2

1.1K 67 11
                                    

"AKU chaw dulu lah ya? Kitaorang naik satu kereta, kau naik ninja kau kan Meo?" tanya Bruno sekadar berbasi-basa. Romeo hanya mengangguk lalu bergerak kea arah ninja biru kesayangannya.

Kelihatan kereta Honda CRV rakan-rakannya dah meninggalkan perkarangan ruang parking.

Baru saja Romeo ingin menghidupkan enjin ninja seseorang menyapanya dari belakang.

"Romeo" panggil suara lembut itu. Romeo mencebik lalu menoleh. Kelihatan figura Anisa.

"yes miss?" jawab Romeo dengan wajah tak beriak. Pernah ke wajah dia beriak? Beku macam ais.

"you Romeo, fin BlackVamp kan?" pertanyaan mengejut yang tak diduga. Pandangan helang Romeo terus merenung anak mata hazel depan dia. Siapa wanita ini? Datang-datang terus label orang pembunuh...gila!

"kalau aku fin BV pun apa masalah kau? Kau siapa? Macam mana kenal aku?" panggilan sudah bertukar. Conferm entah awek ketua kumpulan kongsi gelap mana entah.

Anisa tergelak sinis. Langkah dibawa dekat ke arah Romeo. Dengan senangnya dia bersandar lengan pada ninja kesayangan Romeo. Romeo hanya diam masih mengekalkan riak tenang. Yelah! Nak takut apa... Kalau perempuan ni buat benda lain macam, dia tembak je terus. Settle!

"I kenal you. Tak sangka BlackVamp ada fin sekacak you? Still teen pula tu. You yang dah 3 tahun bekerja dengan Ariq rite? How great" makin galak Anisa bertutur.

Romeo mula mngetap rahangnya. Macam manalah perempuan tanpa identiti depan dia ni boleh tahu pasal dia?

"siapa bagitahu kau ni? Apa masalah kau nak kacau hidup aku?" tanya Romeo tenang dan penuh ketegasan.

Anisa melemparkan senyuman lebar. Dengan selambanya kedua belah bahu Romeo dibelai lembut. "nanti you akan tahu ya? I just nak bagitahu... I suka you. Sangat suka... Bukan suka biasa. He he...it's sound crazy... But as you know,love is crazy..." ujar Anisa menggoda.

Romeo tersenyum sinis. "kepala otak kau lah perempuan,aku nak balik. Kalau nak menggila...menggila lah sorang-sorang. Aku ingat kau ni awek tauke mana entah. Lepas confession tadi baru aku tahu... Kau ni pesakit tanjung Rambutan yang larikan diri tu kan?? Eishh! cantik-cantik gila...." Romeo membebel panjang sambil menjauhkan Anisa dari tubuhnya dengan selambanya dia menghidupkan enjin dan menderu pergi.

Anisa memeluk tubuh dan tersenyum miang... Dia cakap aku cantik??? Wau!

"KAU kacau dia apahal? Jangan kacau or sibuk pasal dia boleh tak?" marah Ariq Naiq iaitu ketua kumpulan BlackVamp. Matanya menjeling tajam ke arah adik perempuannya yang elok bersandar dalam office dia ni ha.

"Hey! Aku kacau bukan saja-saja...." jawab Anisa dengan wajah cemberut.

"habis?" tanya Ariq sambil memeluk tubuh.

"aku nak tahu sebab , aku rasa... Aku dah jatuh cinta. Alah! Love at the first sight gittew! Dia punya attractive tak boleh discuss" ujar Anisa selamba sambil tersengih miang.

Ternganga Ariq seketika. "kau punya cara cakap macam cinta ni mainan kan? Senang betul kau jatuh cinta? Dasar gedik! Baru nampak sekali dah suka. Kalau kau suka sebab muka dia,lupakanlah Anisa. Tak kemananya lah tu"

Anisa tersenyum sinis dia bangun dari sofa lalu mengambil tempat di atas riba Ariq. Ariq memutarkan bebola matanya.

"kau ingat kau ringan?" marah Ariq tapi dia tak menghalau pula Anisa. Anisa tergelak kecil.

"Jatuh cinta ni mudah Riq. Yang susahnya melupakan cinta tu. Kes dia sekarang aku dah suka kat budak tu. Tapi tulah! Benci nau dia kat aku! Aku ni apa je tak ada? kerja ada,duit ada rupa ada..." ujar Anisa dengan kegeraman maksimum.

Ariq berdecit perlahan. "Romeo tu muda lagi. Dia tu macam tak ada perasaan. Kau rasa kenapa aku pilih dia jadi Fin? Sebab dia heartless... He can kill a thousand people with zero feelings. Kau rasa? Dia fin terbaik lah setakat ni."

Anisa memuncung. Dia kisah apa? Dah tu yang dia berkenan nak buat macam mana?
"aku tak kira! Aku tetap nak dia juga!" bentak Anisa sambil langkah membawa dia keluar dari bilik pejabat Ariq. Ariq yang memerhati hanya menggeleng. Aku ni fikr kau adik tiri lain mak aku je. Kalau tak dah lama kena tembak perempuan ni.

"SERIOUSLAH! Ni boek punya situasi ni" KN iaitu Ahmad Talhah salah satu ahli BlackVamp orang kanan Ariq yang rapat. Kusyuk masing-masing dengar cerita pasal perempuan yang berani kacau Romeo di kampus. Lain maciaaam!

Romeo memutarkan bebola matanya. Over betul reaksi si KN ni bila dia cerita pasal Anisa.
"Boek apanya? Kau sukalah kalau ada perempuan gilakan kau. Aku tak suka. Menyampah. Entah dari mana" jawab Romeo sebal. Masih terbayang wajah cantik yang menjengkelkan itu.

"perempuan mana ni Meo? Kau cakap dia cikgu kau. So, ni kes cikgu jatuh cinta dengan pelajar ke ni?" Jejai pula keluarkan statement sendiri.

"Manalah aku tahu cinta cintun ni. Aku budak sekolah. Pergi sekolah nak belajar bukan nak jadi monyet bercinta" jawab Romeo sebal.

Jejai mencebik. Alah! Romeo ni tak boleh lansung nak kena usik. Melenting memanjang.

"Nak cakap pun tak oleh! Nak gurau pun te tak oleh!" ujar KN dengan suara sengaja dikecilkan. Tergelak semua daripada mereka. Romeo hanya tersrnyum kecil. Lawak juga si KN ni.

"So? Kau rasa macam mana perempuan tu kenal kau? Dia awek gengster mana?" tanya Jejai melanjutkan perbincangan antara mereka.

Romel membuat muka toya. "aku tak rasa yang dia awek mana-mana tauke i think, dia ada kena mengena dengan BV." jawab Romeo dengan wakah berkerut. Itulah yang dia syak.

"Dia cakap kau kerja dengan Ariq right? He called our boss 'Ariq' it's mean dia orang terdekat. But who is she?" soal KN dalam memanipulasi cerita Romeo.

Romeo diam tak terkutik. Siapa kau ni Anisa???

AKU GILAKAN KAU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang