"Be a reason for somebody's smile in a world where everyone gives tears."
- elheejrah -
••••••••••••••••••••
Nawwal membuka kasutnya dan letak di atas rak. Rasa penat dan mengantuk menguasai diri. Inilah kalau selalu tidur lewat malam tambah lagi bila dia perlu ulang-alik ke tempat belajarnya yang cuma beberapa kilometer saja.
Untung rumah dekat dengan tempat pengajian. Dia juga boleh tengokkan ibunya sejak Niarayha dihalau keluar dari rumah. Tak adalah risau sangat kalau jadi apa-apa kepada ibunya.
Melangkah masuk saja, Nawwal nampak Puan Ruhaila sedang membawa naik kotak vakum ke tingkat atas.
"Ibu..." Nawwal pantas berlari ke arah Puan Ruhaila dan mengambil kotak vakum itu.
"Ibu nak buat apa ni?" soalnya.
"Vakum karpet dalam bilik ibu tulah." jawab Puan Ruhaila dan cuba untuk mengambil semula kotak vakum itu tapi ditolak oleh Nawwal.
"Ibu... Kan Nawwal dah kata kerja-kerja rumah ni semua biar Nawwal dengan Nuffa buat. Sapu rumah, vakum ke apa yang berat-berat tu jangan buat. Nanti asma ibu datang balik. Dahlah ibu tengah tak sihat sangat ni." kata Nawwal. Dua tiga hari ini, ibunya mula demam tapi tidaklah teruk. Masih boleh merayau dalam rumah dan buat kerja-kerja.
"Ibu bosanlah tak ada kerja nak buat dah."
"Ya Nawwal tau tapi kena beringat jugak. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana. Dahlah tak ada orang dekat rumah nak tengokkan ibu." balas Nawwal lagi.
Sudah kedengaran helaan nafas Puan Ruhaila. Tak puas hati.
"Sekarang ni ibu pergi rehat. Nanti melarat pulak sakit ibu ni. Biar Nawwal buat semua kerja ni kejap lagi." kotak vakum itu diletakkan atas tangga. Lengan Puan Ruhaila dipegang untuk memimpin wanita itu turun dari tangga tapi ditolak.
Sambil menuruni anak tangga, Puan Ruhaila merungut.
"Kalau dah semua kerja aku tak boleh buat, habis aku nak buat apa dalam rumah ni? Ingat aku ni sakit sangat ke sampai kerja pun tak boleh buat... Ha Nia?"
Nawwal yang baru saja nak mengangkat kotak pembersih hampagas di atas tangga itu tersentak bila terdengar nama kakaknya terpacul keluar daripada mulut ibunya. Terbantut dia untuk meneruskan niatnya.
Nawwal perlahan-lahan menapak turun dari tangga dan Puan Ruhaila masih lagi membebel. Dia tidak pasti sama ada ibunya sedar atau tidak yang nama Niarayha disebut oleh wanita itu. Apakah petandanya?
Ibu rindu kakak? Bisik hati Nawwal.
Nawwal berdiri di sebelah dinding yang memisahkan bahagian ruang tamu rumah dengan tangga untuk ke tingkat atas. Puan Ruhaila dipandang lama.
"Ibu rindu kak Nia ke?" sayu Nawwal menyoal Puan Ruhaila yang sudah duduk di sofa.
"Kamu merepek apa ni?"
"Masa ibu membebel tadi, ibu terpanggil Nawwal... Nia." ujar Nawwal.
Puan Ruhaila diam sejenak lalu mengalihkan pandangan dari Nawwal.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...