HB | 1

12.2K 531 17
                                    

"Conflict is the beginning of consciousness"

- Anonymous -

•••••••••••••••••••


Gambar pada skrin handphonenya ditatap lama. Perlahan-lahan jarinya membesarkan gambar tersebut sehingga wajah setiap orang di dalam gambar itu dapat dilihat dengan jelas. Bibirnya mengoyak senyuman tipis apabila melihat gelagat bekas rakan sekelasnya semasa di tingkatan enam dulu.

Enam tahun berlalu. Tapi entah kenapa hati dan perasaannya masih tidak berubah terhadap lelaki itu. Skrin handphonenya bertukar pada gambaran panggilan sedang masuk. Pantas dia menjawab.

"Assalamualaikum, ha kat mana tu?"

"Waalaikumussalam. Kat rumah. Kenapa?" soal Niarayha. Sambil menjawab, sebelah tangannya memasukkan dompet dan lipmatte ke dalam beg tangan.

"Tak gerak lagi? Aduh, kena tunggulah ni?" terdengar suara rengekkan Dahlia.

"Oi makcik! Kau sendiri suruh aku gerak lepas kau call. Lagipun, rumah aku dengan kau tak sampai setengah jam pun." balas Niarayha.

"Yelah yelah. Bawa kereta macam pelesit tau. Biar cepat sampai." pesan Dahlia awal-awal buatkan Nia tersentak.

"Kepala hotak kau! Cepat sampai ke liang lahad adalah. Dah aku nak gerak ni. Naz dah ada dekat rumah kau ke?" soal Niarayha. Begnya disangkut ke bahu kemudian mencapai kunci kereta.

"Ada je ni ha,"

"Okay, tunggu kejap." Niarayha sendiri mematikan talian. Hari ini mereka ada perjumpaan semula dengan bekas pelajar tingkatan enam.

Tiba-tiba saja hatinya berdebar. Huh!

Sampai di tingkat bawah, Niarayha mendapatkan ibunya.

"Balik jangan lewat sangat." pesan Puan Ruhaila.

"Iya ibu." Niarayha menyalami tangan ibunya kemudian dia bergegas keluar dari rumah.

Sementara itu, Dahlia statik duduk sambil memegang kipas bateri yang dihala ke mukanya yang sudah kebosanan menunggu Niarayha meskipun baru 10 minit lepas menghubungi wanita itu. Naziqa pula duduk bertentangan dengan Dahlia dan menghadap handphonenya. Apa lagi? Berbalas mesej dengan buah hatilah.

"Manalah Cik Nur Niarayha ni?" soal Dahlia. Wajahnya sudah seakan fedup menunggu kawannya yang seorang itu sampai.

"Baru 10 minit lepas kau call dia. Lagi 10 minit sampailah dia tu." kata Naziqa.

"Apahal lah buat reunion malam-malam macam ni. Kat hotel pula tu. Kalau waktu siang, bolehlah kita naik bas." omel Dahlia lagi. Dia dan Naziqa masih belum ada lesen kereta lagi. Kereta apatah lagi.

Bukan tidak mahu ambil tapi dia bukannya bekerja di luar pun. Hanya melakukan perniagaan secara online. Segala penghantaran barang akan diserahkan kepada adiknya. Tambah pula, duit yang diterima untuk majlis perkahwinannya juga.

Naziqa pula, sudah tiga kali gagal ujian memandu bersama JPJ. Terus dia berhenti dulu. Mungkin lain kali saja nanti. Begitulah jawapan daripada gadis itu. Jadi, jika mereka berdua mahu ke mana-mana sama ada menaiki pengangkutan awam atau bersama Niarayha.

"Ish! Dah lawa macam ni nak naik bas pula. Kau jela pergi." balas Naziqa lalu sambung menghadap skrin handphonenya.

Seraya itu, sebuah kereta muncul berhenti tepat di hadapan rumah Dahlia.

"Wah! Awalnya walaupun lima minit je." kata Dahlia. Dia ambil tempat duduk di sebelah pemandu dan Naziqa di bahagian belakang.

Niarayha buat muka toya.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now