HB | 11

6.3K 467 64
                                    

Promote🌼

Sebuah Penantian
kleenisyet

Quotes : Sadness
hvkimie

Do read and support their story. Thank you! 💜

••••••••••••••••••••

"Remember when people rejects you when you're struggling?
Remember when people ignored you when you asked?
Remember when people laughed when you're in pain?
Remember when you had to deal with it all alone?"

"Be better than them, help others in need."

- Nurul Izzah -

••••••••••••••••••••

"Jadi, macam mana keadaan awak sekarang?" Niarayha menyoal dan melabuhkan tubuhnya dia sofa.

"Kadang-kadang aku tak boleh nak kawal. Apa yang kau suruh aku buat, semua tak berkesan." wajah Ian nampak serabut. Jelas yang dia masih belum mampu paksa dirinya untuk keluar daripada kepompong negatif.

"Itu normal Ian, awak masih dalam sesi terapi peringkat awal. Selepas ni banyak lagi rawatan yang saya akan beri. Cuma jangan pernah putus asa dan lemah semangat." kata Niarayha.

"Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi aku rasa dalaman aku menjerit. Aku tak suka duduk dalam perasaan ni. Semangat aku turun naik sampai nak kerja pun susah. Kau pun fahamkan? Aku tak tau nak cakap macam mana. Tapi aku rasa lifeless sangat. Aku dah kata, untuk apa aku hidup. Aku benci rasa macam ni." adu Ian lagi.

"Ada apa-apa yang buat fikiran awak terganggu ke?"

"Aku rasa macam terlalu banyak benda yang aku fikirkan tapi aku tak mampu nak bagitahu apa dia. Sampaikan aku tak larat nak buat satu apa pun. Benda ni hampir setiap masa terjadi dan otak aku penat." jawab Ian perlahan dan menghela berat.

"Hari selain appointment awak dengan saya, apa aktiviti awak?" tanya Niarayha sambil mencatat sesuatu dalam bukunya untuk tujuan rekod pesakit. Ini akan dijadikan sebagai bahan semasa perbincangan dengan ahli psikologi yang lain dan psikiatri juga untuk proses pencarian rawatan terbaik. Dan dia juga akan cuba guna salah satu kaedah terapi kepada Ian.

"Aku dah kerja. Tolong seorang businessman ni." ringkas Ian menjawab.

"Dia tahu tentang keadaan awak?"

"Tak. Untuk apa aku bagitahu? Nanti dia ingat aku ni gila, otak sakit, bermasalah dan macam-macam lagi." jawab Ian lagi. Lagi pun memang itu tanggapan masyarakat terhadap orang yang ada masalah kemurungan seperti dia.

Orang yang sentiasa memberi masalah kepada orang lain tanpa sedar apa yang memberat di hati, emosi dan fikiran mereka. Terkadang dia sendiri tidak tahu nak jelaskan apa yang dia rasa kepada pakar terapinya setiap kali sesi rawatannya.

Niarayha menghela. Sedikit sebanyak apa yang Ian katakan ada betulnya. Masyarakat terlalu cepat menilai dan menghukum.

"It's okay Ian, tak perlu fikirkan tentang mereka. Awak kena bangkit dan fokus pada diri awak je. Pastikan awak ada dalam circle positif awak sendiri." ujar Niarayha.

HeartBeat [ EBOOK ]Where stories live. Discover now