019

192 21 16
                                    

17++++++ 😂

Author POV

17'January's.

Hari ni genap dua tahun Jimin berada di rumah Haneul. Rutin hariannya hanya sama. Sentiasa diseksa oleh keluarga kejam itu. Diikat, dipukul dan sebagainya. Jimin juga pernah dikurung pada bilik bawah tanah selama 3 bulan dan hanya diberi makan ubi kentang sebiji sehari, dan air kosong. Ianya kerana Jimin cuba melarikan diri.

Semua perkara tu membuatkan Jimin semakin hari semakin menebal perasaan benci dan dendamnya pada keluarga itu. Dia hanya menunggu masa untuk melarikan diri lagi daripada rumah agam keluarga Haneul.

Jimin duduk pada sofa di dalam biliknya yang awal-awal dia datang. Hari ni, dia dibiarkan rehat di dalam biliknya sendiri. Tapi, lehernya diikat dengan rantai besi yang berada di dalam bilik tu. Kata mereka supaya Jimin tak melarikan diri lagi.

Pergerakannya agak terbatas dek kerana rantai pada lehernya. Dia mula membelek lengannya, dan tubuhnya yang mempunyai parut-parut luka yang disebabkan oleh keluarga Haneul. Dia termenung bila mengingatkan hari-hari yang dilaluinya sebelum ni.

Satu keluarga dia seksa Jimin. Omma, appa, dan Haneul sendiri. Masing-masing menyeksa dengan cara tersendiri.

Omma nya, sering memberi pil-pil yang Jimin sendiri tak tahu. Dalam sehari, Jimin dipaksa memakan ubat tu sebanyak 15 biji sehari. Pagi 5,petang 5 dan malam juga 5. Selesai dia memberi ubat,dia membawa Jimin ke bilik seksaan keluarganya.

Di dalam bilik tu, ada banyak peralatan. Segalanya merupakan alatan seksaan. Barang-barang yang tajam juga banyak dalam tu. Pisau, parang, kapak juga ada disangkut khas pada bahagian dinding. Terdapat beberapa buah kerusi yang berlainan jenis.

Jenis yang untuk baring, duduk dan pelbagai. Setiap kerusi tu ada tempat letak tangan yang khas agar boleh diikat. Pada yang jenis duduk pula, bahagian bawah kerusi tu ada juga tempat pengikat kaki.

Pada yang jenis baring pula, terdapat tali khas di sisi kiri dan kanan bangku tersebut. Apabila seseorang baring di situ, dia akan diikat pada bahagian dada, perut, dan kaki. Itulah apa yang Jimin pernah hadapi.

Omma Haneul membawa Jimin dengan menggunakan tali panjang yang diikat pada bahagian lehernya. Jika dilihat, serupa dengan membawa anjing.

Itulah keadaan Jimin setiap hari jika dibawa ke mana-mana. Tangan dan kakinya diikat. Jadi, macam mana dia nak bawak Jimin kalau kaki sekali dia ikat?

Heret. Mereka akan heret Jimin hingga tiba ke bilik tersebut. Matanya pula akan dipakaikan blindfold setiap kali mereka melakukan sesuatu pada Jimin. Biar Jimin tak tau apa yang dilakukan mereka, sebaliknya hanya menerima. Kesan akhirnya, pasti tangan, kulit pipi ataupun betisnya akan berdarah.

Ommanya akan memasang kamera di bahagian depan Jimin. Hanya menampakkan dia seorang. Jadi, ommanya record setiap perbuatannya pada Jimin. Sama ada dia menoreh, ataupun menghiris sedikit kulit Jimin. Segalanya dirakam. Bunyi teriakan Jimin itu yang membuatkan omma Haneul semakin galak melakukannya.

---

Pada appa Haneul pula, dia melakukan perkara yang sama seperti omma Haneul, cuma dia tidak merakamkannya sahaja. Sebaliknya, dia akan menoreh kulit Jimin dan darahnya yang mengalir itu diambil.

Dia menadah darah-darah Jimin yang mengalir itu ke dalam mangkuk besi kecil yang sering dibawanya. Juga sebuah briefcase yang selalu berada dengannya tu mengandungi alatan yang tajam seperti pisau, gunting, blade dan juga sepucuk pistol.

Jimin mula teringatkan kata-kata appa Haneul. Terngiang-ngiang di telinganya akan ujarannya.

"Kau tau kan? Mereka yang tak reti diam tu aku tembak je kepala dia? Kau nak otak kau bersepai? Kau nak mati sebab ditembak? Kalau kau nak hidup lama kau ikut je apa yang aku suruh buat. Jangan banyak soal kalau kau taknak jadi mangsa yang seterusnya ditembak." Appa Haneul mula mengeluarkan sebilah pisaunya. Dia membelek-belek pisau itu kemudian dia merenung Jimin dengan senyuman yang sinis.

Psycho Stripper | JiminWhere stories live. Discover now