Dua tahun selepas itu....
Kris sedang berdiri di sebalik cermin istana.
"Tuanku, sekarang masanya untuk tuanku ke majlis jamuan tuanku." Kata seorang dayang.
Kris yang sedang leka tersedar bila seorang dayang memanggilnya.
"Baiklah nanti beta turun." Kata kris. Kris melihat bulan itu seketika dan kemudian meniggalkan tempatnya.
Kris merupakan anak raja kerajaan antartika. Tapi dia sembunyikan identitinya sehiggakan semua orang tidak tahu yang kris seorang putera raja.
Setelah dua tahun kejadian itu, kris semakin pendiam dan banyak menghabiskan masanya melihat bulan sepeti tadi jika dia ada masa. Kris telah diberi gelaran raja setahun yang lepas selepas kris habis belajar di magic academy.
Rose dan filips dah kahwin setahun yang lepas dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang comel.
Rose sekarang menjadi guru di magic academy manakala filips kerja sebagai pengawal kris.
Andri dan kira pula masih sama. Mereka berdua selalu bergaduh tapi selepas itu andri akan memujuk kira dengan ayat2 manisnya. Andri sekarang menjadi pembuat magic dan kira sebagai healer.
Cikgu flora dan cikgu steve pula dah berkahwin sebelum rose dan filips berkahwin. Rupa-rupanya, cikgu flora dan cikgu steve suka sesama suka tapi malu nak ucapkan perasaan masing2.
Fifi, gina dan rina pula dibuang dari magic academy sebab mereka cuba2 untuk menggunakan dark magic untuk memikat kekasih hati mereka.
Kris melayan semua tetamunya. Sehinggalah seseorang melanggar kris menyebabkan minuman Kris yang dipegangnya tertumpah sedikit di bajunya.
Kris mengecam bau ini. Ini bau bunga lili iaitu bunga kesukaan stella. Bau ini hanya ada pada stella sahaja. Takkan lah tadi tu stella...
Kris ingin mencari perempuan yang melanggarnya tapi perempuan itu tiba2 hilang.
"Mungkin aku terlampau rindukan stella kut." Kris berputus asa mencari dan pergi ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya yang kotor terkena minumannya.
Ketika kris selesai menukar pakaian, bau bunga lili di biliknya semakin kuat. Kris membuat keputusan untuk mengikuti bau itu sehiggalah mereka sampai ke kebun istana.
Kris terpaku melihat keadaan taman yang indah.
"Kris.." Seorang perempuan memanggil kris.
Kris sangat kenal dengan suara ini. Suara yang dia sangat rindukan.
"Stella..." Kris berpaling dan melihat stella ada di depan matanya.
Kris berlari dan memeluk stella.
"Stella tolong jangan tinggalkan aku lagi." Kata kris. Dia sungguh gembira kerana stella telah kembali ke pangkuannya.
"Aku akan tetap ada di sisi kau kris. Aku takkan pergi lagi." Kata stella
Skip
Sebulan selepas itu, kris dan stella telah pun berkahwin. Kris memang rancang ingin melamar stella selepas mereka habis belajar tapi stella hilang pula selepas bertarung dengan voldemort.
"Stella, macam mana kau balik semula?" Kata cikgu flora.
"Saya balik kerana bantuan guardian naga saya. Dia korbankan dirinya supaya saya dapat balik semula ke sini dan ada di pangkuan orang yang saya sayang." Terang stella
Cikgu flora mengganggukkan kepala tanda faham dengan cerita stella.
Stella meminta diri untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.
Ketika stella menjumpai rose dan kira mereka saling berpelukan.
"Congrats stella, akhirnya kau kahwin juga dengan kris. Kau tahu tak kris nie setia tau tunggu kau." Kata kira
"Terima kasih kira. Kau pun kena kahwin juga. Tinggal kau seorng sahaja yang belum kahwin nie." Kata stella.
"Tak kahwin2 lah aku nie kalau macam nie." Kira menunjukkan stella ke arah andri yang sedang berbual dengan seorang perempuan. Tak berubah lagi sikap playboy andri nie.
Stella memberi satu idea kepada kira. Dan mereka pun mulakan idea mereka. Rose pula tidak dapat join sebab sekarang dia dikawal rapat oleh filips. Tak boleh nak berenggang lama mesti menangis nakkan rose.
Kira sengaja berbual mesra dengan sekumpulan lelaki yang hendsome. Kira berpura-pura tidak melihat ke arah andri yang sedang memandang tajam ke arahnya.
Andri tidak dapat mengawal cemburunya lalu pergi ke arah kira.
"Sorry this girl is mine." Andri menarik tangan kira daripada dekat dengan lelaki itu. Sakit hatinya bila salah seorang dari kumpulan itu memandang ke arah kira dengan pandangan menggoda.
Andri membawa kira ke luar istana.
"Aku tak suka kau rapat dengan lelaki2 tu semua." Kata andri
"Kau tak boleh halang aku. Kita belum kahwin lagi jadi aku berhak rapat dengan mana2 lelaki.' Kata kira.
Andri geram dengan mulut kira yang asyik melawannya.
Kemudian dia mencium bibir kira seketika. Kira terkejut dengan ciuman andri. Mukanya merah menahan malu. Sebelum ini andri tidak pernah menciumnya di bibir hanya di pipi sahaja.
"Kira sudi tak kau menjadi kekasih aku." Andri mengeluarkan sebentuk cincin dan berlutut di depan kira.
Kira terharu dengan sikap andri. Dia menganggukkan kepalanya kemudian andri menyarungkan cincin itu di jari kira.
Stella, kris, rose dan filips menyaksikan pasangan itu. Merka juga tumpang gembira.
Akhirnya mereka hidup dengan bahagia....
Tamat......

YOU ARE READING
Magic academy: mystery of golden girl (COMPLETE)
Fantasystella terpaksa merahsiakan kuasanya daripada pengetahuan orang lain. kerana di dunia magic, semua orang hanya mempunyai satu element magic kecuali orang yang terlalu kuat. kenapa stella mempunyai semua kuasa magic? adakah dia dapat merahsiakan kuas...