01

575 35 1
                                    

Jimin masa umur 8 tahun...

Petang yang indah, perkahwinan antara Puan Park dan Encik Wang berjalan dengan lancar.

Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan. Perkahwinan secara sederhana dilangsungkan di rumah Encik Wang.

Jimin, selaku anak kepada Puan Park hanya mampu duduk dan memerhati pasangan yang baru berkahwin di hadapannya.

Tak sangka, ommanya dah berkahwin lain selepas kematian Encik Park tiga tahun lalu akibat kemalangan.

Dia masih tak dapat menerima kenyataan yang ommanya berkahwin dengan lelaki tak guna tu.

Depan ommanya, baik dia sampai pijak semut lenyek lenyek pun tak mati mati.

Tapi, takde je ommanya bersama dengan bapak tirinya tu, perangai dia bertukar 360 darjah daripada asal.

Perangai dia menjadi seorang yang suka memukul, mendera dan seangkatan dengannya.

Dan mangsa deranya semestinya, Jimin yang masih muda. Baru berumur 8 tahun.

Tapi perangai buruk bapa tirinya tu lama lama diketahui juga oleh Puan Park.

Hidupnya berubah kelam bermula dari hari perkahwinan ommanya bersama Encik Wang di mana bapa tirinya sering memukul dan menderanya sehinggalah usianya meningkat ke alam remaja.

·····

Jimin berumur 11 tahun...

Beberapa tahun selepasnya...

"Eh budak bodoh. Amikkan aku air." Arah Encik Wang sambil menendang Jimin yang tengah menyiapkan kerja rumahnya.

"Appa nak air apa?" Soal Jimin takut takut.

Badan dia dah cukup banyak lebam sebab selalu kene pukul dek bapak tirinya. Kalau tak kena libas dengan tali pinggang tu, tak sah kehidupan seharinya.

"Siapa appa kau?" Katanya lalu dia bangun dan membuka tali pinggangnya.

Dia terus melibas tali pinggang tu ke arah Jimin tanpa belas kasihan.

Jimin dah meraung raung menangis mintak tolong. Sakit, sakit sangat.

"Sa...sa..kit...appa....sakit..." rayunya sambil teresak esak.

"Eh aku takde anak macam kau lah. Siapa appa kau, sial?" Encik Wang menendang perut Jimin pula.

Sifat panas baran Encik Wang memang tak dapat disangkal lagi sejak dia berkahwin dengan Puan Park. Ommanya pun selalu kena pukul dengan bapa tirinya ni.

Encik Wang ni tak kerja. Puan Park je yang bekerja sara mereka berdua. Encik Wang ni pulak kerja dia suka amik dadah. Yang bayar, Puan Park.

Kalau Puan Park tak bagi dia duit, Puan Park kene pukul.

Tu je rutin harian bapa tirinya, Amik dadah. Pukul. Ulang sampai dia rasa puas hati.

"Kau sini. Kau ni menyemak je dalam hidup aku. Tak layak jadi anak aku lah bodoh!" Dia mengheret Jimin ke belakang rumahnya.

Berdarah darah kaki Jimin sebab kene seret dekat jalan berbatu yang tajam tu.

Dia mencampak Jimin ke belakang. Kepalanya terhantuk pada batu bata yang ada kat belakang rumahnya.

Berdarah. Ya, darah.

Psycho Stripper | JiminWhere stories live. Discover now