"Having a soft heart in cruel world is courage not weakness"
- Anonymous -
••••••••••••••••••••
"Nia! Bola!"
Niarayha pandang sisi dan mendongak bila matanya menangkap objek yang berada di langit seakan menjunam laju ke arahnya.
Nia kaku tapi ada kelibat muncul di depannya dan terasa pinggangnya dipeluk dan dia terhuyung ke sisi mengikut tubuh yang menariknya. Kepalanya terasa dipeluk. Mereka akhirnya jatuh ke atas tanah.
Telinganya Nia menangkap degupan jantung yang sangat laju. Dia kemudian tersentak bila terdengar erangan kecil. Pantas dia bangun dari baringan atau lebih tepat pelukkan seseorang.
Terbeliak matanya bila orang yang memeluknya tadi ialah lelaki. Sekelas dengannya pula! Pipi Niarayha terasa membahang.
"Nia! Kau okay tak? Tengkorak kau pecah tak?" soal Dahlia cemas. Kepala Niarayha dipegang dan diperiksa sekeliling kepala.
"Ha?" Nia blur entah kenapa.
"Ya Allah cikgu, Nia amnesia. Mesti kepala dia terhantuk dekat tanah masa jatuh tadi." kata Dahlia.
"Takkan kuat hentakkan dia? Aku dah protect kepala dia tadi. Nampak luka ni." Shafieq menunjukkan luka kecil pada belakang tangannya.
Niarayha kelu. Sampai begitu sekali dia dilindungi. Tapi serba salah pula. Huargh!
"Eh aku okay. Tak amnesia, tak ada luka pun. Better pergi rawat Shafieq..." ujar Niarayha.
"Takpe. Sikit je ni. Kau tu yang kena pergi buat check up, takut ada kecederaan dalaman. Boleh jalan tak ni? Ke nak aku dukung pergi bilik rawatan?" soal Shafieq. Terus saya lengan lelaki itu ditumbuk oleh Dahlia.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...