012

208 18 2
                                    

Jimin POV

Iya, omma aku dah takde. Tempat aku bergantung selama ni dah takde.

Mayat omma aku dah diuruskan oleh pihak hospital. Tinggal untuk kebumikan je.

Aku tunggu dekat bahagian menunggu depan kaunter hospital tu. Duduk, termenung.

Aku dah takda appa, omma. Aku dah jadi anak yatim.

Ada appa tiri pun tak boleh harap. Hilang macam tu je. Langsung tak bertanggungjawab lepas apa yang dia buat.

Ah, boleh ke aku bertahan tanpa omma. Aku dah takde sokongan dari ahli keluarga.

Air mata aku dah sampai tak terkeluar dah. Kering. Sebak tu mula bertahan.

Tiba tiba, Doktor Hanbin datang dekat aku lepas hampir sejam jugak lah aku tunggu dekat situ.

Dia tegur aku.

"Jimin, saya simpati atas kematian omma kamu. Maafkan kami, tak mampu buat omma kamu bertahan." Kata dia lalu duduk sebelah aku.

"Takpe, Doktor Hanbin. Memang dah sampai masa dia. Daripada dia terseksa menahan sakit, lebih baiklah dia pergi dengan aman. Saya...saya boleh faham..." mendatar nada aku.

Aku cuba tahan diri aku dari menangis lagi. Aku cuba.

"Jadi, kamu tinggal dengan siapa lepas ni?" Doktor Hanbin tanya aku.

Tinggal mana? Aku pun tak tau. Aku rasa aku akan duduk jugak rumah tu. Pandai pandailah aku hidup, dah terpaksa. Nak buat macam mana,aku bukan orang senang.

Haih.

"Sorang je lah. Saya dah takde sesiapa." Aku jawab. Malas nak panjangkan cerita.

"Oh...okay. Saya harap kamu bertabah okay. Mari, kita bawa mayat omma awak ke perkuburan. Segalanya dah diuruskan, tinggal untuk dikebumikan sahaja." Ujar Doktor Hanbin dekat aku.

Aku angguk perlahan. Bangun lalu ikut langkah dia...

---

Setelah selesai dikebumikan, aku duduk depan kubur omma aku. Elok terletak gambar omma aku dan beberapa bunga di situ.

Ahli hospital yang lain dah pulang semula ke hospital. Tinggal aku, dan Doktor Hanbin. Aku pergi sini naik kereta dengan dia.

Aku pandang sayu je pada omma aku punya kubur.

Aku sentuh batu dia. Doktor Hanbin hanya berdiri kat sebelah sambil pandang aku.

"Omma...tak sangka kan...kejap je omma dah pergi. Tapi, tak apalah. Jimin boleh terima...boleh...ha...ha...boleh kot. Takpelah omma, yang penting omma kene tau yang Jimin sentiasa sayangkan omma. Jimin takkan ha...ha..ha...lupakan omma..." dalam kesedihan aku cuba ketawa.

Aku dah macam orang tak betul. Cakap sikit, gelak, nangis.

Doktor Hanbin yang pandang aku dia hanya mampu menggeleng sambil tunduk.

Argh, aku tak kisahkan semua. Apa yang diorang rasa kalau kat tempat aku? Mesti boleh jadi gila jugak kan.

Tapi aku bukan lah jenis yang 'gila' sampai tahap nak cederakan diri sendiri. Aku tak sebodoh tu lagi.

Cuma aku gila sikit sebab, omma aku dah takde. Appa tiri aku pulak dah larikan diri.

Takpelah, lagi bagus aku tak hadap muka dia.

"Omma....omma tak sempat pun nak jumpa orang yang bahagiakan Jimin selain daripada omma tu. Jimin tak sempat nak ceritakan pasal dia dekat omma,tapi...omma dah pergi dulu...ha ha ha...takpelah. Omma, nama dia Haneul. Dia baik omma. Cantik. Selalu ada untuk Jimin jugak...Jimin pun sayangkan dia macam mana Jimin sayangkan omma...hik hik..." kata aku sambil tersedu sedan.

Air mata yang aku tahan tahan tu akhirnya tumpah jugak. Basah baju aku sebab nangis.

Aku sebenarnya tak boleh terima pasal kehilangan omma...tapi aku akan cuba buat macam takde apa yang jadi.

Ha...ha...ha....aku kuat lah, aku kuat.

Aku terus mengeluh panjang. Terus aku berdiri, dan cium batu di kubur omma.

"Tenanglah omma dekat sana. Jimin sentiasa sayangkan omma." Aku terus berpaling menghadap Doktor Hanbin yang setia berdiri sebelah aku tadi.

"Doktor Hanbin, boleh tolong hantar saya balik ke rumah saya?" Aku tanya dia.

Aku nak balik. Yelah, mana lagi tempat yang aku nak pergi.

"Boleh. Rumah kamu dekat mana?"

"Dekat Taman Yeonsang."

Doktor Hanbin angguk dan tolak badan belakang aku perlahan. Kami jalan beriringan menuju ke kereta.

---

Setibanya di rumah, aku terus turun dari kereta Doktor Hanbin dan tutup pintu kereta dia.

Aku berdiri sebelah kereta dia,dan dia turunkan tingkap.

"Terima kasih, Doktor. Saya hargai jasa doktor." Aku cakap dekat dia dan tunduk sikit.

Doktor Hanbin senyum.

"Sama sama. Jaga diri, Jimin." Katanya lalu lambai tangan dekat aku dan beredar lepas aku lambai balik.

Aku pandang rumah aku dan tersenyum tawar. Rumah ni, rumah yang terlalu banyak kenangan pahit manis.

Tapi kebanyakannya kenangan pahit. Ah, lupakan.

Aku terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Rumah aku yang bersepah semalam dah nampak kemas. Tersusun sikit daripada semalam.

Darah dan cat dekat dinding dan lantai pun dah takde. Ada pun sikit sikit jela. Tak sebanyak semalam.

Mungkin pihak hospital ada datang rumah aku bersihkan, kot.

Entahlah. Aku terus tutup pintu rumah dan kunci.

Aku jalan menuju ke bilik tidur omma aku. Aku rasakan macam dia ada dengan aku. Haih, aku dah mula rindu omma.

Terus aku pergi dekat katil dia, dan baring terlentang sambil mendepakan kedua dua tangan aku.

Hahhh...leganya dapat baring.

Aku dapat bau wangian yang omma selalu pakai dekat dalam bilik ni.

Wangi, aku suka bauan omma. Bauan ni jugak sama kalau aku duduk sebelah omma.

Kemudian, aku bangun semula dan pergi dekat almari pakaian omma.

Aku bukak, dan amik sehelai baju dia yang selalu dia pakai.

Blaus merah bercorakkan bunga putih. Aku selalu nampak omma pakai baju tu sebab dia kata baju tu merupakan hadiah daripada appa aku. Appa Park.

Aku amik dan aku peluk. Aku terus keluar dari bilik omma aku dan masuk ke dalam bilik aku.

Aku baring atas katil aku sambil peluk baju omma.

Peluk baju pun, jadi lah. Aku boleh jugak dapat aura mendiang omma.

Esok sekolah. Argh, takpelah. Aku cuba bertahan. Cuba berlagak biasa. Aku akan cuba. Tu pun kalau aku mampu...

Lama lama, mata aku mula layu. Kemudian, aku terlena sambil peluk baju kesayangan omma aku, erat.

---

Tabahlah, Jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tabahlah, Jimin. Kau kuat kan? T_T

Huuuu....tbc........🌚

Psycho Stripper | JiminWhere stories live. Discover now