CHAPTER 21: SISI LAIN RUTH

5.3K 290 18
                                    

Sikap Ruth hari ini kelihatan berbeza. Dia sangat mesra kepada Trixie. Ketika Trixie memotong bawang untuk masakannya, dia terhiris jari. Mujur Elizabeth atau Ruth bukan jenis pontianak yang tidak pandai mengawal diri.

Begitu juga dengan Jason yang sedang berjudi dengan Zack di hadapan rumah. Mereka semua sudah biasa bergaul dengan manusia jadi mudah bagi mereka untuk mengawal diri.

Zack sudah habis RM1000 kerana kalah dengan Jason. Namun dia tidak berputus asa. Mereka meneruskan permainan judi mereka.

Kembali kepada keluarga kecil Ruth di dapur. Dia berdiri di belakang Trixie lalu mengambil tangan kirinya. Dia menghisap darah di jari Trixie. Darahnya terasa begitu manis.

Trixie takut darahnya mungkin habis dihisap oleh Ruth. Dia menarik tangannya kembali.

"Hmm taste so sweet." Bisik Ruth lalu menjilat bibirnya. Elizabeth berpura-pura batuk dengan kuat.

"Keep it PG13 please. Saya masih underage." Ujarnya sambil melambai tangan. Ruth menjulingkan matanya ke atas. Lupa yang anak dia ada di sana. Potong stim.

Mereka meneruskan dengan persiapan picnic kecil di belakang rumah. Ruth tidak pernah meninggalkan Trixie bersendirian. Trixie tidak tahu macam mana hendak memberi reaksi jadi dia mendiamkan diri.

Ruth memeluknya dari belakang lalu meletakkan kepalanya di atas bahu Trixie. Matanya leka memerhati tangan Trixie memotong sayur.

"Macam budak kecil." Ujar Elizabeth. Ruth memandang ke arah anaknya lalu menjelirkan lidah. Jeles laitu. Nah balasan sebab mesra betul dengan Trixie dulu.

Tanpa sebarang amaran, tepung yang dipegang oleh Elizabeth terbang ke muka Ruth. Elizabeth terkekek melihat wajah daddynya yang sudah sedia putih bertambah putih lagi.

"Elly."

Mendengar itu, Elizabeth tahu dia dalam bahaya sekarang. Dia melangkah selangkah ke belakang terus lari. Ruth mengejar dia sambil membuat bunyi raksasa.

"Rarrr!!!"

"Ahhh raksasa! Hahahaha! " Jerit Elizabeth sambil ketawa terbahak-bahak. Mereka berlari di sekeliling dapur. Trixie menggeleng kepalanya.

Akhirnya Elizabeth tertangkap juga. Ruth mengangkat dia lalu meletakkan dia di atas bahu. Mereka bermain kapal terbang. Ruth mendepakan kedua-dua belah tangannya lalu berlari di sekeliling dapur.

Gelak ketawa mereka boleh didengari di hadapan rumah. Jason dan Zack menggeleng kepala. Inilah kali pertama Zack mendengar Ruth ketawa riang macam tu. Manakala Jason, sudah lama dia tidak mendengar ketawa Ruth.

"Btw Jason," Zack berkata. Matanya masih tertumpu pad kadnya.

"Ya, noob?" Ujar Jason sambil tersenyum jahat. Zack menjeling ke arahnya. Namun jelingan Zack membuatkan dia ketawa lebih kuat lagi. "Kenapa?"

"Kau pernah cakap pasal keluarga tuan kan? Tapi ada soalan saya yang kau nda pernah jawab. Betulkah Ruth sebenarnya ada abang?" Soalan Zack membuatkan senyuman Jason luntur. Dia berdeherm lalu mencabut satu kad.

"Ya. Tapi topik tu taboo di rumah ni." Ujar Jason. Zack menangguk kepala tanda faham. Dia malas untuk bertanya lebih lagi walaupun dia sebenarnya mati-mati hendak tahu.

Mereka meneruskan permainan judi mereka. Entah sudah berapa banyak duit yang Zack hilang. Boleh pokai jadinya kalau nda berhenti.

                         * * * *

Selepas siap menyediakan apa yang perlu. Mereka sekeluarga ke laman belakang rumah. Mereka bertiga melakukan banyak aktiviti bersama seperti bermain permainan kejar-kejar dan sebagainya.

Tanpa mereka sedari, sepasang mata merah memerhati dari jauh. Dia menggengam tangannya. Dia marah dan benci melihat kegembiraan Trixie bersama Ruth. Dia mahu Trixie gembira untuk dia saja!

