Brandon menumbuk dinding di hadapannya. Dia cemburu bila Trixie gembira dengan Ruth. Kenapa? Sebab dia rasa diorang sedang bergembira atas penderitaan dia. Dia benci!
"Argh!!" Brandon menjerit. Kalau boleh sekarang juga dia mau musnahkan kebahagiaan diorang. Brandon berpaling ke orang yang menyelematkan dia.
"What?" Soalnya sambil mengangkat kedua bahunya.
"Sampai bila kita mau duduk goyang kaki tengok diorang gembira?!" Soal Brandon dengan kasar. Dia menjeling tajam ke arah orang itu. Entah bagaimana orang itu boleh sangat relax. Siap silang kaki dan berpeluk tubuh lagi.
"Sabar." Ujar orang itu sepatah. Namun Brandon tidak boleh sabar lagi. Dia mula mengamuk dan memusnahkan apa sahaja yang dia nampak. Orang tersebut melepaskan keluhan yang berat. Dia mula rasa Brandon ni annoying.
"If you don't shut the fck up now, I will not hesitate to chop off your head." Aura pembunuh dari badan orang itu membuatkan Brandon takut sedikit. Dia menjadi diam. Silap langkah, dia pula yang dibunuh.
Orang tersebut berdiri lalu membersihkan habuk dari bajunya. Dia melepas keluhan kecil lalu berpaling kepada Brandon.
"Kalau kau buat benda bodoh, kepala kau akan jadi makanan untuk buaya. Faham?" Ugut orang itu sebelum menghilang di udara. Brandon mengamuk lagi. Dia rasa bagaikan hendak gila sebab pasangan itu sahaja!
Brandon menjerit perkataan yang tidak senonoh. Dia menumbuk-numbuk dinding tempat itu. Hampir roboh tempat persembunyian dia dan orang yang menyelamatkannya. Keadaannya yang agak usang bertambah buruk lagi.
Perasaan marahnya bertukar kepada sedih. Dia rindu Trixie. Segala kenangan bersama Trixie menerpa ruang fikiran.
* * * *
Hari ini merupakan hari jadi Brandon. Dia dan Trixie meraihkan hari jadinya di taman bunga yang berhampiran.
"Happy birthday sayang." Ucap Trixie dengan senyuman di bibir. Di tangannya ada sebiji kek perisa vanilla. Di atas kek itu tertulis namanya dan umur palsunya.
"Wah sayang yang buat kek ni?" Soal Brandon. Trixie mengangguk kepala. Brandon mengusap kepalanya lalu mengucapkan terima kasih. Walaupun itu bukan kek yang paling cantik dia pernag nampak namun dia tahu yang Trixie membuatnya dengan penuh kasih sayang dan cinta.
"Make a wish sayang," ujar Trixie berkata dengan mesra. Brandon berfikir sebentar sebelum menggeleng kepala.
"Saya pun nda tau apa mau wish." Ujarnya dengan jujur. Trixie menarik muka masam. Brandon tersenyum sedikit melihat raut wajah Trixie.
"Happy ending... saya harap sayang ada happy ending." Brandon mencium dahi Trixie. Trixie tersengih lalu menyuruh Brandon untuk meniup lilin.
Sambutan hari jadi Brandon ringkas namun dipenuhi dengan kegembiraan. Dia dapat luangkan masa berharga dengan Trixie. Itu sudah cukup baginya.
Tiba-tiba Trixie mengambil krim kek dan membalingnya di wajah Brandon. Dia tersenyum nakal. Sebelum Brandon sempat membalas, Trixie melarikan diri.
Brandon mengejar dia. Selepas dapat tangkap Trixie, dia memeluk dia dari belakang lalu dia berpusing-pusing.
"Sayang! Pening! Hahaha."
* * * *
Lamunan Brandon terhenti apabila cuaca di luar mula hujan dan guruh berdentum dengan kuat. Dulu dia yang beriya-iya mau bagi Trixie sama Ruth tapi kenapa sekarang... dia mati-matian untuk ambil Trixie balik? Entahlah. Dia sendiri tidak faham dengan diri dia.
* * * *
Akhirnya selepas merasuah doktor di hospital itu, Ruth boleh balik rumah. Trixie menjaga dia bagaikan menatang minyak penuh. Dia tidak pernah terlepas pandang dan selalu memenuhi kemahuan Ruth.
Cara Trixie jaga Ruth macam Ruth sakit tenat dan tidak boleh berjalan. Kadang-kadang ia agak menjengkelkan tapi Ruth faham yang niat Trixie itu baik. Dia juga suka sebab Trixie sentiasa ada di sebelah dia.
