HB | 3

5.6K 435 51
                                    

It's okay to cry

- Anonymous -

••••••••••••••••••••

Niarayha duduk di birai katil. Dia langsung tidak ada semangat untuk pergi kerja hari ini. Wajahnya juga masih sembab kerana menangis sepanjang malam menghadap Allah. Segala-gala yang terbuku di hati diluahkan. Betapa dia menangis semahu-mahunya semalam kerana semua membuangnya termasuk rakan-rakannya semasa di sekolah menengah.

Niarayha membuka aplikasi Whatsapp. Chat antara mereka dalam group dibaca sekali lagi.

Fara
Nia, aku tak sangka kau macam ni. Dulu kau beria nasihat aku jangan dekat dengan jantan. Jangan bagi jantan sentuh aku sesuka hati. Jangan ulang kesilapan aku dulu. Kau tegur kitaorang yang konon tak jaga batas. Tapi kau sama je! Kau guna cara kotor dapatkan Shafieq. Kau lebih teruk daripada pelacur tau tak!

Bohsia! Bitch tak guna. Pergi matilah kau!

Zahraa
Munafiq bodoh!

Atikah
Bajet bidadari syurga. Rupanya... 😏 Boleh pergi jahanamlah betina! @Nia

Korang cakap apa ni?

Hannan
Dah dah... Kau tak payah nak pelik sangat. Kawan kau si Dahlia tu dah cerita semua yang kau perangkap Shafieq.

Zahraa
Kalau kau dah kemaruk sangat dengan crush kau tu, tak payahlah sampai buat benda ni. Bodoh!

@zara Kau sorang je tau pasal Shafieq. Macam mana yang lain boleh tau.

Demi Allah, aku tak buat semua tu. Aku kena fitnah

Atikah
Lepas Dahlia bagitau kiteorang, baru zara cerita kat kiteorang yang kau memang dah crush on lama dengan Shafieq. Dah desperate sangat, buat kerja bodoh.

Hannan
Aku malas nak layan perempuan macam kau. Tak ada maruah! Kiteorang tak boleh terima kau dah. Sorry to saylah eh

Zahraa
Sila berambusss

Hannan removed you

Tangan yang sedang memegang handphone itu jatuh ke ribanya. Ya, cuma Zahraa satu-satunya kawan yang tahu rahsianya yang memang sudah lama ada perasaan terhadap lelaki bernama Shafieq Afdham. Sebab dia percayakan wanita itu.

Hati yang mulai sebak segera ditepis. Handphone dimasukkan semula ke dalam beg tangan. Niarayha menapak keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga sambil matanya melihat keadaan di tingkat bawah itu.

Dia sendiri tidak tahu sama ada Shafieq sudah ke tempat kerja atau belum. Lagipun, mereka bukan duduk sebilik dan sejak semalam memang dia langsung tak keluar dari biliknya.

Saat Niarayha ingin memegang tombol pintu rumah, satu suara garau menyapa gegendang telinganya.

"Sempat lagi pergi kerja? Berlagak macam tak ada apa berlaku. Oh! Memanglah sebab kau dah tahu awal-awal benda ni akan berlaku. That's why kau tak peduli." perli Shafieq.

Niarayha pusing menghadap lelaki itu. Shafieq sedang bersandar di dinding lengkap dan segak berkemeja maroon dan berseluar hitam sepadan dengan tali lehernya. Sebelah tangannya dimasukkan dalam poket seluar dan sebelah lagi memegang mug putih.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now