21

393 26 8
                                    

"Anisa... it is true? awak dah fikir betul-betul? Awak berhenti jadi pensyarah kat sini"

Anisa senyum nipis."Ya, lagipun saya nak bercuti panjang. Terlalu banyak masalah peribadi dan saya takut saya campurkan dengan urusan kerja. Tak bagus lah macam tu kan Encik Afiq?"

" Ya, tak apalah kalau macam tu keputusan cik Nisa. Kalau ada masa jangan segan-segan singgah di sekolah ni."

"baiklah saya gerak dulu"

seusai Nisa bersalaman dengan Encik Afiq dia sejurus dengan itu terus melangkah keluar.Ya,hari ini dia berhenti menjadi seorang tenaga pelajar. Dia nak bawa diri. Sudah tak ada lagi sebab yang perlu dinantikan. Semua dah musnah.

Romeo.

Sudah seminggu dia tak mendengar khabar lelaki itu. Mungkin dia sedang sibuk dengan urusan pernikahannya. Tulah kau Anisa Aifa. Jaga jodoh orang lagi.

Dia tahu semua ini perlu berakhir.

"INILAH Mawar. Anak kawan ayah." Dato Hamdan tersenyum melihat Mawar,anak sahabatnya itu. Cantik dan ayu orangnya.

Romeo menayangkan wajah beku. Tiada tanda minat dan suka pada wajahnya. Otaknya dah melayang fikirkan Anisa.

"Arif, bawaklah si Mawar ke taman rumah. Ayah ada nak bincang dengan Dato Mukriz" Dato Mukriz di samping Dato Hamdan tersenyum mendengar tawaran itu.

Romeo mengangguk sekali. Isyarat mata diberikan kepada Mawar agar ikut dia ke taman dan Mawar hanya akur.

Angin yang menyapa wajah Romeo diabiarkan dingin di wajahnya. Romeo menghelakan nafas berat. Matanya tajam memandang Mawar di sebelahnya.

"Kenapa?" tanya Romeo

Terangkat kening si Mawar mendengar pertanyaan kurang jelas lelaki di hadapannya.

"kenapa apa?" tanya Mawar semula.

"Kenapa kau setuju nak adakan perkahwinan ni? Aku tak kenal kau. Suka apatah lagi. Sikit pon tak ada. Hati aku ada dengan orang lain. Aku tak nak berbasi-basa."

Mawar hanya diam lalu diamati wajah tampan di hadapannya. "Saya ikut je papa. Saya pun ada pilihan saya dan saya masih sangat sayangkan dia."

"Dah tu??? yang kau macam bodoh ikut bapak kau kenapa? kau tak takut ke nak kawin dengan aku? kau kenal ke siapa aku yang sebenar? Aku bukan orang baik. Aku fin. Pembunuh upahan."

berkerut kening Mawar mendengar penjelasan Romeo. "Like seriously?"

"Takkan aku nak tipu kau Mawar. Aku tak nak life kau terseksa. Berkahwin dengan orang yang tak cintakan kau."

"Hurmmm saya faham.Terima kasih sebab berterus terang."

"Please Mawar, I love her so much. Tolong batalkan perkawinan ni"

"awak dah ada buah hati?" tanya Mawar jauh hati.

"yup! Aku still sayangkan dia Mawar. I don't wanna lose her"

"Jadi,kita nak buat macam mana ni?"

"please pujuk ayah kau? Kita batalkan plan ni ya?? Aku pun ada kehidupan sendiri.Masih terlalu awal untuk mana-mana pihak bersedih kan?"

Mawar senyum nipis lalu mengangguk perlahan.

"PELIK!" Dato Hamdan mendengus kasar.

"Pelik kenapa tiba-tiba Mawar minta kita batalkan rancangan perkahwinan ni. Sedangkan dia yang bersetuju nak ikut rancangan ni."

Romeo tuntas memandang ayahnya.

"jangan cakap yang kamu..."

"Ayah tak boleh paksa Arif." potong Romeo pantas.

"Apa kamu merepek ni Arif? Paksa? Ayah berhak ke atas kamu. Kau dah lupa? Aku ni bapak kau." Naik suara Dato Hamdan mendengar ayat penyata Arif.

"Memang ayah ni bapak Arif tapi.Arif lagi berhak menentukan masa depan Arif sendiri. Ayah suka-suka je nak paksa Arif nikah dengan siapa yang ayah nak kan? Ayah ingat Arif ni apa? Please la ayah... buang lah sikap bossy dalam diri ayah tu. Arif letihla" jawab Romeo sebal. Sakit hatinya bila memikirkan nasibnya. Disebabkan cadangan pernikahan dengan Mawar,dia terpaksa melepaskan Anisa.

"Kau jaga sikit mulut kau Arif. Aku ni ayah kau. Aku tau apa yang terbaik untuk anak aku. Kau tu budak mentah lagi." Bidas Dato Hamdan lagi

"Ayah tau apa yang terbaik untuk Arif??? Hidup Arif dah hancur dah yah. Dah hancur! Ibu Arif dah tak ada... Adik Ariff dah tak ada...ni semua sebab kecuaian ayah.Ayah nak Arif pulak jadi mangsa ke? Like seriously ayah,stop control hidup Arif.Kalau ayah nak Arif kawin sebab nak besarkan empayar perniagaan ayah... lebih baik stop lah yah." Dengan pantas Arif melangkah keluar dari rumah tanpa berpaling...

ayah,Arif minta maaf. Kali ni memang Arif kena cari kebahagiaan Arif sendiri.

DENGAN payahnya Anisa mencapai
dompet yang terselit di dalam grab yang sedang dinaikinya. Dengan pantas kaki panjang itu keluar dari kereta.

tangan laju menarik bagasi yang sudah tersedia pelbagai jenis keperluan.

'Welcome to Langkawi' Terpampang indah banner di kawasan tersebut. Ahirnya Anisa sampai ke destinasi.

Tersenyum nipis dia memandang kawasan sekeliling.Tak ramai orang memandangkan sekarang bukan musim cuti sekolah.

Sedang ralit mata memerhati tanpa sedar..

splash!

"Ouh my God!! Encik! sorry!"teriak Anisa cemas...nampak jelas kesan warna coklat di atas t-shirt putih pagoda di hadapannya.

Tangan kekar itu mengelap perlahan wajah tampan itu.

"You ni kenapa?? jalan tak tengok orang ya? Baju ni dah kotor dah" ujar lelaki di hadapannya denga sopan namun ada tegasnya. Anisa mencebik.

"Im so sorry I excited sangat sampai jalan pun dah tak betul and terlaggar encik..."

"Evan... Adam Evan" pintas lelaki itu.

"erk... so... urm... seriously i tak tahu apa nak buat"

"Its okay..." jawab Adam kesal.haish! kotor baju aku.

"By the way... you baru sampai Langkawi? dah ada tempat tinggal?"

"Ya... I baru sampai sini. I tak book mana-mana hotel lagi."

"Good! jom ikut I... "

Anisa tanpa berfikir panjang terus mengekori Adam..

SORRY FOR THE LATE UPDATE!!!
COMMENT BYK2 PLEASE!VOTE JANGAN LUPA!

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 21, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

AKU GILAKAN KAU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang