6

1.1K 70 7
                                        

AIR mata yang setia mengalir sudah malas diseka oleh Anisa. Maya iaitu kawan baik Anisa hanya menggeleng lemah. Sahabatnya itu tiba-tiba datang ke rumahnya dan meminta izin untuk tinggal di situ buat sementara waktu. Maya tak kisah,lagi dia suka. Dia adalah kawan nak bersembang tapi tulah, dari keadaan Anisa dia tak jadi nak tanya apa-apa. Dah bengkak mata gadis itu menangis dalam minggu ni.

"babe, you ni... Tak penat ke nangis? Dah seminggu kot you macam ni. Tadi papa you datang dia bawak strawberry untuk you. I think papa you faham kot that's why dia datang sini..."

Anisa menggeleng lemah. "sebab mulut dia lah! Sebab mulut dia,lelaki yang i cinta tinggalkan i. Buang i macam sampah!"

"babe, bagitahu i. Siapa lelaki tu?"

Anisa menghelakan nafas berat lalu Iphonenya diserahkan kepada Maya.

"kenapa ni Nisa?"

"you tengok wallpaper tu! Ada gambar siapa!"

Maya mengangguk lalu akur.

"Ya Allah.. Handsomenya babe! Berterabur iman i babe" gurau Maya sambil tergelak kecil. Anisa yang mendengar tergelak juga.

"kan! Mentang-mentang dia handsome,senang je dia tinggalkan i. Sampai hati dia Maya." keluar lagi air mata Anisa.

Maya tersenyum kecil. "tengok pada gaya dia nampak muda,umur dia berapa?" tanya Maya spontan.

"19 tahun ,tahun ni dia STPM. Dia pandai tau. Percubaan hari tu dia dapat 4 flat"

Maya mengangguk. Muka handsome,pandai pula tu... Cukup pakej!

"muda dari you, muda 4 tahun dari you. Dia okay pula?"

"okay apanya?! Dia dah tinggalkan i dah pun" rengek Anisa. Dia frustated gila!!!

"it's fine babe, we'll fine a new guy untuk you."

Anisa mencebik. Dia tak nak orang lain,dia nak Arif Adha...

ROMEO meletakkan fail yang sudah disiapkannya di atas meja Ariq.

"All the files has been copied by Jejai.  All the signature has been kept by me.
So, tomorrow we can go straight to our plan A.  We will go to Penang and take all the weapons carefully under the most powerfully police there. So..."

Ariq menggeleng lemah "wait."

"yes boss? Anything wrong?" tanya Romeo perlahan. Riak wajah beku dikekalkan.

"kau okay tak Meo? Kau macam tak ada mood nak buat kerja. Aku tak nak kalau mood kau boleh merisikokan projek kita. 3.2 billion projek ni. Bukan sikit."

Romeo menghelakan nafas berat. "just a small matters"

"masalah kecil tentang Anisa?" tembak Ariq tepat.

"macam mana kau.."

"Anisa tak balik rumah dah 2 minggu. Malam last dia datang rumah kau dia terus lari dari rumah papa aku sebab dia tak nak jumpa papa aku. Anisa cakap kata-kata papa aku yang mengeruhkan keadaan."

Romeo menunduk lemah. Dia rasa bersalah. Tak tahu pula keadaan menjadi teruk sebegini.

"Ariq, aku bukan lelaki yang baik. Aku ni budak mentah je. Adik kau tu, dia anggap aku ni macam lelaki paling sempurna dalam dunia.Padahal, aku lah raja setan, semua benda hina aku buat. Kau rasa ada sebab lagi ke untuk aku terima Anisa?"

Ariq mengangguk perlahan. "Aku just nak bagitahu ni,kau jangan melenting pula ya Meo?"

"apa?"

"Lagi sekali aku nampak air mata Anisa tu mengalir sebab penolakan bodoh kau..." mata helang Ariq memandang tepat wajah pembunuh upahannya.

