CHAPTER 34: PALSU

4.2K 236 3
                                    

Sampai sekarang Brandon masih tidak faham dengan niat sebenar Jason mengkhianati Ruth. Apa niat terpendam dia? Dia pun ada dendam pada Ruth?

"Yang kau tengok saya kenapa? Mau kena umban?" Soal Jason dengan agak kasar kepada Brandon. Brandon mengangkat tangannya.

"Woo chill bro." Ujar Brandon. Dia tahu yang Jason bukan calang orangnya.

"Korang tahu kan plan kita?" Soal Romeo kepada kedua orang pengikutnya itu. Mereka mengangguk kepala. Romeo mahu dendamnya lunas secepat yang mungkin.

---

Sementara di rumah Jerrico, mereka sentiasa bersiap sedia. Mereka tahu yang Romeo akan menyerang bila-bila masa sahaja.

"Cuba bagitau saya, apa sebab kamu bermusuh?" Arah Trixie kepada Ruth. Ruth menghembuskan keluhan berat. Dia memandang Trixie.

"Actually dia dilayan buruk dulu. Saya selalu kena lebih dengan parents saya jadi dia cemburu dan benci kepada saya sehingga hari ni." Ruth berkata.

"Punya childlish alasan dia. Teruk betul ka dia kena layan?" Soal Trixie. Ruth mengangguk kepala.

Dulu Romeo bagaikan anak haram. Selalu dipukul dan dimarahi. Tidak seperti dia yang sentiasa disayangi oleh kedua ibubapanya.

Trixie memeluk Ruth. Dia tahu yang lelaki itu agak stress sekarang. Jadi dia mahu menenangkan dia.

"Everything is going to be okay." Trixie berkata dengan lembut. Ruth membenamkan mukanya di bahu Trixie. Minyak wangi Trixie memang wangi. Dia suka dengan wangian itu.

"I love you." Bisik Ruth kepada Trixie.

"I love you more." Trixie membalas.

---

"Kau tau ka di mana rumah Jerrico?" Soal Brandon kepada Romeo. Romeo menjulingkan matanya ke atas. Tolonglah. Dia pun uncle saya juga.

"Tahu." Jawabnya sepatah.

Mereka kini dalam perjalanan ke paris. Dia tidak sabar untuk membunuh Ruth. Kalau boleh dia mahu teleport saja terus ke rumah Jerrico, tapi dia tidak mahu. Mana keseronokkannya kalau macam tu... kan?

Mereka tiba di Paris tengah malam. Mereka tidak menginap di mana-mana hotel. Takut dikesan oleh Jerrico. Mereka hanya merayau. Apabila siang menjelma, mereka berteduh di mana-mana bangunan.

"So, bila mau menyerang?" Soal Brandon kepada Romeo.

"Sabar boleh ka? Pergi la kau mampus di bawah matahari terik tu." Ujar Jason dengan agak geram. Brandon menjeling ke arahnya. Untunglah kau lagi kuat dari saya.

Romeo memandang ke luar tingkap. Malas melayan karenah Jason dan Brandon yang tidak henti-henti bergaduh. Bagai kucing dengan anjing sahaja.

15 minit berlalu dan dia makin rimas dengan pergaduhan bodoh mereka berdua.

"Diam boleh ka?" Soalnya dengan kasar. Brandon dan Jason terdiam. Aura Romeo memang menakutkan.

---

"Guys, kawan saya Davien akan datang malam besok." Ujar Jerrico kepada Ruth dan Trixie. Pasangan itu saling berpandangan. Satu persoalan bermain di minda mereka. Siapa Davien?

"Jangan risau. Dia boleh diharp. Sangat boleh diharap." Jerrico berkata. Ruth mengangguk kepalanya. Kalau Jerrico sudah berkata macam tu, jadi Davien ni memang boleh diharap.

Davien cuma perlu sedikit masa lagi. Dia perlu kumpul tenaganya. Lepas tu bolehlah dia datang kepada mereka.

"Nanti malam, saya mau keluar boleh?" Soal Trixie kepada Ruth. Ruth memandang ke arahnya dengan pandangan serius.

"Mau pergi mana?" Soal Ruth.

"Kalau tambah lagi satu member di rumah ni, mana cukup makanan. Tambah lagi Jerrico tiada orang bawahan a.k.a orang gaji." Jawabnya. Ruth mengeluh berat. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala.

Dia yakin yang Trixie akan selamat. Kota Paris itu dipenuhi dengan manusia walaupun di waktu malam. Jadi agak sukar bagi sesiapa mencari dia.

