Author POV
"Aku pun boleh buat kat kau macam ni, kat sini jugak."
Haneul hanya tergelak sinis. Dia menatap wajah Jimin dan pisau yang dipegangnya diletakkan di bawah dagu Jimin untuk mendongakkan wajahnya menghadap Haneul.
"Kau boleh buat apa je? Macam aku cakap, kau diikat. Kau lemah, kan?" Pisau itu diusapkan pada pipi Jimin pula. Perlahan.
Jimin meletakkan tangannya di pinggang. Menunggu masa yang sesuai untuk melakukan tindakan yang dinantikannya.
Jimin ketawa. Matanya tak beralih daripada memandang wajah Haneul di depannya. Pisau yang berada di pipi Jimin tadi Haneul mencarik sedikit sehingga darah terkeluar.
Cecair hangat yang merah itu mula mengalir di pipi Jimin. Haneul tersenyum bangga. Pisau itu dialihkan pula pada leher Jimin. Bermainkan mata pisau itu di leher Jimin.
Jimin hanya membiarkan perlakuan Haneul, sebab kejap lagi dia akan tau apa rasa terseksa. Biar dia pulak yang merasai bagaimana diseksa.
Kita tunggu, Haneul. Desisnya.
"Manusia lemah tak semestinya dia tak reti melawan." Jimin terus menolak tubuh Haneul dan dia terjatuh ke bawah.
Pistol yang berada di bahagian belakang seluarnya diambil dan diacu pada wajah Haneul di bawah. Jimin tersengih sambil menarik picu pistol tu.
Tunggu masa nak lepaskan tembakan je.
Tak semudah tu dia nak lepaskan tembakan, Jimin mahukan Haneul rasakan macam apa yang dia rasa sebelum ni sebelum dia mati.
Tangan Jimin yang lagi satu membuka rantai yang diikat pada lehernya. Memandangkan dia dah bukak kunci tu tadi, jadi dia hanya tarik sahaja rantai itu keluar.
"Jimin! A-apa kau nak buat d-dengan pistol tu? Turunkan pistol tu. T-tolong turunkan, k-kalau tak aku bunuh kau!" Haneul bersuara dengan terketar-ketar dan pisau yang dipegangnya diacu pada Jimin. Dia mengesot ke belakang apabila Jimin mula menghampirinya selangkah demi selangkah.
"Kenapa? Kau takut aku ke sekarang ni? Kenapa kau menjauh? Kau takut mati?" Soal Jimin sinis sambil mendekati Haneul yang semakin menjauh dengannya. Pistol di tangannya masih diacu tepat pada wajah Haneul. Jimin tersengih.
"T-tak. Aku tak takut mati. Jimin, letak pistol tu. Aku sayang kau, Jimin. A-aku mintak maaf." Rayu Haneul sambil menitiskan air matanya. Dia cuba untuk merayu supaya Jimin tidak membunuhnya.
"Oh, sekarang baru nak ucap sayang. Sampah. Dasar sampah! Kau pengecut! Kau berani nak seksa aku bila aku diikat je! Kenapa kau taknak tikam aku? Boleh je kan? Ke sebab kau takut kau yang akan mati dulu sebab kene TEMBAK?" Jimin menekankan perkataan terakhirnya tu dan dia kini berada hadapan Haneul.
Pisau yang dipegang Haneul dirampasnya manakala pistol yang dipegang diletakkan pada dahi milik Haneul. Jimin berjalan pula ke belakang Haneul dan dia kini berada betul-betul di belakang Haneul.
Jimin mencangkung di belakang Haneul yang masih terduduk dengan esakkannya. Jimin memeluk leher Haneul kuat dari belakang dengan pisau yang kini berada di leher Haneul pula. Pistol di tangan kirinya masih berada di dahi Haneul.
"Kenapa kau diam? Taknak balas? Kau ada peluang ni. Geraklah sikit, ada badan kan. Cakaplah, ada mulut kan. Balaslah, ada keberanian kan. Kenapa kau tak buat? Siapa yang lemah sekarang? Aku...ke, kau?" Jimin bisik di telinga Haneul manakala lengannya mengetatkan pelukan di leher Haneul hingga membuatkan Haneul sedikit sesak.
Haneul memegang lengan Jimin dengan kedua tangannya apabila dia tak dapat bernafas dengan baik. Pelukan lengan Jimin di lehernya terlalu kuat.
"J-jangan bunuh aku. Aku...a-aku mintak m-maaf. Aku mintak maaf. Jebal! Lepaskan aku!" Rayu Haneul lagi.
YOU ARE READING
Psycho Stripper | Jimin
Romance¶ Feeling like the world was split in two and I was on the side of darkness and confusion ¶ "Please stay with me. Don't you dare to leave me okay, sweetie?" start : 2 December 2018 end : still on going.