08

266 24 7
                                    

Author POV

"Jimin lama nya awak dah tak datang sekolah. Awak okay ke?" Tegur Haneul lalu duduk di kerusi kosong sebelah Jimin dalam kelas.

Dia hairan, hampir seminggu lebih Jimin tak menghadirkan diri ke sekolah.

Dia sakit ke? Tapi Jimin nampak okay. Cuma, kepala Jimin ada kesan jahitan di bahagian tepi dahinya.

Dari jauh tak nampak, kalau dilihat dari jarak dekat baru nampak parut kesan jahitan tu.

"Ah, saya okay je. Cuma saya demam panas je. Jangan risau. Saya dah okay." Jimin tersenyum ke arah Haneul di sisinya.

"Jimin. Saya tau awak bukan demam. Takkan awak demam sampai kepala awak ada kesan jahitan?" Haneul terus bertanya.

Tak percaya apa yang dikatakan Jimin sebentar tadi.

Haneul menyentuh kesan parut di dahi Jimin dengan hujung jarinya perlahan lahan.

"Em. Takde apalah. Abaikan. Saya dah datang sekolah dah ni pun kan? Ada kerja apa yang perlu saya siapkan" Jimin cuba menukar topik.

Tak mahu berkata mengenai kesan jahitan di dahinya. Dia dipukul pun sebab dia keluar dengan Haneul. Tapi dia tidak menghiraukan tentang perkara itu.

"Park Jimin. Cerita lah dekat saya. Jangan lah macam ni. Selalu awak cerita je dekat saya tentang apa yang jadi kat awak. Awak kene pukul lagi kan?" Haneul terus meneka.

Masih tidak berpuas hati sebab Jimin taknak jawab soalan dia.

Jimin mengangguk perlahan lahan sambil menunduk dan terus memandang semula wajah Haneul yang masih serius.

"Tapi awak takyah risau. Saya okay je." Jimin berkata dengan segera.

"Awak ni. Dia buat apa dekat awak. Macam makin teruk je. Awak taknak report hal ni dekat polis ke?"

"E-eh, tak perlulah sampai macam tu sekali Haneul. Dia cuba baling pasu dekat kepala saya je--"

"APA!" Terjerit kecil dibuatnya setelah mendengar apa yang dikatakan Jimin.

"Baling pasu je? Je? Awak kata? Tu teruk sangat tu. Silap hari bulan awak jadi gila asyik kene baling itu ini." Haneul membebel kepada Jimin.

"Saya lebih rela jadi gila dari hidup dengan orang macam tu." Ujar Jimin geram, tapi ada nada bergurau dalamnya.

Haneul POV.

Lebih rela jadi gila eh? Wah. Aku suka ayat tu.

Aku boleh buat kau jauh jadi lebih gila, Jimin.

Gilakan aku. Hehehehe.

"Ish, awak ni. Apa cakap macam tu. Kalau awak gila, macam mana dengan saya ni?" Aku sengaja menduga dia.

Gila gila ni yang best ni. Seronok je layan. Gila gila macam masuk air tu. Ala, jangan la pikir lain dekat kita. Ish.

"Haha. Saya cakap je. Tak bermaksud pun sampai nak jadi gila. Tak pernah terfikir pulak kalau saya jadi gila macam mana." Jimin tersengih pandang aku.

Aku mampu sengih balik je kat dia.

Tak terfikir eh? Aku boleh buat kau fikir tentang tu. Tapi, tunggu masa yang sesuai.

Aku nak miliki kau sepenuhnya dengan 'gila'.

Aku sayang kau, Park Jimin. Aku suka kau. Tapi aku lagi suka sisi lain kau nanti. Hehe.

ARGH! Haneul kau ni merepek je lebih. Mesti banyak tengok drama ni. Sampai terbawak bawak dalam diri. Aku gelak sendiri dalam hati dengan fikiran aku tadi.

Psycho Stripper | JiminWhere stories live. Discover now