---

Seperti yang diminta, malam itu Trixie keluar dengan Elly. Dia risau dengan anaknya yang asyik berkurung itu.

"Elly, come." Trixie menghulurkan tangannya kepada Elizabeth. Elizabeth menyambut tangan mummynya itu. Mereka berjalan di Kota Paris.

"Elly lapar mummy." Ujar Elizabeth memandang ke arah Trixie. Trixie menggaru kepalanya. Aduh! Dia lupa bawa darah emergency di begnya.

"Mummy." Elizabeth memanggilnya sekali lagi. Trixie mengeluh. Mereka berjalan mencari kalau-kalau ada tempat tersorok khas untuk kaum pontianak di sana macam dalam movie.

---

Ruth memandang ke arah telefon rumah Jerrico. Tadi dia mendapat call dari Brandon mengatakan bahawa Trixie dan Elizabeth ada dengannya sekarang.

"Kalau umpan saja macam mana?" Soal Jerrico dengan serius. Ruth menjeling ke arahnya.

"Takkan mau tunggu mayat diorang di depan kita baru mau percaya?" Ruth berkata dengan agak geram. Dia menyesal sebab membenarkan Trixie untuk keluar hari ni. Dia marah dengan dirinya sendiri.

"Jadi kau mau pergi di lokasi yang di suruh?" Jerrico tidak percaya yang Ruth mudah termakan umpan mereka. Dia cuba untuk menghalang anak buahnya itu namun gagal.

Ruth menghilangkan diri tanpa berkata apa-apa. Di otaknya sekarang cumalah untuk menyelamatkan isteri dan anaknya. Itu sahaja. Dia tidak peduli dengan amaran Jerrico.

---

Romeo memandang ke arah kembarnya itu. Dia tersenyum sinis. Ruth benci tengok Romeo.

"Nda sangka kau sebodoh ini." Ejek Romeo. Dia tergelak jahat. Sebut saja Trixie dan Elizabeth dalam tangannya, Ruth terus percaya. Haaa bodohnya.

Ruth tidak berkata apa-apa. Dia terus menyerang Romeo. Disebabkan dia hanya seorang dan Romeo ada dua orang pembantu; Jason dan Brandon, Ruth tidak dapat melawan.

"Menyerahlah wahai kembarku yang bodoh. Kau nda dapat lawan kami." Romeo tersenyum lebar. Ruth cuba melepaskan diri namun Jason dan Brandon dapat menahan dia dengan menggabung kekuatan masing-masing.

"Kau pengecut sebab nda mau lawan saya! Kau guna orang bawahan kau!!" Jerit Ruth sambil cuba melepaskan diri.

"Eh no no no. Kau yang bodoh sebab percaya. Bukan saya. Tapi kau." Romeo mengejek Ruth. Dia memberi signal kepada Brandon dan Jason untuk merantai Ruth. Benda tu memang dibuat khas untuk kaum mereka.

---

Elizabeth meminum darah di dalam kotak yang diberi oleh Trixie. Akhirnya selepas puas mencari, Trixie kembali ke rumah Jerrico. Namun sebaik sahaja dia tiba di sana, dia diberitahu bahawa Ruth keluar mencari mereka.

"Kenapalah dia boleh mudah termakan umpan diorang?" Soal Trixie dengan geram. Dia mundar mandir di ruang tamu. Sampai pening Jerrico melihatnya.

"Duduk. Kita fikir benda ni elok-elok." Arah Jerrico. Trixie memandang ke arahnya lalu mengeluh. Dia duduk di sebelah Elizabeth.

Suasana sangat senyap. Tiba-tiba Elizabeth memandang ke arah pintu masuk rumah.

"Daddy?"

Trixie juga memandang ke arah yang sama. Ruth ka ni? Ada aura bercampur sedang berjalan ke arah mereka. Hatinya berdegup pantas. Ini Ruth?

Satu figura muncul di hadapan mereka.

"Sayang."

"Kau bukan Ruth." Trixie menjeling ke arahnya. Dia tahu yang orang di hadapannya itu bukan Ruth. Bajunya sama dan wajah mereka sama. Namun dia yakin yang itu bukan Ruth.

"Apa yang sayang cakap ni?" Soal Romeo kepada mereka. Dia kagum sebab Trixie dengan pantas tahu dia bukan Ruth.

"Elly nda pernah dengar daddy panggil mummy dengan panggilan tu. Kan mummy?" Elizabeth juga perasan. Trixie mengangguk kepala. Apa pun rancangan Romeo, mereka mesti berhati-hati.

MR. VAMPIRE ONE NIGHT STAND✔Where stories live. Discover now