Oleh kerana malas berjalan, Ruth hanya berbaring di atas katil. Sampai Trixie pun terheret sama. Dia memeluk Trixie dan meletakkan kepalanya di bahu Trixie.
"Ruth..." Trixie memanggil namanya dengan lembut. Ruth mengangkat wajahnya lalu meletakkan dagunya di atas bahu Trixie.
"Ya?" Nafas Ruth di telinga Trixie menbuat dia kegelian sedikit. Trixie berpusing dan berpaling ke arah Ruth. Kini wajah mereka tinggal berapa cm jauhnya. Ruth tersenyum lembut.
"Nevermind. Saya lupa sudah apa saya mau tanya." Ujar Trixie. Ruth tersenyum nakal.
"Adakah sebab wajah saya ni terlalu hensem sampai kau lupa?" Ruth berkata dengan lagaknya. Trixie menolak sedikit dahi Ruth lalu tergelak kecil.
"Masuk bakul angkat sendiri." Kata Trixie. Dia cuba berdiri dari katil namun Ruth tidak membenarkan dia. Ruth mahu Trixie sentiasa ada. "Macam budak-budak la kau ni."
"Biarlah. Kau saya yang punya." Ujar Ruth lalu membenamkan wajahnya di dada Trixie. Trixie menolak dia dengan kuat dengan wajah yang merah padam. Ruth tergelak besar. Dia mengenyitkan mata ke arah Trixie.
"Gatal!" Trixie berkata lalu dengan pantas dia berdiri dan keluar dari bilik Ruth. Dia tidak mengendahkan panggilan Ruth dari dalam biliknya. Merayu agar Trixie masuk balik. Trixie menggeleng kepala.
* * * *
Selepas Elizabeth tidur, Trixie mendodoikan bayi besarnya pula a.k.a Ruth. Susah betul kalau Ruth sudah tunjuk perangai sebenar dia. Kalah budak kecil mau perhatian.
"Nda boleh ka kau nda mandi?" Soal Ruth.
"Ish! Jangan mengada!" Trixie berkata lalu keluar dari bilik Ruth. Dia ke bilik tidurnya semula. Namun sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam biliknya, dia ternampak seseorang sedang berdiri di sebelah katilnya.
Dari belakang orang itu kelihat seperti Ruth. Trixie menyangka orang itu adalah Ruth namun apabila dia mendekatinya, terdapat perbezaan pada gaya rambut mereka.
"Who are you?" Soalnya dalam bahasa inggeris.
"Me? I'm..." Orang tersebut teleport ke sebelah Trixie lalu membisikkan telingannya. "Romeo McKenzie."
Tiba-tiba satu tusukkan yang tajam dan menyakitkan terasa di perut Trixie. Benda itu dipusing-pusing beberapa kali. Trixie jatuh ke lantai. Dia kini berada di ambang kematian.
"Oh I thought you are a vampire as well but... ah well. Have a nice trip to hell. See ya!" Romeo menghilangkan diri. Bau darah Trixie dapat dihidu di seluruh rumah. Serentak semua orang (kecuali Zack sebab dia manusia) berkumpul di bilik Trixie.
Keadaan menjadi panik. Ruth geram kerana gagal menyelamatkan Trixie. Jerrico menghampiri Trixie lalu mengangkat dia.
Trixie berbisik sesuatu. Jerrico terkejut namun mengekalkan riak muka yang serius. Jerrico berpaling ke arah Ruth untuk bertanya satu soalan. Ini antara hidup dan mati.
"Ruth, kau mau Trixie mati?" Soal Jerrico.
"Tentulah nda!" Jawab Ruth dengan kuat. Dia terdiam. Dia tahu sebab apa Jerrico bertanya soalan itu. "You want me to turn her into a vampire... don't you?"
Jerrico tidak berkata apa-apa. Dia percaya Ruth tahu apa jawapan dia.
Ruth mundar mandir di tempat dia berdiri. Tangan Trixie di tali nyawanya hampir terlepas. Sekarang ini dia sudah tidak mendengar apa-apa kecuali degupan jantungnya yang semakin lemah.
YOU ARE READING
MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔
Vampire[ #2 Vampire ] 💕 [ #1 boss ] 💕 [ #5 Fantasy] 💕 [ #61 Love ] 💕 《Start: 31/10/2018》 💕 《End: 31/12/2018》💕 Ruth McKenzie waris pontianak atau Vampire keluarga McKenzie. Siapa tahu arak bukan sahaja membuatkan manusia biasa hilang arah tapi boleh b...