Promote 🌻
Halwa : Photographer
nrsyazraaDia VS Aku!
sischaaa03Identity ; kth
alisyahamizahDo support their story 😎
••••••••••••••••••••"May Allah ease the pain of heart that is suffering in silence."
- elheejrah -
••••••••••••••••••••Shafieq Afdham keluar dari perut kereta dan mengunci kenderaannya. Dia berjalan masuk ke dalam sebuah restoran, tempat dia dan kawan-kawannya berjanji untuk berjumpa pada hari ini. Tidaklah berjanji apa pun, Daniel yang berkeras sangat katanya ada hal penting.
Dari jauh dia sudah nampak kelibat kawan-kawannya yang duduk di bahagian luar restoran. Sampai saja, Shafieq ambil tempat kosong yang berhadapan Daniel.
"Apa hal yang penting sangat tu?" soal Shafieq terus kepada Daniel.
"Order dulu." kata Daniel lalu memanggil seorang pelayan.
Shafieq hanya memesan minuman sejuk. Dia tak rasa nak telan apa-apa makanan sekarang ini. Terlalu banyak perkara yang buat dia tertekan. Ibunya yang masih berusaha keras untuk menjodohkan dia dengan Afrina tambah pula wanita itu dikhabarkan sudah pulang ke Malaysia. Pasti ibunya akan bertambah nekad dan makin serabut kepalanya. Belum lagi dengan hal-hal kerjanya.
"Diet ke?" soal Fakhrul tiba-tiba. Shafieq faham maksud lelaki itu.
"Malas nak makan. Aku dah order... Apa hal pentingnya?" Shafieq mengubah topik selepas menjawab soalan Fakhrul.
"Pasal Maya." jawab Daniel. Baru kata begitu, Shafieq sudah tayang muka malas.
"Dia pujuk aku dengan Nathrah untuk pujuk kau terima dia semula." tambah Daniel lagi. Dia bukan nak membantu sangat tapi sebab rimas dengan Maya yang tidak putus asa memujuk dia dan tunangnya.
"Kau tahukan aku ni dah malas nak layan perangai dia. Dulu tinggalkan aku, beria sangat nak dengan pakwe dia. Bila dah kena tinggal, cari aku balik. Bodoh!" luah Shafieq geram.
"Alah weh, apa masalahnya? Kau pun bukan nak sangat dekat Niarayha tu. Buang masa je." Fakhrul mencelah cuba memujuk Shafieq Afdham walaupun dia tahu lelaki itu tetap tidak akan terima walau apa juga alasan mereka.
"Senang kau cakapkan? Kau tu... Nak ke jilat balik ludah yang kau dah buang?" soal Shafieq kepada Fakhrul.
Lelaki itu terkulat-kulat bila disoal begitu. Hmm... Siapa je yang nak?
"Niel, kau pesan dekat minah tu... Kalau dalam dunia ni tinggal dia sorang sekali pun aku takkan terima dia."
Daniel terkebil-kebil pandang Shafieq dengan wasiat daripada lelaki itu sebentar tadi. Haih... Nak ke si Maya tu terima jawapan macam ni? Sudahlah minah tu tak faham bahasa.
"Aku tak rasa dia akan faham. Dia tu macam dah terdesak sangat nak kat kau Fieq." balas Daniel.
"Pergi mampuslah dia nak faham atau tak? Apa yang aku tahu, aku takkan terima dia. Suruh dia cari lelaki lain." Shafieq bingkas bangun meninggalkan mereka dan sebelum air yang dipesannya sampai.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...