"Find strength to get through whatever is causing you so much stress at the moment"
- Anonymous -
••••••••••••••••••••
Mangkuk besar yang berisi nasi putih itu diletakkan di atas meja. Tiga jenis lauk sudah siap terhidang. Buat apa nak masak banyak-banyak. Makan dua orang je. Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi pintu rumah dibuka. Terus jantung Nia berdebar untuk menjemput Shafieq makan malam.
Tudungnya dikemaskan. Ya, sejak dia berpindah ke rumah ni, tudung tidak lepas dari kepalanya. Segan dia walaupun Shafieq boleh melihat auratnya tapi kalau dibuka nanti, apa pula kata lelaki itu.
Kelibat Shafieq muncul. Bila saja lelaki itu menutup pintu, Nia pantas menyapa.
"Awak nak makan?"
Langkah Shafieq terhenti. Perlahan-lahan dia pusing ke belakang dan pandang wanita yang berdiri di meja makan.
"Kau cakap apa?" soal Shafieq. Dia mengatur langkah mendekati Niarayha.
"Saya nak ajak makan je." perlahan suara Nia membalas. Shafieq memandang pula pada hidangan dia atas meja.
"Kau ingat aku kebulur sangat ke nak makan masakan perempuan macam kau?" Shafieq mencerlung ke arah Niarayha.
Terus saja lengan gadis itu dicengkam. Nia menyeringai kesakitan.
"Kau dengar sini perempuan, tak payah nak tunjuk baik. Tak payah nak berlagak alim, jadi isteri mithali apa semua. Kau buatlah apa pun, kau tetap betina yang sama. Yang perangkap aku. Kau kena ingat, sampai masanya nanti. Aku sendiri akan halau kau." Shafieq berbisik kasar dan dekat di telinga Nia.
"Sumpah awak saya tak buat-"
"Bagi aku bukti yang kau tak buat. Selagi tak ada, selagi tu aku akan seksa hidup kau!" seraya itu Shafieq melepaskan tangan Nia.
"Dan kau tak layak pakai tudung kalau perangai mengalahkan betina sundal!" Shafieq menarik tudung Nia sehingga tercabut. Kemudian dia berlalu pergi.
Berombak dada Nia mendengar kata-kata Shafieq. Pecah empangan air matanya dengan tuduhan yang tidak berkesudahan dan hinaan yang dilemparkan kepada dirinya.
Nia melutut dan mencapai tudungnya. Bukti apa yang harus dia tunjukkan kepada Shafieq. Dia sendiri tak tahu macam mana dia boleh ada dalam bilik hotel itu bersama Shafieq.
Nia mengesat air matanya. Makanan yang ada di atas meja dimasukkan dalam peti sejuk. Perlahan langkah Nia menuju ke tangga untuk ke tingkat atas. Sampai di puncak, pintu bilik Shafieq dipandang sepi.
Dalam bilik, Nia duduk di birai katil dan mencapai handphonenya. Dia berkira-kira untuk menghubungi Zahraa. Dia tahu wanita itu marah tapi Nia berharap sangat Zahraa mampu dengar dulu penjelasannya.
Handphone dilekapkan pada telinganya. Beberapa saat kemudian, terdengar suara Zahraa menyapa.
"Hello,"
"Zahraa..." panggil Nia. Rindunya dia pada sahabatnya itu. Jika dulu setiap kali dia punya masalah pasti Zahraa ada dengannya dan dengar ceritanya.
"Kau nak apa lagi?" suara Zahraa berubah kasar.
"Zahraa kau kena dulu penjelasan aku. Takkan kau tak percaya dekat aku? Aku tak buat semua tu babe." rintih Niarayha.
"Iya? Ada aku kesah? Masalahnya member kau tu dah cerita semua siap tunjuk bukti yang pihak jabatan tangkap kau dengan Shafieq dalam bilik." kata Zahraa.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...