"You'll know you are strong when everyone is targeting you."
- Koro Sensei -
••••••••••••••••••••
Niarayha bersandar pada kerusinya. Suasana bilik kerjanya yang tenang tanpa sebarang bunyi sedikit pun tidak dapat membuatkan dia lupa tentang hal pagi tadi. Hilang moodnya hari ini usai saja mendengar 'ayat-ayat manis' daripada Shafieq Afdham sebelum dia pergi kerja.
Besar sangatkah dosanya sehingga perlu rasa begini?
Kepalanya melentok sedikit ke kanan dan membiarkan tangannya mengurut sebelah dahinya. Masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan Shafieq pagi tadi.
"Aku dengar apa kau cakap malam tadi masa aku tidur atas sofa. Kau jangan nak mimpi eh perempuan! Pergi cermin segala kekotoran dan dosa yang kau dah buat dekat aku. Kau tu... Taraf betina dekat kelab malam sana. Memang taklah Tuhan tu nak buat aku jatuh hati dekat kau. Jijiklah bodoh!"
Niarayha memegang lengannya yang dicengkam kuat oleh Shafieq. Tanpa disangka kolam matanya sudah penuh dan jatuh menitis di pipi. Perasaannya mula memberat dan dadanya sesak. Niarayha segera mengesat air matanya di pipi dan bahagian mata.
Dia tak mahu fikirkan perkara ini atau terlebih fikir. Dia langsung tidak mahu ikutkan emosinya. Dia tidak mahu tekanan dahulu menyerangnya kembali. Lagi pula, sekejap nanti dia akan ada sesi terapi bersama Ian. Tak mahu tekanan yang mengawal dirinya untuk merawat orang yang dalam zon tertekan juga.
Tiba-tiba pintunya kedengaran diketuk dari luar. Takkan Ian kut?
Pintu terbuka dan terjengul kepala seorang lelaki cina seperti mencari seseorang dalam bilik sebelum mata mendarat di meja kerja Niarayha. Dengan senyuman lebar, Aaron masuk tanpa dijemput apatah lagi meminta izin. Pintu itu dibuka lebih luas dan di tahan dengan penyandal.
"You okay kan I biar pintu ni terbuka?" soal Aaron. Tubuhnya kaku seketika disebelah pintu. Teragak-agak dengan tindakkannya sendiri yang mungkin buat Niarayha kurang senang.
"Apa motif you buat macam tu?" Niarayha saja menduga.
"Yelah, kawan muslim I kata kalau lelaki dan perempuan duduk berdua tanpa penglihatan orang lain... Akan ada devil sekali. Then, akan berlaku fitnah dan sebagainya." jelas Aaron yakin.
"Habis you datang bilik I ni tak timbul fitnah ke?" soal Niarayha lagi cuba memerangkap Aaron.
"I datang sekejap je. Ada hal. Nak tanya khabar. Nanti I keluar balik." laju Aaron membalas kemudian tersengih.
"Ada-ada je lah you ni." Niarayha menggeleng melihat perangai Aaron. Nasib baik baru hari ini dia buat perangai, kalau dah kerap habislah kecoh satu hospital ni kata dia ada hubungan dengan mamat cina ni.
"Nia, are you okay?"
Niarayha pandang Aaron yang duduk di kepala sofa.
"Nampak macam I tak okay ke?"
"Tak." Jujur jawapan Aaron sekali dengan gelengan kepala.
Niarayha tersenyum. Jelas sangat ke riak di wajahnya?
"I bukan apa, tapi I dah selalu nampak wajah sedih you dulu. So I dah boleh hafal muka fake you. Sorok muka sedih dengan senyuman dan keceriaan. Ini Aaron lah Nia, you can lie hundred and thousand people but not me." ujar Aaron tapi itu menimbulkan tawa kecil Niarayha.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...