"Tunggu kau!" Ujarnya sebelum berlalu pergi. Begitu mudah Trixie berbaik semula dengan Ruth. Tapi tidak dengannya. Ini tidak adil!

                        * * * *

Trixie duduk di tanah. Dia penat kerana berkejaran dengan Elizabeth. Macam kejar kereta sport pun ada.

Ruth duduk di belakangnya lalu memeluk dia dari belakang. Ruth meletakkan kepalanya di atas bahu Trixie. Minyak wangi Trixie memikat hatinya.

"Penat?" Soalnya dengan mesra. Trixie mengangguk kepala.

"Susah mau kejar kamu oh." Ujar Trixie sambil termengah-mengah. Dia masih penat. Ruth hanya tersenyum. Memanglah Trixie akan susah mengejar dia dan Elly. Sebab Trixie ni manusia biasa saja.

Pelukkannya di badan Trixie dieratkan. Bagaikan Trixie boleh hilang bila-bila masa sahaja.

"Saya minta maaf dengan sikap saya. Saya tahu yang saya memang kasar dengan kau. Saya nda expect kau untuk maafkan saya. Tapi saya mau kau tau yang saya-" Belum sempat dia meluahkan perasaannya Elizabeth memintas. Dia berlari ke arah mereka dengan senyuman lebar di wajah.

"Mummy! Daddy!" Dia duduk di sebelah Trixie. Dia tersenyum lebar. Potong line oh ni anak. Bisik hati Ruth dengan geram. Elizabeth melihat ke arah lalu tersenyum jahat.

Wajahnya umpama berkata 'tempat ni nda cukup sweet untuk meluah. Noob.'. Senyuman di bibirnya juga seolah-olah mengejek. Macam Ruth mau latuk kepala ni budak tapi sabar saja la.

Elizabeth berdiri lalu mencium pipi Ruth dan Trixie. Dia tersenyum nakal.

"I love you mummy and daddy." Ujarnya dengan ikhlas. "But I love mummy more than you daddy."

Sempat lagi ni budak ah. Bisik hati Ruth. Dia berdiri. Namun belum sempat dia menangkap Elizabeth, Elizabeth lari. Trixie tergelak melihat perangai Ruth dan Elizabeth. Selepas puas berpicnic, mereka masuk ke dalam rumah.

Elizabeth dan Trixie mandi bersama-sama. Mulut Elizabeth bagaikan kereta api yang tiada hentinya bercakap. Ini kerana mood Elizabeth hari ini bagus. Dia gembira akhirnya dia dapat meluangkan masa dengan orang tercinta.

Sebelum tidur, Ruth membacakan dia buku cerita sebelum tidur. Sudah lama Ruth tidak membacakan buku cerita untuk anaknya sebelum dia tidur. Trixie hanya memerhati dengan mug yang berisi teh di pintu masuk. Cara Ruth membacakan cerita memang seronok dan comel.

Ruth dan Trixie bertentang mata. Trixie tersenyum lembut ke arah dia. Ruth membalas senyuman itu. Wajahnya yang selalu nampak garang dan menakutkan, hilang. Dia kelihatan lebih mesra sekiranya dia tersenyum.

Selepas Elizabeth tertidur, mereka ke ruang tamu. Namun belum sempat Trixie duduk di sofa, Ruth mengangkat dia. Mujur teh di dalam mug tidak tertumpah. Ruth duduk di sofa lalu meletakkan Trixie di atas pahanya. Dia memeluk Trixie dari belakang.

"Now to finish what I want to say." Ruth memulakan bicara. Dia mesti luahkan hari ni. Saat ini juga. Dia memandang ke arah Trixie dengan pandangan dan senyuman lembut.

"Saya nda mau kau bagi jawapan sekarang. Ambil masa kau." Ujarnya. Trixie semakin hairan.

"I love you." Ujar Ruth dengan ikhlas. Mug di tangan Trixie di ambil lalu diletakkan di atas lantai. Perlahan-lahan mukanya menghampiri muka Trixie. Dia menciumnya dengan penuh rasa kasih sayang.

                         * * * *

Manakala di depan rumah, pertarungan Zack dan Jason masih belum habis. Pertarungan judi mereka semakin sengit.

"Boom! Saya menang!" Ujar Jason dengan senyuman lebar di muka.

"Arghh! Kalah lagi!" Ini kali kesejuta Zack kalah dengan Jason. Pokai sudah dia!

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now