"Maybe everything was meant to be this way"
- LaFleur -
••••••••••••••••••••Mata perlahan-lahan dibuka dan meliar ke arah siling putih. Bila saja dia cuba untuk bangun, terus kepalanya terasa sakit dan berdenyut. Tangan kanannya mengurut pada bahagian yang sakit sambil kotak memorinya cuba mengingat apa yang berlaku. Kali terakhir dia di luar ballroom dan selepas bergaduh dengan Maya, kepalanya dipukul.
Tapi kenapa? Siapa yang bawa dia ke sini. Keadaan bilik itu jelas menunjukkan dia dalam sebuah bilik hotel.
Shafieq pandang sekeliling. Jantungnya berdegup kencang bila saja ternampak tubuh seorang wanita masih lengkap dengan pakaian baring membelakangi dirinya. Terus saja dia turun dari katil dan menjerit.
"Macam mana aku boleh kat sini? Kau siapa?!" tengking Shafieq.
Mungkin rasa lenanya terganggu dengan jeritan Shafieq, wanita itu sedikit bergerak dan memegang kepalanya. Shafieq tidak betah, dia berjalan ke arah wanita itu.
"Oi bangunlah. Apa kau buat dekat aku ha?" soal Shafieq kasar.
Nia perlahan-lahan bangun. Kepalanya sedikit berat. Dengan wajah yang penuh persoalan dia memandang Shafieq.
"Apa maksud kau? Aku dekat mana?" soal Nia. Suaranya perlahan.
"Eh kau tak payah nak buat-buat tak tahulah!"
Belum sempat Nia ingin membalas, loceng bilik hotel kedengaran. Serentak Shafieq dan Nia berpandangan.
"Kau duduk sini diam-diam." kata Shafieq kemudian melangkah ke arah pintu.
Buka saja pintu, sekumpulan lelaki berdiri tegak dan wajah masing-masing tenang. Ada di antaranya lengkap memakai jubah dan serban malah ada juga yang memakai seluar hitam bersama baju melayu.
"Assalamualaikum dan selamat malam encik. Maaf kerana mengganggu tapi kami dari Jabatan Agama Islam menerima aduan bahawa dalam bilik 233 ini ada lelaki dan perempuan yang bukan mahram." ujar lelaki berjubah putih yang agak berusia.
Shafieq terkedu.
Nia yang berada di dalam sudah berderau. Matanya dipejam. Dia rasa nak menangis. Kenapa boleh jadi begini?
***
"Kenapa kita tunggu dekat sini lagi abang? Benda dah selesaikan, balik jelah." Puan Haisha bersandar di badan kereta bersebelahan suaminya lalu memeluk tubuh. Wajahnya jelas terpampang ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku."Selesai apanya? Nia tu kan dah jadi menantu kita, isteri anak lelaki awak. Takkan dia tak ikut suaminya balik ke rumah?" balas Encik Mukhriz.
"Mati hidup balik pun, saya tak akan mengaku dia menantu saya." Puan Haisha berpaling muka.
Encik Mukhriz melepaskan keluhan. Malas dia nak cakap apa-apa dengan isterinya. Dia melangkah mendekati Shafieq yang duduk termenung di meja luar. Punggung dilabuh sebelah anak lelakinya.
"Abah, perlu ke kita tunggu dia? Keluarga dia sendiri buang dia, kenapa kita nak kena simpan dia pula? Dia dah hancurkan hidup Fieq kut." kata Shafieq. Suaranya dikawal agar tidak terdengar penghuni di dalam rumah. Wajahnya tegang sejak semalam lagi.
Rundingan apa sekalipun yang dia cuba buat dengan pihak jabatan agama Islam semalam cuma sia-sia. Keadaan mereka berdua terlalu mencurigakan pihak tersebut apatah lagi katil yang sudah berselerak mengukuhkan andaian mereka. Mahu atau tidak, dia dan Nia terpaksa dinikahkan.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...