa menjadi lelaki dengan sikap pelik diorang. Trixie mengangkat Elizabeth lalu membawa dia ke dapur.

"Jangan musnahkan tempat ni!" Sempat lagi dia memarahi mereka semua sebelum berlalu pergi. Elizabeth hanya berdiam diri. Dia menahan gelaknya.

---

Sebaik sahaja makan malam, Trixie dan Elizabeth meluangkan masa bersama-sama di dalam bilik baru Elizabeth. Mereka mahu menghias bilik itu. Manakala para lelaki di rumah itu semuanya berkumpul di ruang tamu.

"Saya lega sebab semuanya sudah selesai." Ujar Ruth. Jason dan Davien mengangguk kepala mereka tanda bersetuju.

"So boss, bila mau propose dia?" Soal Davien kepada Ruth. Jason dan dia tersenyum nakala. Ruth mengeluh berat.

"Kami sudah bersama kan? Buat sex pun sudah. Ada anak lagi. Buat apa lagi mau propose?" Dia menjawab soalan orang bawahannya dengan soalan lain. Davien menampar dahinya. Eh adakah macam tu?

"Walaupun gitu boss, bagus boss lamar dia. Sebab nanti orang lain ingat dia tu single or janda anak satu." Davien berkata lagi. Ruth berfikir sejenak. Ada betulnya juga apa Davien cakap tu.

"Ah! Malaslah."

Jason dan Davien mengeluh berat. Boss diorang ni memang nda sweet. Mau melamar Trixie pun malas.

---

Akhirnya selepas dipaksa, Ruth bersetuju untuk melamar Trixie secara rasmi. Ketika Trixie sibuk di dapur, Jason, Davien dan Elizabeth memerhati dari belakang Ruth. Ruth kini sedang berjalan ke arah Trixie.

Trixie yang mengesan aura Ruth, berpaling ke arah belakang. Ruth melihat ke arahnya dengan muka agak nervous.

"Kenapa?" Soal Trixie dengan senyuman lembut. Jantung Ruth berdegup pantas sedikit. Dia mengambil nafas panjang lalu menghembuskannya.

"Diorang suruh saya melamar kau jadi mari kahwin." Ujarnya dengan agak pantas. Davien dan Jason menampar dahi mereka. Adeh!

Trixie menahan gelaknya. Inilah kali pertama dia melihat orang melamar macam ni. Ruth oh Ruth.

"Bah. Marilah." Trixie berkata dengan senyuman lebar. Ruth mengeluarkan kotak cincin lalu menyarung cincin di tangan Trixie.

"Nah. Sudah." Ruth berlalu keluar. Sekali lagi Davien dan Jason menampar dahi mereka.  Manakala Trixie menahan gelaknya. Itu pun dikira kahwin ka pula?

"Lepas ni Elly akan ada adik." Ujar Davien kepada Elizabeth. Elizabeth menjadi gembira apabila mendengar perkara tersebut. Dia tidak sabar untuk jadi kakak.

---

Telinga Ruth di cuci oleh Jason dan Davien sebab gagal melamar Trixie dengan cara yang betul. Mereka tidak henti-henti membebel. Rasa geram pun ada dengan diorang ni.

"Nda cukup bagus sudah dengan yang tadi tu? Mau juga sweet?" Soal Ruth dengan agak geram.  Macam diorang pula yang mahu kahwin ni. Biarlah kalau kami macam tu saja.

"No. Kahwin tu penting. Lagipun boss mau orang ramai buat tanggapan buruk?" Soal Davien.

"Lantak dioranglah mau fikir apa. Bukan hal saya pun." Ujar Ruth dengan selamba. Davien menampar dahinya. Dia putus asa untuk mengajar Ruth. Haih dia ni! Boleh stress juga mengajar!

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now