Setibanya mereka di Paris, Trixie menunggu Lisa sebelum mereka bertolak bersama-sama ke hotel. Ketika menunggu Lisa, Jerrico menegur dia.
"Cik Trixie." Panggil Jerrico dengan mesra. Trixie berpaling ke arahnya. Dia tersenyum lembut.
"Ya?"
"Malam besok syarikat saya akan ada majlis ulang tahun ke 100. Sudi ka cik datang?" Pelawa Jerrico. Trixie bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Idolanya mempelawa untuk menghadiri majlis ulang tahun jenama fesyen kegemarannya. Siapa yang nak tolak?
"Betul ni tuan jemput saya? Boleh!" Ujar Trixie dengan gembira. Jerrico tersenyum sinis di dalam hati. Dia mengeluarkan dua keping kad jemputan VVIP. Dia tahu yang Lisa juga akan ikut Trixie sebab itu dia sediakan dua keping kad.
"Tema majlis ni glamour okay? Jangan lupa pakai cantik-cantik." Ujar Jerrico lalu dia mengeyitkan matanya kepada Trixie. Dia berlalu pergi. Apa yang Trixie tidak sedar adalah Ruth juga akan datang dengan Elizabeth. Dia mahukan drama di antara dua insan itu.
Memikirkan sahaja sudah mampu buat dia tersenyum puas. Apatah lagi kalau berlaku betul-betul. Mesti dia akan senyum sampai ke telinga.
Selepas 15 minit menunggu, Lisa akhirnya muncul. Dia berlari ke arah Trixie sambil menarik bagasinya.
"Sorry lambat. Kapten banyak betul bebelan tadi." Ujarnya dengan agak geram. Trixie tergelak membuatkan Lisa mencubit lengannya.
"Ouch! Sorrylah! Itu pun mau marah. Nah!" Trixie memberi kad jemputan tadi kepada Lisa.
"Apa ni?" Soal Lisa.
"Makanan. Makan la." Trixie tersenyum jahat. Sekali lagi lengannya dicubit. Trixie mengerang kesakitan lalu mengusap tempat yang dicubit oleh Lisa.
"Ha! Padan muka!" Ejek Lisa.
"Yala. Jemputan untuk menghadiri majlis ulang tahun ke 100 jenama fesyen Red Blood." Trixie memberitahunya dengan senyuman lebar di bibir. Macam mau terkoyak mulut dia sebab senyum lebar sangat. Mulut Lisa melopong. Dia melompat-lompat keriangan.
"Oh my god! Macam mana kau dapat benda ni?" Soalnya dengan teruja.
"Tadi Tuan Jerrico bagi saya. Kalau mau tolak pun, macam menyesal pula nanti. Bukan selalu dapat jemputan macam ni. Tema dia glams gitu." Trixie berkata dengan gaya ala-ala diva queen bercakap. Lisa ketawa. Dia teruja untuk menghadiri majlis ini. Manalah tau kan dapat jumpa soulmate orang kaya. Hehehe.
* * * *
Selepas check in di hotel, mereka tidak membuang masa. Mereka terus berjalan-jalan di Kota Paris. Untuk seketika, Trixie terlupa akan masalahnya. Dia menikmati setiap saat dia berada di Kota Paris.
Dia mencuba banyak makanan. Dia makan seolah-olah tiada hari esok. Lisa hanya menggeleng kepala. Padan muka kalau tiba-tiba tiada saiz dress untuk dia menghadiri majlis keesokannya.
"Sudah la tu. Nanti kau terbesar." Ujar Lisa. Trixie menggeleng kepalanya.
"Eleh! Bukan selalu pun dapat lawat sini. Makanlah puas-puas." Trixie berkata lalu memakan makanan di hadapannya. Lisa sekali lagi menggeleng kepala. Usai makan, mereka meneruskan jalan-jalan.
Mereka kembali ke hotel pada jam 7 malam. Oleh kerana masing-masing tiada berehat selepas sampai tadi, mereka terus tidur. Ini kerana masing-masing penat.
* * * *
Keesokannya, Trixie dan memulakan pencarian untuk mencari gaun yang sesuai untuk majlis itu nanti. Semasa membeli belah, mereka terjumpa satu penilik nasib perempuan yang sudah tua.
Mereka mencuba menilik nasib mereka. Mereka terkejut kerana penilik nasib itu dari Malaysia. Selepas Lisa menilik nasibnya, kini giliran Trixie. Trixie menghulurkan tangan kanannya kepada penilik nasib itu.
