magic 12

3.7K 212 6
                                    

"Kepada semua pelajar, minggu depan kita akan adakan pertandingan magic. Kamu semua boleh mencari ahli kumpulan kamu sendiri. Kamu akan berlawan dengan kumpulan yang lain. Dan kumpulan yang menang akan bertanding pula dengan kumpulan dari sekolah2 lain." kata cikgu steve.

Semua pelajar mula heboh. Ada yang sibuk mencari ahli kumpulan. Ada yang malas nak ikut.

"Weh, sekolah lain akan datang lah kat sekolah kita. Bestnya..." kira melompat2 sambil menepuk tangan. Malah rose pun macam kira cuma dia tidak melompat.

"Jadi?" stella masih blur.

"Kau tahu tak, kalau sekolah lain datang kat sekolah kita bermakna sekolah warewolf akan datang juga. Semua pelajar kat sekolah warewolf kacak2. Malah guru2 pun minat kat diorang." kira membayangkan wajah2 dari sekolah warewolf.

"Tapi budak dari sekolah warewolf nie susah sikit nak bercakap sebab diorang nie pilih orang." Rose dan kira sedih.

Stella malas nak ambil tahu. Hendsome sangat ke pelajar warewolf tu?

Skip

Group aqua mengikuti pertandingan itu. Stella malas nak ikut. Tapi oleh kerana kira dan rose yang paksa so dia ikut kan je. Malah pelajar2 lain pun ramai yang ikut.

"Fifi, you tengok tu budak2 lemah join lah. Hahah." gina ketawa bila melihat group aqua join pertandingan itu.

"Korang tak payah lah nak susah2 join. Sebab korang akan kalah juga."

Rose, stella dan kira hanya membiarkan sahaja mereka. Malas nak gaduh. Tak pasal2 kena denda lagi sekali.

Group marvelous marah kerana group aqua tidak melayan mereka.

"Kalau dah lemah tu tetap lemah kan gais" fifi sengaja berkata kuat dan menekankan perkataan lemah.

Rose marah kerana dia dikatakan lemah. Tapi stella menghalang rose daripada mengeluarkan kuasanya.

"Kalau korang tu kuat sangat so apa kata kita berlawan waktu pertandingan. Baru korang tahu siapa yang lemah sebenarnya." stella tersenyum sinis.

Group marvelous mengigit bibir mereka. Mereka semakin marah.

Group aqua berlalu meninggalkan group marvelous. Rose tersenyum dan menjelirkan lidahnya kepada group marvelous. Padan muka.

Group king sedang berlatih di padang perlawanan. Mereka memang selalu mengikuti pertandingan magic untuk menaikkan nama sekolah mereka.

"Kenapa lah banyak sangat penonton nie. Malas pulak aku nak berlatih." kris memadang ke arah peminat mereka yang berdiri di tepi padang. Siap bawa sepanduk lagi "i love you king" geli pulak kris pandang. Kalau mereka halau bukannya  nak dengar malah makin ramai lagi.

"Woi andri dah2 lah tu layan peminat kau. Berlatih lah pulak." filips memukul kepala andri. Dari tadi melambai je kerjanya. Siap bagi flaying kiss lagi. Makin ramai lah peminat mereka yang datang.

"Alah kau nie berlatih je. Cuba lah hargai sikit pengorbanan peminat kita nie. Siap buat sepanduk lagi untuk kita." kata andri.

Kris dan filips malas nak layan. Mereka menyambung latihan mereka.

Skip

Hari yang ditunggu2 telah tiba. Ramai yang datang untuk bertanding. Hari nie mereka akan lawan sesama mereka. Esok baru lawan dari sekolah2 yang lain.

Sebelum perlawanan antara sesama pelajar, sekolah2 lain telah tiba untuk melihat perlawanan di magic academy.

"Kedatangan dari sekolah vampire academy." cikgu steve merupakan ketua penganjur.

Pelajar dari sekolah vampire academy hanya diam sahaja. Mereka semua memakai baju hut hitam. Malah muka mereka putih sangat seperti tiada darah. Pelajar magic academy semua berundur ke belakang. Takut jika ada vampire academy yang akan mengigit mereka.

Selepas itu tiba pula pelajar dari fairy academy. Fairy academy semua mempunyai sayap masing2 tetapi kecil sahaja. Lelaki semua dah meleleh air liur melihat fairy academy yang cantik dan comel.

Selepas fairy academy tiba pula dari mermaid academy dan witch academy. Magic academy sangat mengalu alukan kedatangan mereka.

"Dan akhir sekali ialah pelajar dari warewolf academg." selepas sahaja cikgu steve menyebut warewolf academy, berteriak semua pelajar perempuan. Warewolf academy terdiri daripada pelajar lelaki sahaja.

Wajah pelajar warewolf academy sangat kacak. Mereka juga mempunyai senyuman yang manis.

Seorang pelajar dari warewolf academy membuat bentuk hati menggunakan tangannya. Apa lagi makin happy lah pelajar perempuan magic academy. Malah ada yang dah pengsan dah kerana terlampau gembira.

Sekarang kita akan menyaksikan pelajar dari magic academy untuk bertanding sesama mereka.

Stella duduk di  dalam khemah yang disediakan untuk para peserta yang akan bertanding. Entah kenapa dia risau pula kali nie.

Rose dan kira yang perasan stella gelisah memberikan semangat kepada stella. Stella sangat terharu kerana dia ada kawan yang sangat baik.

Akhirnya  giliran group aqua disuruh ke padang untuk berlawan. Group aqua merupakan group terakhir bahagian kategori perempuan.

"Group aqua akan berlawan dengan group marvelous." pengecara memperkenalkan ahli pasukan dari kedua2 pihak lawan.

"Dalam kiraan 1...2...3..magic" cikgu steve membunyikan hon tanda perlawanan bermula.

"Gelombang air berganda" kira menyerang group marvelous. Mereka dah berlatih dan membuat magic yang baru untuk menguatkan lagi kuasa mereka.

Rina mengeluarkan kuasa taufannya untuk memalingkan balik gelombang air kira tapi gelombang air kira sangat banyak.

"Perisai ais" fifi membuat perisai di sekelilingnya untuk menghalang gelombang air kira terkena padanya.

"Tanah gempa" kali ini gina pula yang menyerang membuatkan tanah bergegar.

Rose membuat satu pokok yang sangat besar untuk menghalang daripada tanah terbelah dua.

Rose sendiri terkejut dia dapat menghasilkan tumbuhan. Selalunya hanya akar sahaja yang dia dapat keluarkan.

Fifi semakin marah kerana musuhnya tidak dapat dikalahkan. Fifi membuat ais yang sangat tajam dan menghalakan ke arah group aqua.

"Kira!!!!"

Magic academy: mystery of golden girl (COMPLETE)Where stories live. Discover now