HB | 9

6.2K 423 16
                                    

"There must be a rainbow, came to colour our sad sky."

- Anonymous -

••••••••••••••••••••

Dia menoleh ke kiri memberi salam terakhir lalu wajahnya diusap. Niarayha duduk bersimpuh atas kakinya dan beristighfar. Matanya ditutup cuba mengamati dan menghayati istighfarnya. Kemudian, telinganya menangkap bunyi ketukan pintu yang sangat kuat.

Niarayha bingkas bangun dan berjalan keluar dari bilik. Terus saja bunyi ketukan itu semakin jelas. Pantas Niarayha turun ke tingkat bawah dan berlari ke pintu utama

Bila pintu dibuka, Shafieq makin menolak daun pintu itu sehingga Niarayha mundur beberapa langkah.

"Kau pekak ke apa? Apahal lambat sangat bukak pintu? Aku dahlah tengah penat, kau boleh lagi buat perangai siput babi. Lembab!" jerkah Shafieq dan berlalu ke ruang tamu.

"Saya dalam bilik tadi, solat Isyak. Saya ingat awak ada kunci." kata Niarayha.

"Kalau aku ada kunci, tak adalah aku ketuk pintu tu sampai nak roboh rumah ni." Shafieq menjeling Niarayha dan menghela kuat.

Baru saja Niarayha bergerak untuk menutup pintu, Shafieq menjerit lagi.

"Yang kau terhegeh-hegeh lagi kenapa? Tutuplah pintu tu. Ada degree pun bodoh!" Shafieq meletakkan handphonenya di atas meja kopi. Dia meletak bantal di sisi sofa dan baring. Tangan kanannya dibawa ke dahi.

Usai menutup pintu, Niarayha berjalan ke tangga dan sebelum menjejakkan kakinya pada anak tangga pertamanya, dia menoleh pada suaminya.

"Saya harap awak fikirkan semula permintaan saya semalam." kata Niarayha dan naik.

Sepanjang menaiki tangga, dia... Serba salah. Meminta cerai kepada suami hanya kerana takut diseksa oleh ibu mertua sendiri. Hanya kerana fikirkan Shafieq yang takkan pernah ada perasaan terhadapnya.

Tapi ada baiknya juga perpisahan ini. Dosa mereka takkan bertambah kerana tak menjalankan tanggungjawab masing-masing. Shafieq juga tak perlu bersikap dayus. Tak sedar ke dia semua ni?

Sampai di bilik, Niarayha menanggalkan telekungnya dan disidai. Tudung sarungnya dipakai kerana terpaksa turun semula untuk membasahkan tekak.

Sampai di bawah, Niarayha berlalu ke dapur. Peti sejuk dibuka dan botol air besar yang berisi dengan air sejuk dicapai. Gelas kaca diambil dan tuang air sehingga separuh dari gelas itu.

Habis itu, botol tersebut diletak semula dalam peti sejuk dan gelas dicuci. Niarayha keluar dari kawasan dapur tapi matanya tertancap pada Shafieq yang masih baring di sofa. Perlahan-lahan dia mendekati.

"Tidur ke?" bisik Niarayha bila lihat Shafieq sudah terlelap. Teragak-agak pula dia nak kejut.

"Shafieq..." lembut Niarayha mengejut.

Tapi Shafieq hanya bergerak sedikit. Tangannya beralih ke dada dan kepalanya dibetulkan agar selesa. Langsung tidak sedar.

"Shafieq... Tidur dalam bilik awak." Niarayha hanya bersuara tanpa menyentuh lelaki itu. Tapi tiada respon. Dia perasan wajah Shafieq tidak tenang. Nafas juga sedikit laju.

Perlahan-lahan Niarayha meletakkan tangannya di dahi Shafieq.

"Awak demam ke?"

Niarayha naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik Shafieq. Comforter ditarik dan dibawa keluar. Sampai di sebelah Shafieq, comforter ditebar menutup seluruh tubuh lelaki itu sehingga ke leher.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now