"Ada sesuatu yang menutup masa lalu, cik." Ujar penilik nasib tersebut.
"Maksud nenek?" Soal Trixie. Penilik nasib tersebut tersenyum lembut.
"Masa lalu ini adalah kunci untuk menyelesaikan masalah cik dengan dia. Sebab itu cik perlu membuka halangan ini tapi cik perlu kuat. Saya boleh jamin kebahagiaan di sebalik halangan itu. Ada orang yang menunggu cik dengan sabar." Penilik nasib itu berkata panjang lebar. Trixie menjadi lebih bingung. Seolah-olah mampu membaca fikiran Trixie, penilik nasib tersebut memegang lembut tangannya.
"Cik sudah melalui banyak onak dan duri dalam hidup. Be strong, be patient, have faith and courage to your dear one. He need you and you need him to complete each other life." Genggaman tangannya dilepaskan. Namun belum sempat Trixie bertanya soalan, penilik nasib tersebut berlalu pergi.
Siapa penilik tu? Kenapa dia boleh sesat sampai di Paris? Dan... siapa lelaki yang dia maksudkan?
* * * *
Ruth tiba di Kota Paris pada petang hari. Dia terjumpa penilik nasib yang sama. Walaupun dia tidak mahu nasibnya ditilik, tanpa sengaja dia terlanggar penilik nasib itu.
"Ikut kata hati kamu. Benang merah di antara kamu berdua bukan benang biasa. Benang tu tidak boleh digunting atau diputuskan menggunakan apa benda sekali pun. Demi masa hadapan anak kamu, berusahalah untuk dapatkan dia, wahai putera pontianak."
Ruth terdiam. Macam mana penilik nasib ni tahu dia siapa? Baru sahaja dia hendak bertanya, penilik nasib itu hilang dari pandangan mata. Siapa sebenarnya penilik nasib ni?
* * * *
Kini tibalah masa untuk bertolak ke majlis ulang tahun ke 100 jenama fesyen Red Blood. Trixie mengenakan gaun merah yang mengikut bentuk tubuh, manakala Lisa mengenakan gaun berwarna biru tua. Masing-masing kelihatan sangat glamour.
30 minit selepas majlis bermula, Trixie dan Lisa tiba. Semuanya berjalan lancar. Trixie menikmati masanya di majlis itu. Namun semuanya rosak apabila dia dan Ruth terserempak.
"Nda sangka sampai sini kau ekori saya kan?" Ujar Ruth.
Ekori dia? Please la! In your dream Mr Bikin Orang Gila! Bisik hati Trixie dengan geram. Dia tidak melayan Ruth.
Mujur tiada Elizabeth bersama Ruth. Lagi susah keadaan nanti. Baru sahaja Trixie hendak melangkah pergi, Ruth berkata sesuatu sehingga langkahnya terhenti.
"Sedang mencari mangsa baru? Such a slut." Ujar Ruth dengan tenang. Trixie berpaling ke arahnya lalu menampar pipi Ruth. Automatik semua perhatian tertumpu kepada mereka.
"How can someone like you exist? You are so cruel, Mr Ruth. Your name suit you well. You are so rude to other people." Trixie berpaling ke arah belakang lalu meninggalkan Ruth seorang diri. Orang ramai mula berbisik. Lisa mengejar Trixie.
No! Trixie tidak mahu menangis lagi. Dia sudah bosan asyik menangis sahaja. Dia mesti kuat!
Sebenarnya Ruth tidak bermaksud apa-apa. Entah kenapa dengan mudah dia boleh mengucap kata-kata itu kepada Trixie. Mungkin dia rasa marah sebab Trixie memakai baju seksi dan mendedahkan badannya. Rasa bersalah mula menyerangnya.
Ruth dan Trixie bagaikan dua haluan yang berbeza. Mustahil mereka dapat disatukan. Tapi apa yang Ruth tidak sedar adalah setiap haluan yang berbeza pasti mempunyai penghujung yang akan menyatukan kedua-dua haluan yang berbeza itu.
* * * *
Trixie menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Lisa hanya memerhati. Dia tidak tahu apa yang berlaku di antara Trixie dan lelaki tadi tapi apa pun yang berlaku, pastinya bukan sesuatu yang bagus.
Dia menjerit marah. Ish! Kenapa mesti mamat tu ada!!!
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...