Kira tercedera di bahagian lengannya. Dan akhirnya Kira pengsan kerana kehilangan banyak darah.
Stella berasa marah menyebabkan dia mengeluarkan kuasanya. Tapi buka hanya kuasa api malah kuasa taufan dan petir. Stella tidak dapat mengawal kuasanya.
Semua orang terkejut melihat stella yang berubah menjadi lain. Matanya sedikit bewarna gold. Itu merupakan tanda bahawa setengah dari kuasa stella dah terbuka.
Stella menyerang fifi. Fifi terkejut melihat perubahan stella. Dia membuat perisai ais untuk melindungi dirinya tapi stella menyerang menggunakan kuasa api menyebabkan pelindung stella hancur.
Stella menyerang fifi bertubi2 dengan kuasa petir. Pengetua dan guru2 yang lain terpaksa menghentikan perlawanan kerana keadaan semakin kucar kacir.
Stella menyerang pengetua dan guru2 degan kuasa taufan menyebabkan guru2 tidak dapat mendekati stella.
Pengetua fiona menggunakan kuasa solarnya untuk menyerang stella. Dah berlaku lah perlawanan antara pengetua dan stella.
"Stella, kamu kena kawal kuasa kamu." pengetua fiona terpaksa memengsankan stella untuk memberhentikan kuasa stella dari menghancurkan padang perlawanan. Penonton semua dah lari kerana kuasa taufan stella sangat kuat hingga hampir menyebabkan mereka ditarik masuk ke dalam taufan.
Stella pengsan bila pengetua fiona menggunakan kuasa solarnya yang paling kuat. Dan semuanya kembali sedia kala.
Stella dan kira dibawa ke bilik rawatan. Manakala rose dan group marvelous hanya berehat seketika untuk memulihkan kuasa mereka semula. Fifi pula hanya pengsan sekejap sahaja kerana terlampau terkejut dengan kuasa petir stella yang hampir mengenainya.
Group king dan rose melawat kira dan stella. Mereka berdua belum pulih. Kira kehilangan banyak darah manakala stella pula pengsan kerana terlampau menggunkan kuasanya.
"Korang dah bertanding ke?" rose memandang ke arah group king. Dia tidak dapat melihat perlawanan group king kerana terpaksa menemani kira dan stella di bilik rawatan.
"Dah." filips menjawab pertanyaan rose memandngkan hanya dia sahaja yang paling dekat dengannya. Andri dan kris duduk di sebelah katil kira dan stella.
"So macam mana? Korang menang ke?"
Filips menganggukkan kepalanya. Rose memberikan ucapan tahiah kepada group king.
Andri menanyakan sama ada group aqua menang atau tak tapi rose sendiri pun tidak tahu. Susah untuk mereka menilai perlawanan tadi.
Stella dah sedar selepas dua jam pengsan. Benda pertama yang dia lihat ialah kris yang sedang memegang tangannya.
"Stella!! Nasib baik kau dah sedar." kris memeluk stella.
"Apa yang terjadi?" stella tidak dapat ingat apa yang berlaku dan kenapa dia ada di bilik rawatan.
Rose dan group king saling berpandangan.
"Serious lah kau tak tahu?" rose memegang bahu stella. Stella menggelengkan kepalanya. Kemudian dia melihat kira yang terbaring di sebelah tilamnya dengan lengan berbalut.
Perlahan2 stella makin ingat apa yang berlaku. Stella menangis kerana dia tidak dapat mengawal kuasanya. Rose sedih melihat keadaan stella dan dia pun memeluk stella.
Andri dari tadi hanya diam sahaja. Dia masih terkejut mendengar berita kira pengsan semasa perlawanan. Andri melihat muka kira yang pucat dan tidak seceria dahulu. Dia sedar yang dia dah jatuh cinta dengan kira. Sejak bila dia sendiri pun tidak tahu.
Kira tolong lah sedar. Andri memegang tangan kira dengan erat seperti tidak mahu lepaskan.
Pengetua fiona masuk ke dalam bilik rawatan stella dan rose. Dia lega melihat keadaan stella yang dah sedar dari pengsan. Dia tidak menyangka yang kuasa stella akan keluar tadi. Nampaknya dia harus mengajar stella untuk mengawal kuasanya kalau tidak benda buruk akan terjadi.
Pengetua fiona memberitahu bahawa group aqua menang pertandingan tadi dan akan berlawan esok dengan sekolah2 lain. Pada mulanya stella menolak kerana dia takut kuasanya tidak dapat dikawal dan keadaan kira juga belum pulih.
Pengetua fiona menyuruh hanya stella dan rose sahaja yang bertanding esok jika kira masih belum pulih. Dia tidak dapat mengubah peraturan yang telah ditetapkan.
YOU ARE READING
Magic academy: mystery of golden girl (COMPLETE)
Fantasíastella terpaksa merahsiakan kuasanya daripada pengetahuan orang lain. kerana di dunia magic, semua orang hanya mempunyai satu element magic kecuali orang yang terlalu kuat. kenapa stella mempunyai semua kuasa magic? adakah dia dapat merahsiakan kuas...