"aku bunuh kau"

Deg!
Tersentak Romeo mendengar butir bicara Ariq yang serious.

"aku..."

"Aku bagi kau cuti selama 2 minggu. Bayar balik 2minggu yang Anisa menangis sebab kau. Pujuk dia. Kau nak terima dia atau tak. Itu hal korang. Aku tak nak masuk campur. Yang aku tahu... Lepas kau balik dari vacay aku nak tengok senyuman pada wajah Anisa. So now, get out"

Romeo menghela nafas perlahan lalu akur keluar dari bilik pejabat Ariq.
Romeo menyarungkan jaket kulit berwarna hitam lalu keluar dari kawasan itu. Dia perlu memujuk gadis itu...

Leceh!

ANISA menyuakan ais krim yogurt  ke mulut dengan tenangnya. Hari ini dia mengambil keputusan untuk berjalan di Melawati Mall. Dia nak tenangkan fikiran dan shopping banyak-banyak!

Sedangnya asyik dia menggodek telefon,seseorang mengambil tempat berhadapan dengannya. Perlahan-lahan Anisa mengangkat muka. Terus pucat wajah putih itu bila melihat gerangan di hadapannya. Lelaki ni.
Lelaki yang buang dia.

"Apa you nak?" tanya Anisa beraksi tenang sambil menyambung suapan aiskrimnya.

Romeo hanya tersenyum kecil. Aiskrim dalam pegangan Anisa dia ambil dan di makan.

Terangkat tinggi kening Anisa melihat reaksi selamba Romeo.Namun, dia hanya beriak biasa.

"kau suka makan benda ni? Sedap juga. So, lepas ni kita nak pergi mana?" seloroh selamba saja Romeo bertanya bagaikan tiada pertelingkahan antara mereka.

"You ni dah kenapa? Tak ada life? I jalan sorang-sorang i tak nak sesiapa ikut. You boleh berambus." halau Anisa dengan nada sarcastic.

"Aku nak ikut. Kau boleh buat apa kalau aku ikut juga?"

Anisa menggeleng perlahan. Tak tahu pula selain daripada beku, Romeo ni boleh tahan annoying juga.

"hmm.. Suka hati you lah. I malas nak layan sebenarnya. Kalau you ikut ke tak ke i pun tak kisah." balas Anisa balik. Dia mengatur langkah ke tingkat bawah. Dia perlu ke Padini untuk mencari banyak baju baru. Dah lama dia tak membeli belah.

Anisa membelek pakaian yang diambilnya. Romeo di sisi hanya memerhati Anisa.

Anisa tersenyum kecil. Mula mengatur rancangan nakal. Seorang pekerja lelaki yang tak jauh kacaknya dipanggil.

"ya cik? Nak saya tolong apa-apa?" tanya oekerja itu mesra.

Anisa tersenyum lebar. "tak ada nak minta tolong apa-apa... I nak minta number you boleh? You kind a cute"

Tergamam pekerja lelaki itu dipuji Anisa.

Romeo yang memerhati mengetap bibir. "sorry, tak payah layan dia. Dia girlfriend aku." pantas saja Romeo.menyelamatkan keadaan lalu menarik Anisa keluar dari ruangan itu.

"You ni kenapa? Biarlah i nak ambil number that guy! I nak kenal dengan dia."

Like seriously Anisa?

"Kau nak cari pengganti aku,pastikan dia lagi elok and handsome dari aku. Ni kau cari yang pekerja macam tu. Apa class?"

Anisa tersenyum sinis. Nampak sangat lelaki ego ni cemburu akannya.

"Apapun kerja dia, I tak kisah. I just need someone yang boleh appriciate i je. Kalau kerja masyuk tapi dia buang i macam sampah pun tak guna juga." Anisa terus berlalu. Bahu kekar Romeo sempat di rempuh. Romeo menghela nafas berat. Anisa masih marahkan dia. Malahan, gadis itu sedang membalas dendam.

Siot je!

AKU GILAKAN KAU!Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang