026

229 16 1
                                    

Yoon POV

Bangun je, aku terus gosok mata. Terasa macam terang mata ni sebab ada cahaya matahari masuk dari sebalik langsir ke dalam bilik yang aku duduk ni.

Aku terus bangun pembaringan dan duduk.

Eh, kejap.

Terus, aku selak selimut yang tutup badan aku ni sampai terjatuh selimut tu ke lantai.

Fuh, masih berbaju. Tapi, ni bukan dress yang aku pakai semalam. Ni, gaun tidur? Jimin tukarkan untuk aku ke?

 Ni, gaun tidur? Jimin tukarkan untuk aku ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Omo! Aku dicabul. Segera aku tutup mulut sebab terkejut sangat. Lepas tu, aku perhati sekeliling bilik ni. Cantik. Bilik dia besar, barang pun tersusun kemas.

Aku agak impressed jugak lah dengan Jimin ni, sebab bilik ni cantik tapi aku tetap takleh brain pasal baju aku.

Aku agak impressed jugak lah dengan Jimin ni, sebab bilik ni cantik tapi aku tetap takleh brain pasal baju aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Takpelah, nanti aku tanya dia sendiri. Huhu.

Aku turun dari katil dan berjalan sekitar bilik ni. Besar, tak pernah aku duduk bilik sebesar ni, cantik pulak tu. Tapi, Jimin ni bawak aku kat mana?

Aku terus pergi ke arah langsir yang dah sedia terbukak, berdiri di situ. Perhatikan keadaan luar. Terdapat padang rumput yang luas dan pokok-pokok. Ada banyak juga bunga-bunga.

Aku kat mana ni? Kenapa aku rasa aku jauh sangat dari bandar Seoul ni? Jimin angkut aku pergi mana ni, sia?

Aku mula panik. Terus aku menuju ke arah pintu. Berlari. Belum sempat aku nak bukak pintu yang besar tu, pintu tu dah ditolak dari luar terlebih dulu.

Aku terkaku dekat situ. Ada...

Sorang perempuan tua mungkin dalam lingkungan usia 40-an? Mungkin? Dia tengah pegang dulang yang berisi ubat dan segelas air. Dia tersenyum pandang aku.

Aku terus berundur setapak bila perempuan tu masuk bilik tu. Aku pandang je dia yang masuk dan menuju ke arah sebuah meja kecil yang terletak dalam bilik tu.

Dia berpaling ke arah aku.

"Cik Yoon, sila lah makan ubat ni. Tuan Jimin suruh untuk melegakan tekak sikit lepas minum semalam. Jemput." Kata perempuan itu lembut, dan mula menapak ke arah aku.

Psycho Stripper | JiminWhere stories live. Discover now