10

926 69 8
                                    

ARIQ memejamkan mata rapat. Telefonnya tak lekang dari berbunyi. Panggilan dari Anisa tak diangkat. Dia tak tahu nak jawab apa. Yang pasinya Anisa akan bertanya tentang keadaan Romeo. Sejak seminggu yang lalu Romeo telah dipindahkan ke hospital di Malaysia. Jejai dan Rais turut menutup panggilan. Mereka juga tak nak Anisa tahu tentang keadaan Romeo yang masih terlantar.

"Kau angkat je lah. Dah seminggu dah kita ignore budak tu. Kalau Anisa tau,mesti dia kecewa dengan kita semua Riq." pujuk KN. Anisa juga turut membuat panggilan terhadapnya tapi dia ingin meminta izin Ariq terlebih dahulu. Dia tak nak memandai-mandai.

"Aku nak cakap apa kat dia KN? Romeo koma. Hampir mati. Kau rasa apa reaksi Anisa kalau dia tahu keadaan Romeo yang macam ni? Kau tak kesiankan Anisa ke?"

"kalau kesian,kita kena bagitahu Anisa. Budak tu akan rasa kita semua perbodohkan dia. Anisa tu bukan bodoh." bidas KN bijak.

Ariq mendengus kasar lalu menjawab panggilan Anisa. Tak putus asa adiknya itu menghubunginya.

"Ariq! Thank God! You jawab juga. I nak tanya keadaan Romeo. Dah lama I call dia tak angkat. I dah macam orang gila call dia. Dia busy sangat ke Riq? Dia..."

"Datang HKL sekarang. Romeo koma dah seminggu."

Panggilan dimatikan.

Anisa terpampam. Ariq tak berguraukan? Berderau darahnya mendengar keadaan Romeo.

Ariq memjam mata rapat lagi. Akhirnya terlepas juga.

KN disebelah menepuk bahu Ariq. "jangan risaulah. Anisa akan okey"

"YOU guys memang teruk! Kalau ikutkan, Romeo ni dah kena tanam baru nak inform I kan?" marah Anisa sambil tangannya mengusap lembut rambut Romeo. Walaupun koma tetap kacak... Masih sempurna di matanya.

Ariq membuat muka. Orang dah bagitahu pun dah cukup baiklah!

"Kesiannya... I nak jaga dia boleh? You guys semua nak balik baliklah. Biar i yang jaga."

"Bukan senang Anisa" bagitahu KN.

Anisa hanya tersenyum mesra.
"Tak apalah. I boleh belajar. Kenapa waktu Romeo sihat i boleh je menyendeng sedangkan waktu dia sakit i tak ada di sisi? I buatkan.. Makan,tidur,mandi dia biar I yang jaga"

"Tak proper lah. Apa jadahnya kau nak mandikan dia?" sindir Ariq. Dia tahu benar akal panjang nakal si Anisa ni.

Anisa sengih gatal."alah... Kalau yang private part tu I suruhlah doktor lelaki yang buat. Apa susah. Dah lah.. Korang pergi baliklah!" halau Anisa.

Ariq mengangguk dan berlalu pergi. Dia pun penat dah lah tak mandi lagi.

Anisa tersenyum riang bila tinggal dia dan Romeo je dalam bilik ni.

"Ish! Kalau dah halal ni, macam-macam dah i buat dekat you ni tau?" kata Anisa nakal sambil merenung wajah tampan yang sedang elok beradu.
Mata Anisa mula berair. Hati sayunya meronta. Dia tak suka tengok keadaan Romeo yang masih lemah.

I rindu you.... Tangan kekar Romeo dipeluk erat.

Selepas 3 bulan....

ANISA bersandar lemah pada kerusi di tempat menunggu. Air matanya mengalir perlahan. Senyuman nipis diukir untuk merawat luka di hati. Hari ni genap 3 bulan Romeo koma. Dia rindu,penat tapi tak jemu menunggu.

"Anisa, you kena kuat. Jangan macam ni" pujuk Maya di sisi.

Anisa tersenyum hambar."I tengah kuatlah ni. I terlalu sayangkan dia lah Maya. I tak nak stop. I nak terus tunggu dia tapi i depress i rindu sangat-sangat kat dia." Anisa menyeka lagi air mata yang tak lekang mengalir.

AKU GILAKAN KAU!Where stories live. Discover now