9

932 57 0
                                    

ROMEO mendengus kasar apabila Jejai dan Rais beriak cemas mengemaskan barang mereka. Hari nin misi besar mereka untuk mencuri stok senjata dari pembekal Australia akan berjalan. Actually,bukan mencuri tapi nak ambil balik senjata yang pihak lawan dah ambil secara senyap. Tak guna betul!

"Meo! Kau termenung apa lagi ni? Barang-barang dah siap dah?" tanya Rais cemas apabila melihat riak wajah Romeo yang beku tu.

"semua dah settle. Tak payah nak gelabah sangat. Benda dah nak start. Semalam tak nak siapkan. Sibuk pergi berjimba dengan KN tu kan?"

Rais tersengih bersalah. Erk! Tertangkap sudah...

"Jejai pun pergi juga lah semalam" jawab Rais ingin mencari back up.

Jejai buat-buat tak dengar. Tak kuasa dia nak masuk campur.

"Apa-apa jelah! Cepatlah nak gerak ni." Romeo mula rimas.

Suasana dalam kereta tak lama selepas itu menjadi sunyi. Jejai dah terbongkang di tempat duduk penumpang manakala Rais sibuk bermain game. PubG je tak habis-habis. Romeo pula hanya fokus memandu.

Telefonnya mula berbunyi minta diangkat.

"Hello! I nak cakap dengan my prince!" Jerit Anisa teruja di hujung talian.

Romeo tersenyum nipis. Rais di sebelah hanya buat riak menyampah. Walaupun Roemo tak buka pembesar suara tapi suara Anisa tu kuat sampai dia pun boleh dengar.

"Hye sayang..."sambut Romeo selamba.

"You! Kenapa you gerak Taiwan tak cerita kat I? Lama ke you pergi? Kalau I rindu you macam mana? I ingat balik dari kerja dapat jumpa you tapi you pula out station. Terseksa batin i tau!"

"hey... Cakap satu-satu lah. Kau ingat aku ni pembaca berita ke nak cakap laju-laju? Hmm aku pun rindu kau juga. Tapi nak buat macam mana. Aku kena kerja. Kumpul duit. Kau kata nak kahwin kan?"

"You nak kahwin dengan I ke you?" potong Anisa. Dia excited! Romeo dah cintakan dia ke?? Wauuuuuu

"Tak lah! Aku nak kahwin dengan Maya. Housemate kau tu.." usik Romeo sarkastik.

Anisa mula panas hati. "Kepala otak you lah! You nak dengan Maya? Ouh... You pergunakan I je lah!" tembak Anisa. Suara dah macam nak nangis.

Romeo geli hati mendengar omelan gadis itu. Boleh bayang riak cemberut Anisa. Mesti comel!

"Kau ni... Emo lah! Mestilah nak kahwin dengan kau. Apa kejadahnya aku nak kat Maya pula ni. Kau lah suka tanya soalan yang kau dah tau. Sengal!"

Anisa tertawa kecil "Alah! I nak bermanja je! Mana lah tau kalau you minat dengan kawan I tu. Boleh jadi musuh tau. You memang nahas tau Meo"

"tak lah! Aku nak kau je lah. Dah lah! Aku nak drive ni. Jangan kacau aku."

"you halau I babe?"

"jangan mengada! Aku cepuk kau nanti. Aku letak dulu eh? I love you"

Talian diamatikan. Anisa membuat muka sebal. Walaupun kasar tapi disebabkan ada I love you terus dia maafkan Romeo. I love you too...

Romeo menggeleng perlahan. Tak sangka dah dua bulan dia bersama dengan Anisa. Pejam celik je diorang dah makin rapat. Anisa sangat mengubah dirinya. You make me crazy!

"kau jangan senyum macam tu. Dah macam orang kena sampuk" tempelak Rais.

Romeo buat-buat tak dengar. Cemburu lah tu!

"Biarlah... Diorang tengah manis-manis bercinta lagi..." sokong Jejai di belakang. Ingatkan tidur dah tadi.

"ROMEO!!!!!" Jerit KN apabila seorang ahli kumpulan pihak lawan menghalakan pistol tepat ke arahnya. romeo tanpa sedar berpaling dan...

"Mangsa dalam keadaan kritikal. Kami terpaksa menahan Encik Arif. Kesan tembakan sangat dalam ke dasar tepi jantung. Alat bantuan pernafasan kami dah pasangkan kami dapati terdapat juga gegaran pada otaknya. Memandangkan Encik Arif ditembak lalu rebah,kepalanya terhentak pada batu dan juga boleh menyebabkan..." tak sempat penerangan diberikan oleh doktor yang bertugas tetapi kata-katanya dipotong dengan isyarat tangan Ariq agar doktor tersrbut menutup mulut

"Aku tak nak dengar banyak. Aku nak dia hidup, kau buat kerja kau sebagai doktor,jangan banyak bunyi" Ariq berkata tanpa menoleh ke arah doktor tersebut.

Doktor tersebut diam lalu terus berlalu ke bilik pembedahan.

"Doktor cakap apa Riq?" tanya KN yang baru sampai dari markas mereka. Rais dan Jejai sudah berangkat semula ke Malaysia. Kini tinggak mereka berdua saja di sini. Di bumi Taiwan ini.

"Kalau otak bergegar apa yang akan jadi kat budak tu KN?" soal Ariq tiba-tiba.

KN diam memikirkan soalan Ariq. "ada dua Riq, smaa ada gegaran bakal berlaku lagi ataupun dia bakal hilang ingatan"

Ariq mengangguk perlahan. "perlukah aku contact family dia?"

"Tak. Romeo cakap kalau ada apa-apa jangan sesekali cerita pada keluarganya."

"siapa je yang rapat dengan dia selain keluarga dia?" tanya Ariq lagi.

"Anisa" jawab KN laju.

Ariq tuntas memandang tepat ke arah KN. "Aku tak sanggup nak bagitahu Anisa pasal ni KN."

KN diam menekur lantai.

"Apa alasan aku nak bagi weh? Adakah aku akan dipersalahkan sebab hantar budak tu pergi bertempur?"

KN menggeleng laju. Dia tahu Ariq tak nak mengecewakan Anisa.

"Ini pilihan Romeo. Kau hanya ketua. Kau tak salah."

Ariq meraup kasar wajahnya."kalau jadi apa-apa pada Romeo. Aku bunuh Xander"

Tergamam KN mendengar tekad Ariq. Xander adalah ketua mafia terbesar di Taiwan.

"Aku pasti Romeo tak apa-apa" KN cuba menenangkan Ariq. Ariq ni nampak je cool tapi kalau dah meletop dia pon  tak boleh menghalang.

AKU GILAKAN KAU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang