HB | 7

5.2K 455 23
                                    

"Be strong... But not rude."

- Anonymous -


••••••••••••••••••••

Air minumannya dikacau perlahan dengan straw sambil matanya merenung titisan air yang mengalir di luar gelas. Waktu rehatnya mahu dihabiskan dengan hanya duduk dalam kafe ini. Tekaknya pula tiada selera nak menjamah apa-apa dengan perasaannya yang semakin memberat waktu ini.

Hatinya betul-betul rasa sunyi. Apa khabar adik-adiknya? Ibu... Ayah?

Argh! Setiap kali dia fikirkan ahli keluarganya pasti ada saja bisikan yang memujuk hatinya membenci mereka. Niarayha merengus. Dia terpaksa lupakan. Cukuplah dia hampir kemurungan semasa remaja dulu. Cukup!

"Nia?"

Niarayha mendongak bila namanya disebut. Seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an berdiri dekat dekat dengan mejanya.

"Madam Rin..." luah Niarayha.

"Can I seat here?" soal wanita itu. Niarayha cuma mengangguk.

"Saya tak sangka boleh jumpa awak harini. Sihat?" tanya Madam Rin lagi yang duduk menghadap Niarayha.

"Sihat. Madam sorang je ke?" Niarayha menyoal balik.

"Iya, keluar beli barang sikit. Singgah kafe kejap sebab anak saya pesan kek then baru perasan awak."

Niarayha mengangguk.

"Awak nampak pucat." Madam Arrin memegang tangan Niarayha yang terletak di atas meja.

"Yeke? Maybe penat sangat kut. Kerja, kan?" Niarayha cuba senyum.

"Saya tahu awak tak bahagia. Dan saya tak percaya apa yang terjadi pada malam tu. Sebab saya tau awak bukan macam tu." kata Madam Arrin. Jelas air mata mula bertakung di mata bundar Niarayha saat wanita itu tetap menatapnya.

"Dan tak ada sebab pula Shafieq nak buat perkara bukan-bukan terhadap awak. Mesti ada orang ketiga sampaikan awak... Jadi mangsa keadaan." saat itu air mata Niarayha gugur. Sakit dadanya bila teringat semula apa berlaku pada masa detik hitam itu.

"Saya tak tahu pula yang masih ada orang percayakan saya lepas apa yang dah jadi sedangkan orang lain masih menuduh, hina dan buang saya." ujar Niarayha tenang.

"I'm sorry for that. But Allah is testing on you and I hope you can find strength to get through with all of this things."

Niarayha diam menunduk. Mampukah dia? Pada masa ini pun dadanya seperti nak meletup dan menjerit.

"Tentang Shafieq, saya akan cuba nasihatkan dia kalau berjumpa." kata Madam Arrin lagi.

"Tak perlulah madam. Saya okay je. Sampai masanya nanti, dia akan lepaskan saya juga. Terima kasih sebab ambik berat." balas Niarayha dan mengukir senyuman.

Madam Arrin senyum nipis dan dia mengeluh dalam diam. Daripada mata wanita itu dapat dia lihat betapa beratnya beban yang sedang dia tanggung dalam hatinya.

"Sebelum saya terlupa, nanti ada majlis perkahwinan anak saya. Jangan lupa datang. Saya akan suruh Shafieq bawa awak sekali."

"In Sha Allah Madam, saya dah kena masuk kerja balik. Terima kasih untuk semangat dan nasihat Madam." Niarayha bangun begitu juga Madam Arrin.

"Most welcome." Madam Arrin mendekati Niarayha dan mendakap tubuh itu.

Niarayha terkedu. Perlahan-lahan dia balas pelukkan itu. Pelukkan seorang ibu. Ah! Dia rindu. Sekali lagi air matanya mengalir tanpa dapat dia tahan.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now