1

2.3K 80 4
                                    

"SAMPAI bila kau nak kerja macam tu? You are 19 now Arif. Kau masih muda tapi kau toreh masa depan kau dengan kerja hina ni? Kau memang simpan niat nak jadi pembunuh untuk kumpulan BlackVamp tu selamanya ke? Jangan buat malu ayah boleh tak?" keluh Dato Hamdan kepada anak lelakinya itu. Dia bukannya tak tahu tentang sindiket haram yang anak terunanya itu lakukan. Dan hampir 3 tahun Arif Adha bergelumang dengan sindiket merbahaya ni.

Romeo yang hanya beriak kosong hanya membuat muka tak berperasaan. Hanya dia yang tahu kenapa dia memilih jalan ini.

"ayah tak tahu apa yang Arif hadap. Arif jadi macam ni pun sebab ayah." jawab Romeo selamba.

"ya! Tak boleh dinafikan ini semua salah ayah. Kamu terlibat dalam kumpulan ni tapi sampai bila nak macam ni? Hidup kita dah stabil. Tinggalkanlah kerja hina tu!" naik seoktaf syara Dato Hamdan.

Romeo mula rasa bengang. Dia rimas! Ingat senang ke nak keluar dari dunia yang serba serbi gelap ni? Silap-silap nayawa keluarganya boleh tergadai.

"kalau ayah tak suka baik Arif keluar je lah dari rumah ni." tekad Romeo dengan wajah tegang.

Dato Hamdan tergamam. "Arif Adha! Apa yang kau merepek ni? Kau sanggup pilih benda bodoh ni daripada ayah?"

Romeo tertawa kecil. "benda bodoh eh? Kalau ayah nak tahu,benda bodoh ni yang tolong kita. Sejak Aika dibunuh oleh kumpulan gengster yang serang kita dulu Arif takkan jadi macam ni. Arif akan balas dendam. Darah dibayar darah. Kalau ayah tak boleh terima tu! I'm out." Romeo nekad tubuhnya dibawa keluar dari perpustakaan di rumah itu. Terdiam Dato Hamdan bila susuk tubuh anak lelakinya itu hilang dari pandangan.

Wajah uminya yang tertunduk sayu itu dibalas pandangan sayu itu dengan senyuman nipis. Tangan tua Puan Gina dikucup perlahan. Dia tahu Puan Gina mendengar semuanya.

"kenapa nak tinggalkan umi nak? Tak sayang umi ke?" tanya Puan Gina dalam tangisnya. Arif satu-satunya anak lelakinya dia ada sekarang.

"Minta maaf umi. Arif pergi dulu. There's no excuse. I've to go" pelipis uminya dicium pantas lalu jaket kulit dibahunya disarung kemas pada badan tegapnya.

Tanpa menoleh Romeo keluar dari villa keluarganya itu. Nafas dihelakan.

Now, you are alone Romeo... Just alone.

"KAU dah start first sem kan esok? Kau dah ready nak sambung belajar Meo?" tanya Jejai prihatin.

Romeo hanya mengangguk tak berperasaan. Walaupun dia merupakan pembunuh upahan iaitu fin kumpulan itu dia tetap fikir panjang dengan menyambung pengajiannya. Tak sekarang nanti dia akan tinggalakan juga sindiket ini.

"Dah sebulan kau tinggal dekat sini. Kau okay ke? Yelah, anak orang kaya macam kau boleh ke duduk tempat macam ni?" tanya Jejai lagi.

"kau boleh diam tak? Aku okay. Dulu pun aku bukan orang kaya. Orang susah juga. Yang kau dah macam mak aku ni kenapa? Tak silap aku,aku takda bawa mak aku tinggal sini sekali dengan kita." dengan penuh sarkastik Romeo menjawab.

Jejai berdecit perlahan. Biadap! Harap je muda dari dia 5 tahun. Tapi Romeo ni dingin tahap ais Antartika!

"aku tanya jelah! Emo! Dah lah... Pergilah kelas cepat. Ingat sikit aku malas nak bertekak dengan KN kalau kau lambat datang party malam ni"

Romeo memutarkan bebola matanya. "party? Again? KN tu tak takut ke kalau kena marah dengan Ariq huh? Kalau Ariq tahu habis!" serabut dengan perangai lagi sorang rakan baik mereka iaitu sahabat bos besar mereka. Kerja nak enjoy je... Nasib baiklah kerja tiptop.

"kau pun tahu kan? KN... The god of KasaNova. Dah lah kau pergi kelas. Dah nak pukul 10.00 lambat nanti kena marah dengan pensyarah kang naya!"

Romeo mengajuk mengikut gerak bibir bebelan Jejai yang dah macam mak. Sabar je lah!

Jejai hanya menggeleng. Tiga tahun berkerjasama dengan anak muda itu membuatkan dia lali dengan perangai dingin yang menyebalkan.

"TAK sangka kau datang weh..." sapa Imran iaitu rakan sekelas Romeo.

Romeo hanya mengangguk lalu bersalaman dengan lagi tiga orang sahabatnya iaitu Haziq,Naufal dan Bruno.

"Meo... Malam ni jamming jom. Kau sibuk je memanjang. Bos kau tak bagi kau lepak dulu ke?" tanya Imran sebal. Romeo ni punyalah seronok kalau dapat lepak dengan dia walaupun dia tak banyak cakap and dingin gila tetapi lelaki itu pandai memenuhi masa bersama rakan baiknya yang lain.

"busy" jawab Romeo pendek. Rambut perangnya dibetulkan mengikut gaya yang dia mahukan.

Haziq dan Imran dah buat muka toya dengar jawapan Romeo.

"weh! Kau tahu tak kita ada cikgu baru... Dia akan ajar kita sampai tamat STPM nanti" Bruno mula bersuara. Ni lagi sorang dia ni pun pendiam juga tapi diam-diam ubi berisi playboy bukan main!

"lelaki ke perempuan? Kalau perempuan cantik tak?" tanya Naufal laju. Dia ni best sikit gila-gila dan muka dia boleh tahan kacak dia ada mix Itali tapi tulah dia tak salah guna muka dia selain menjadi cover majalah maskulin. Dia bukan macam Bruno yang hensem dan playboy . Naufal ni anak mak lah kiranya. Tak berani buat masalah.

Romeo hanya menggeleng tahan senyum mendengar soalan dari Naufal. Macam tak ada soalan lain nak tanya.

"macam gini!!!!!" jawab Bruno sambil membuat thumb up dengan penuh semangatnya sambil membuat memek muka gatal. Tergelak kelima-lima mereka. Namun kekehan mereka terberhenti apabila satu figura baru masuk ke dalam kelas mereka dengan senyuman.

Semua terdiam dan terpaku. Bidadari ke ni?
Kecuali Romeo hanya membuat riak biasa. Dia dah biasa nampak perempuan cantik malahan lagi cantik dari figura depan dia ni.
Imran pula dari tadi tak berhenti menyenggol sikunya pada Romeo. Ada kena sepak ni kang.

"My name is Anisa Aifa. Your socialissue's teacher."

Satu kelas diam. Memandangkan kelas ni hanya ada 5 orang perempuan so yang perempuan je yang berani bersuara yang lagi 15 lelaki sibuk meneliti wajahnya. Oppss! Bukan lima belas tapi 14 sahaja yang lagi sorang tu hanya memandang Anisa dengan wajah tak beriak.

Anisa tersenyum sinis. Hensem! But... Sombong!

"okay kelas saya nak kamu kenalkan diri bermula dari yang comel dekat belakang tu."

Maka sesi memperkenalkan diri pun bermulalah. Dan ianya berakhir dengan figura dingin di meja hadapan Anisa.

"lastly... This guy. Senyap je..."

Romeo bangun dari duduknya lalu membetulkan rambutnya. Anisa terpaku sebentar bila mata hitam pekat itu memandang dalam matanya seolah dia mangsa yang tunggu untuk diratah!
Erk! Melampau kau Anisa!

"My name is Arif Adha. 19 years old. AKA Romeo." pendek dan padat pengenalan Romeo. Anisa tersenyum miang. Suara dia...... Macam emas!

"err... Your status?" tanya Anisa nakal. Ternaik kening rakan-rakan Romeo mendengar soalan yang diajukan oleh Anisa. Hai cikgu? Jatuh suka dekat pelajar sendiri ke????

"Single and available but for now i'm not interested to anyone. I'm not a gay also" jawab Romeo dingin. Terdiam satu kelas mendengar suara husky garang Romeo. Yang perempuannya apa lagi? Dah cair awal-awal lagi dah...

Bagi Anisa pula...

Rasa macam kepala kena hantuk kat dinding dengar jawapan Romeo. Macam ada bau dia kena friendzone dekat situ. Anisa mencebik.

"okaylah... Let's start our class..."

Romeo? Interesting!




AKU GILAKAN KAU!Where stories live. Discover now