CHAPTER 24: TERLEPAS

4.8K 250 3
                                    

Seperti yang Jerrico janjikan, dia memang menolong untuk mencari Brandon. Namun dia mengalami sedikit masalah. Dia tidak menjumpai Brandon di Sabah. Jadi dia meminta bantuan dari rakan-rakannya.

"Saya sudah minta bantuan kawan-kawan saya. Kalau pun dia keluar dari luar negara, saya pasti dapat info juga." Ujar Jerrico.

"Terima kasih sebab sudi tolong kami." Trixie berkata dengan penuh ikhlas. Jerrico hanya tersenyum dan angguk kepala. Dia mendekati Elizabeth lalu mengusap kepala dia.

"Saya jalan dulu. Nanti kalau ada apa-apa saya inform." Tidak sampai beberapa saat, dia hilang. Zack melepaskan keluhan yang berat. Dia risau akan keselamatan keluarga tuannya.

"Kenapa saya rasa macam akan berlaku sesuatu yang teruk ah? Macam sesuatu yang besar akan melanda kita semua." Ujarnya dengan penuh kerisauan. Jason menggaru kepalanya. Dia tidak faham dengan maksud Zack.

"Tsunami?" Soalnya. Zack menampar dahi. Tsunami pula.

"Bukanlah!" Rasa macam mau ketuk kepala ni pontianak oh. Geram pula dia dengan si Jason ni. Ish!

Trixie yang memerhati hanya menggeleng kepalanya. Kadang-kadang Zack dan Jason macam kucing dengan anjing. Asyik bergaduh ja. Pasal benda remeh temeh pun mau bergaduh.

"Sudahlah. Nda bagus bergaduh depan pesakit." Tegur Trixie. Zack dan Jason tersengih.

"Padan muka kena marah!" Ejek Elizabeth lalu dia menjelirkan lidahnya. Trixie melepaskan keluhan yang berat. Dia mengalihkan semula pandangannya ke arah Ruth. Tangan Ruth digenggam dengan lembut.

                          * * * *

2 hari berlalu dan masih belum ada berita dari Jerrico. Mereka semakin risau. Zack tidak senang duduk dan asyik mundar mandir. Pening kepala Jason tengok.

"Boleh ka kau duduk? Pening kepala saya oh." Ujarnya lalu menggeleng kepala. Zack meminta maaf lalu dia duduk. Perasaannya kuat mengatakan yang akan berlaku sesuatu yang amat buruk.

"Zack, cuba bertenang. Semua orang sedang risau sekarang. Tapi kalau over pun, nda bagus untuk kesihatan." Nasihat Trixie. Dia lebih risau melihat keadaan Zack yang macam tidak tentu arah.

"Uncle noob, semuanya akan okaylah." Ujar Elizabeth. Zack tersenyum lembut. Dia mengangguk kepala.

Tiba-tiba rasa risau diganti dengan rasa bersalah. Dia rasa macam sepanjang dia berkhidmat dengan Ruth, dialah yang kurang melakukan apa-apa kerja. Dia rasa dirinya itu tidak berguna!

"Zack, kenapa lagi? Apa yang menggangu fikiran kau?" Soal Trixie dengan lembut. Zack menceritakan apa yang menganggu fikirannya. Semua orang mendengarnya dengan teliti. Jason menampar bahu Zack sehingga dia hampir terpelanting.

"Apa benda mengarut kau cakap ni?" Soalnya dengan geram. Kurang membantu? Menyusahkan? Mabuk udara ka dia ni?

"Ya. Uncle noob mana ada menyusahkan. Selama ni kalau Elly ada masalah, uncle noob selalu pujuk Elly. Uncle juga yang ajar Elly pasal manusia. Kalau tiada uncle mana Elly tau apa-apa pasal manusia. Nanti uncle Jason bagi ajaran sesat pasal manusia." Ujar Elizabeth panjang lebar. Zack hampir tergelak mendengar part di mana Jason mungkin akan mengajar dia ajaran sesat mengenai manusia.

Jason mengeluh. Dalam banyak-banyak orang, dia juga jadi mangsa Elizabeth. Tapi dia tidak marah. Dia tahu yang Elizabeth tidak bermaksud jahat dengan ayatnya tadi.

"Ya. Betul tu!" Jason bersetuju dengan Elizabeth. Trixie tergelak kecil.

"Teringat pula masa first time kita berjumpa." Ujar Zack kepada Jason. Jason menangguk kepala. Dia juga masih ingat hari pertama Zack melapor diri. Masa itu dia masih sangat muda.

Zack menjadi pembantu Ruth masa umur dia 17 tahun. Sekarang dia berumur 38 tahun. Dia bersumpah untuk terus berkhidmat kepada Ruth kerana dia terhutang budi dengannya.

                         * * * *

Masa ini Zack dan ibunya sering diburu along. Zack terpaksa berhenti sekolah demi membayar hutang keluarga ayahnya. Sebelum ayahnya meninggal, dia sering berhutang untuk berjudi sehingga hutangnya bertambah.

Satu hari, dia dan ibu dia dikerumun oleh along tempat ayahnya berhutang. Along tersebut mengugut dia untuk membayar hutang balik tapi diorang tiada duit masa tu.

Zack dan ibunya tinggal di tepi jalan. Hidup sebagai gelandangan. Mana mungkin diorang ada duit untuk membayar hutang yang berjumlah RM500 ribu. Apabila ditambah bunga, semuanya berjumlah RM1 juta!

"Bang, tolonglah. Kami tiada duit sebanyak tu."

Walau berapa kali pun Zack merayu. Along itu tetap tidak mengendahkannya. Dia membelasah Zack dan ibunya. Jason dan Ruth yang kebetulan berada di sana menolong.

Ruth membantu dia membayar hutang. Bukan itu sahaja malahan Ruth juga menawarkan untuk dia bekerja dengannya. Rumah disediakan dengan percuma.

                      * * * *

Trixie tidak menyangka yang Ruth ni baik juga orangnya. Dia lagi terkejut yang Ruth tidak minta sesen pun duitnya dibayar balik.

"Masa kau baru tau yang kami ni pontianak pun lucu juga." Ujar Jason lalu menahan gelak. Reaksi Zack masa tu memang lucu.

"Kasi cerita! Saya mau tau!" Ujar Elizabeth dengan gembira. Jason menceritakan semuanya.

Katanya Zack sampai terkencing di seluar akibat takut. Siap pengsan lagi. Memikirkannya kembali membuatkan Jason ketawa terbahak-bahak. Masa tu Zack baru berumur 18 tahun.

Elizabeth ketawa. Namun dengan pantas dia berhenti. Begitu juga dengan Jason. Mereka sedar yang mereka berada di hospital, jadi nda boleh bising.

"Berapa umur Ruth?" Soal Trixie.

"Betul ni kau mau tau?" Soal Jason kembali. Trixie mengangguk kepala.

"Tapi jangan terkejut tau." Ujar Zack pula. Trixie menggeleng kepala tanda yang dia tidak akan terkejut... mungkinlah. Jason dan Zack saling berpandangan lalu tersenyum sinis.

"Umur tuan Ruth adalah..." Zack berkata.

"728 tahun!" Sambung Jason.

Trixie bagaikan hendak tercekik udara mendengarnya. Rupanya Ruth sudah boleh jadi moyang kepada moyang kepada moyangnya sudah. Tua gila!

Tapi kenapa dia tiada anak kalau sudah tua macam tu?

Elizabeth menahan gelaknya. Dia kelucuan melihat reaksi Trixie.

                       * * * *

Keesokannya Jerrico kembali dengan berita gembira dan sedih. Dia agak geram dengan kejadian yang berlaku.

"Kami sudah jumpa lokasi Brandon." Ujarnya. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia melepaskan keluhan yang berat.

"Apa yang kamu buat lepas tu?" Soal Trixie. Dia ingin tahu apa yang berlaku kepada Brandon.

"Dia terlepas."

Semua orang terkejut. Macam mana dia boleh terlepas balik?

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now