20

543 46 19
                                    

ROMEO memerhatikan Anisa yang sedang ralit merias kuku. Entah mimpi apa Anisa ajak dia pergi spa pagi-pagi buta ni. Dia tak fikir panjang. Rindu dia pada gadis itu dah sampai tahap tak terkata dah. Anisa yang sudah tersedia lawa tu sedang elok merenungnya. Membalas pandangan helang itu

wait

pandangan helang?

"You pandang apa?" tanya Anisa menahan senyum. Kantoi usha orang!

Romeo hanya berkalih membetulkan kolar bajunya.malu!

"Suka hati aku lah nak pandang apa pun."

Anisa senyum sinis. Kuku yang sudah siap dirias ditiliknya banyak kali. Setelah bayaran  dibuat,tangan kekar Romeo dipegangnya erat.

Romeo hanya diam. Rasanya semua tahu yang sebelumnya ni Anisa berkelakuan dingin terhadapnya tapi....apa yang jadi sekarang ni?

"I rindu you. Sebulan lebih tak berbaik dengan you. Nak gila I rasa" omel Anisa perlahan. Romeo hanya diam tak menjawab.

"selepas STPM, I dah tak jumpa you. I ingat you kerja lain. Rupa-rupanya masih bekerja dengan BlackVamp. I dengar jugak yang result you gempak. Top 10 dalam sekolah kan? Kenapa you tak bagitahu I. I bukan apa..."

"Anisa" panggil Romeo mematikan kata-kata Anisa.

"Aku kena kahwin" ujar Romeo perlahan tapi jelas.

"You nak kahwin? you dah sedia nak bawak I jumpa family you? you tau tak yang inilah masa yang paling I tunggu dalam hidup I? I happy sangat kalau you..."

"Tapi bukan dengan kau" potong Romeo. Kali ni Anisa menggigit bibir. Matanya terkebil-kebil. Tangannya menggigil.

"Apa...apa maksud you ni Meo?" tanya Anisa menahan tangisan.

"Aku kena kahwin dengan pilihan papa aku.".

"What???? It doesn't make sense! You sebenarnya dah ada perempuan lain kan?!"

"Anisa!"

"You memanglah tak guna!!!! Patutlah tak cari I! Rupanya you menyundal dengan betina lain. Lelaki jenis apa you ni?!"

"Anisa! Bukan macam tu!"

"Habis macam mana Meo? You ingat ni drama pukul 7 ke? Konon kena paksa dengan family. You perempuan ke lelaki?"

"Mak aku dah meninggal" Jawab Romeo menghentikan tuduhan Anisa.

"Mak aku dah tak ada. Aku ada bapak aku je dan dia pun tengah nazak. Ni permintaan terakhir dia. Kau ingat aku nak ke jadi macam ni?"

"Habis I macam mana Meo?"Kali ni air mata dah tak dapat ditahan. Dibiarkan mengalir laju.

"aku.. aku tak tahulah." Romeo menekur lantai. Dia buntu. Tak ada jawapan untuk pertanyaan Anisa.

"Tak tahu? tak tahu ke tak mahu? You kalau dah tak sayang boleh cakap. Bukannya biar I jadi orang bodoh ikot je telunjuk you last last you pilih orang lain"Anisa mengatur nafas. Terasa berat dada menahan tangis.

"I tahu I yang nak dekat you. I yang kejar you. Tapi you dah accept nak bersama dengan I. Jadi apa jenis keputusan yang you buat ni? Tak ada sikit pon ke rasa sayang tu Meo?"

"A...aku. Kau kena faham. Aku tetap pilih family aku. nak tak nak kau orang luar."

"You know what? I don't know what is going on right now babe! Baru nak berbaik and you keep throwing shit. Why? Suka tengok I menderita ke?"

"Anisa,Siapa cakap tak sayang? siapa cakap tak cinta? Kau takkan tak kenal aku macam mana? Sebulan aku menghilang. aku cari family aku balik. Mak aku mati Anisa. She's gone! Adik aku yang Aika tu lari rumah and satu-satunya manusia yang masih ada di rumah aku tu adalah papa aku. Kau faham tak apa rasanya bila semua yang kau sayang pergi tinggalkan kau tanpa kau sedar? Kau ingat aku tak fikir ke sebelum buat keputusan ni? I love u damn much stupid but don't you realize. I had no choice!"

"Pilihan tu ada Meo! You yang pilih jalan singkat. Ya, I tak faham keadaan you. You boleh label I ni tak guna sebab tak faham you. But you know what? dengan keputusan you ni,you boleh hilang orang yang you sayang lagi. Mark my word Meo! Kalau you masih dengan perangai you yang tak tetap pendirian ni.... memang sampai bila-bila lah you takkan dapat kehidupan yang you inginkan. You want me to stay and I'm here now but suddenly without any strong reasons you nak stopkan hubungan ni."

Anisa mengetap bibir. Perasaan geram,marah dan kecewa dah bercampur baur. Dia dah tak kenal lelaki yang ada di depan dia sekarang. Mana Romeo yang yakin akan keputusan mana Romeo yang tau apa yang dia inginkan?

"Anisa... aku buntulah.Aku.."

"Im done."

Tersekat nafas Romeo mendengar tuturan Anisa. "apa?"

"You know what? I'm done."

"Anisa... dengar dulu..."

"Go and leave your life Meo. Jangan risau. I tak salahkan you. I yang nak sangat dengan you I yang start all this shit... ni yang I nak. I minta maaf kalau I buang masa you. Goodbye"

laju Anisa mengatur langkah pergi.




AKU GILAKAN KAU!Where stories live. Discover now