“Life is always full of unfairness”
- Anonymous -
••••••••••••••••••••
Shafieq Afdham menutup pintu keretanya. Kaki diatur terus ke tempat yang diduduki oleh ibunya yang ralit menatap handphone. Kerusi ditarik dan duduk berhadapan Puan Haisha.
"Ada apa ibu nak jumpa Fieq kat sini. Macam tak boleh jumpa kat rumah." Shafieq menatap wajah wanita di hadapannya.
Seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan tapi ditolak oleh Shafieq. Dia tak rasa nak makan atau minum.
"Sebab dekat rumah ada abah kamu. Nanti apa yang ibu cakap semua dia nak bangkang. Lepas tu berceramah mengalahkan pak ustaz." jawab Puan Haisha meninggalkan kerutan di wajah Shafieq.
"Kenapa pulak?"
Puan Haisha menarik nafas dan dihembus perlahan. Wajah anak lelakinya dipandang serius.
"Bila Fieq nak ceraikan perempuan tu? Ikutkan sangat cakap abah tu kenapa? Betina tu bukan ada bagi manfaat pun. Lagi satu, Fieq bukannya cintakan dia. Buat apa nak simpan? Kalau nak sangat ada bini... Ramai lagi perempuan lain." kata Puan Haisha.
Segala apa yang ingin dikatakan kepada Shafieq akan diluahkan sekarang. Sudah dua minggu dia beri masa sejak hari kejadian, mungkin nanti ada berita yang Shafieq akan ceraikan Niarayha tapi jangan kata berita. Tanda-tanda pun tak ada.
Shafieq bersandar pada kerusi. Ingatkan apalah yang mustahak sangat. Belum sempat dia nak kata apa-apa, ibunya bersuara lagi.
"Fieq fikir apa lagi ni? Ceraikan je betina tu dan kahwin dengan Afrina."
Berubah terus riak wajah Shafieq. Ini yang dia tak suka ni.
"Ibu, kalau Fieq ceraikan Nia sekalipun... Fieq takkan terima Afrina atau sesiapa je perempuan pilihan ibu. Tolonglah bagi Fieq cari sendiri." balas Shafieq.
"Cari sendiri? Fieq bukan makin muda tau..."
"Fieq baru 26 tahun ibu, bukan 30 tahun." Shafieq segera memintas.
"Apa salahnya Shafieq terima Afrina. Janganlah bagi harapan terlalu lama pada dia." Puan Haisha masih memujuk.
"Correction tape ibu... Correction tape! Bukan Fieq yang bagi harapan tapi ibu. Ibu yang suka buat janji melayu kononnya Fieq akan terima dialah, kahwin dengan dialah, jadi suami mithalilah apalah."
Puan Haisha merengus.
"Kenapa susah sangat Fieq nak ikut cakap ibu? Kalau abah tu boleh pulak. Kenapa? Sebab Fieq tak cintakan Afrina, tu yang tak nak kahwin. Habis betina tu boleh pulak simpan lama-lama." bidas Puan Haisha dan semakin buat Shafieq pening nak jawab.
"Shafieq ikut kata abah pun bersebab okay. Whatever it is, I would not and never accept anyone. Ibu bolehlah bagitahu Afrina yang Fieq dah kahwin dan takkan terima dia sampai bila-bila. Okay? I have to go, assalamualaikum." Shafieq bergegas bangun dan pantas meninggalkan ibunya.
"Shafieq! Shafieq Afdham!" jeritan Puan Haisha langsung tidak dihiraukan oleh Shafieq. Puan Haisha bersandar ke kerusi dengan perasaan tidak puas hati.
"Apa yang kau dah bomoh dekat anak aku ha betina. Siap kau!" bisik Puan Haisha keras. Hanya dapat didengari oleh dirinya sendiri.
Masuk saja dalam kereta, Shafieq menghidupkan enjin. Selang beberapa minit, dia menukar gear dan mengundur ke belakang. Keretanya meluncur pergi meninggalkan kawasan itu.
YOU ARE READING
HeartBeat [ EBOOK ]
RomanceHidup Niarayha berubah sekelip mata. Dia dibuang keluarga dan dihina untuk perkara yang bukan dilakukan olehnya. Kerana fitnah itu, jiwanya menangis. Tambah pula menjadi isteri kepada Shafieq Afdham, lelaki yang diminati sejak sekolah. Tak mungkin d...