"No matter how good you are, some people just won't appreciate your kindness and efforts."
- Anonymous -
••••••••••••••••••••
Pagi itu selepas bersarapan, semua peserta kem duduk melepak sementara menunggu beberapa orang yang arif selok-belok hutan yang akan mengetuai aktiviti mereka pagi ini iaitu Jungle Trekking.
Niarayha dan Naziqa duduk di atas jalan tar tanpa berbuat apa-apa. Dia statik di tempatnya namun matanya sedari tadi memandang ke arah Shafieq yang duduk dengan gengnya. Tengok lelaki itu senyum pun sudah buat dia angau.
"Tengok crush ke?"
Niarayha tersentak bila ada suara menyapa dekat dengan telinganya. Pantas dia menoleh. Aaron sudah duduk melujur di sebelahnya. Kedua tangannya di tongkat ke belakang.
Penampilan lelaki itu menarik perhatian Niarayha. Seluar tracksuit hitam dan T-shirt lengan panjang berwarna hitam. Kasut sport jenama Nike berwarna kelabu. Di kepalanya diikat dengan bandana hitam bercorak putih. Di tangannya pula ada topi hitam pasti akan dipakai semasa aktiviti mereka nanti.
"Mana ada pandang crush." nafi Niarayha.
"Yela tu Nia..." Naziqa mengusik.
"Betul! Tak ada..." tegas Niarayha.
"Okay, semua peserta sila beratur mengikut kumpulan!" terdengar suara pekikan fasilitator mereka memberi arahan.
Bila semua sudah beratur, seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an maju beberapa tapak ke hadapan dan mula memberikan taklimat kepada mereka sebelum mula Jungle Trekking. Seperti biasa, pasti ada nasihat dan larangan sepanjang dalam hutan.
Satu persatu kumpulan dilepaskan berjalan. Semua berada dalam satu barisan yang sama dan panjang.
"You okay ke masuk hutan ni?" soal Aaron yang berjalan di belakang Niarayha bila mereka sudah mula menjejakkan kaki ke dalam hutan.
"Okay je. Aktiviti Night Walk malam tadi pun okay je. Kenapa?" soal Niarayha balik.
"Manalah tahu you macam some of chinese girl yang tak suka masuk hutan sebab nyamuk." kata Aaron.
"Lah... Nyamuk je bukan vampire. Tapi I tengok diorang okay je tu. Tak ada merungut pun."
"Yeah after using losyen anti-nyamuk. Wait, let me walk at the front." Aaron pantas memotong Niarayha dan berjalan di hadapan gadis itu.
"Kenapa?" soal Niarayha.
"I leader maa... Kena jaga anak-anak buah especially you." ujar Aaron.
"Kenapa pulak I?"
"Because you are my assistant. If anything happen to you, siapa yang risau? I jugak kan?" seloroh Aaron.
"If you want taking care of us, you need to walk at the back there lah apek..." Niarayha membalas. Saja nak mengusik Aaron. Saat itu laluan semakin membukit membuatkan Niarayha mengah.
"No, there still have function if I walk infront. Just wait and see ah." tutur Aaron tak nak kalah.
"You know what?"
Niarayha pandang Aaron yang kemudian berjalan di sebelahnya.
"To be honest, I like to see you wearing your kain sembahyang." ujar Aaron.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...