Never once Allah said to worry about it or stress about it. But what HE did said,
"Put your trust in Allah."( Al-Imran, 3 : 159 )
••••••••••••••••••••
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam. Niarayha duduk memeluk lutut di sofa setia menunggu kepulangan suaminya. Ah! Patutkah dia anggap Shafieq begitu sedangkan lelaki itu tidak menganggap dia apa-apa pun.
Dia keliru. Menunggu kepulangan Shafieq bukanlah lagak untuk menjadi isteri solehah tapi lebih kepada untuk membincangkan sesuatu. Apa yang terjadi petang tadi cukup mengganggu emosinya.
Lagipun, permintaannya pasti mudah untuk Shafieq tunaikan. Melepaskannya dan menamatkan perkahwinan mendadak ini memang itu yang dimahukan oleh lelaki itu.
Tambah lagi dia perlu terima hakikat yang dia takkan mampu perolehi kasih sayang Shafieq walaupun melalui takdir begini. Ini bukan kisah novel Nia... Kahwin kerana tangkap basah. Dibenci watak lelaki tapi masih ada kebahagiaan di akhir cerita.
Bunyi deruman enjin kereta mula kedengaran memasuki perkarangan rumah. Niarayha bersiap sedia. Bila nampak saja kelibat Shafieq, Niarayha berdiri.
"Awak, saya ada benda nak cakap." Niarayha bersuara.
"Aku malas." Shafieq meneruskan langkahnya dan ketika hampir di tangga rumah, Niarayha memintas.
"Lepaskan saya." Niarayha mendekati Shafieq. Langkah lelaki itu serta-merta terhenti dan memusingkan tubuhnya menghadap dia. Wajah lelaki itu bagaikan tidak percaya.
"Kau cakap apa tadi?" soal Shafieq.
"Saya nak awak lepaskan saya." nada Niarayha mula perlahan. Ya Allah, ampunkan aku atas tindakan ini.
Shafieq tergelak sinis.
"Kenapa tiba-tiba?" soal lelaki itu.
"Itu yang awak nakkan?"
"Kalau aku cakap tak nak?" Shafieq bermain tarik tali.
Niarayha berkerut. Apa sebenarnya lelaki ni nak? Tapi kalau betul Shafieq mahu mengikatnya macam mana? Dia penat nak hadap sindiran lelaki ini. Dia penat nak hadap ibu mertuanya. Sekurang-kurangkan kalau dia diceraikan, tak perlu rasa lagi semua yang menyesakkan dadanya.
"Tolonglah. Saya merayu. Awak dah tunaikan permintaan abah supaya tak ceraikan saya sekarang tunaikan harapan ibu awak pulak." rintih Niarayha.
"Kenapa nak babitkan ibu pulak ni? Atau ibu yang pengaruh kau?" Shafieq menangkap lengan Niarayha sehingga wanita itu tersentak. Dia teringat bila ibu paksanya untuk ceraikan Niarayha dan kahwin dengan Afrina.
"Tak... tak ada siapa pengaruh saya-"
"Bohong!" Tempik Shafieq.
"Bagitahu aku sekarang, ibu yang pengaruh kau kan?" Shafieq menggoncang kuat lengan Niarayha yang dipegangnya.
Niarayha menggeleng cuba menafikan. Seraya itu Shafieq mencengkam pipi wanita itu.
"Kau ingat aku bodoh nak percaya cakap kau? Aku takkan ceraikan kau tau. Takkan! Sampai aku dapat bukti yang kau memang perangkap aku malam tu!" Jerit Shafieq di telinga Niarayha yang berlitup di sebalik tudung.
Niarayha merentap tangan lelaki itu dari terus mencengkam pipinya.
"Berapa kali saya nak cakap, bukan saya yang buat semua tu. Sampai bila-bila pun awak takkan jumpa bukti tu dan sampai bila awak nak simpan saya? Sampai bila nak seksa saya!" berombak dada Niarayha melepaskan semua yang tersimpan dalam hatinya.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...