WAJAH mereka semakin dekat dan..
Pap! Dahi Anisa dijentik. Spontan Anisa memgang dahinya yang sakit dijentik.
"Auch! Sakitnya! Sampai hati you..." cebik Anisa.
Romeo hanya tersengih. "kau ni mengada kan? Kalau terbabas tadi macam mana?. Nakal tak habis-habis" Romeo terus-terusan menggeleng. Nakal sangat gadis depan dia ni!
Anisa koyak senyum. Walaupun dahi rasa sakit dia pula mula rasa malu. Gelojoh kau Anisa!
"Alah.. I cuba je. Kantoi pula. You ni potong tau tak?" bidas Anisa dengan tawa kecil.
"kalau aku biarkan lagilah teruk. Aku kena potong dengan bapak kau pula."
Anisa tergelak kecil. Lengan Romeo dipaut mesra. "sorry... I saja je naughty"
"tau... Dah lah! Aku nak mandi. Aku penat drive datang sini tadi. Nak ambil ticket flight tapi macam leceh. So i need my beauty sleep right now"
Anisa memgangguk faham. Nampak muka Romeo sangat letih.
"Your beauty girlfriend tak nak bawak?" tanya Anisa nakal.
Romeo menunjukkan isyarat penumbuk lalu keluar dari bilik.
Anisa tergelak besar. Dia terhibur. Dia balik pintu Romeo memegang dada. Budak ni! Kalau tak buat aku berdebar dengan godaan dia memang tak sah!
ANISA dan Romeo berjalan beriringan di persisiran pantai yang terdapat berhampiran mereka punya hotel. Baru setengah jam duduk di dalam ball room. Romeo mengajak Anisa keluar kerana dia rimas akan mata-mata yang memandang Anisa. Dia tak kisah yang perempuan sibuk memandangnya.. Erk! Betullah! Orang handsome kan? Mesti kena usha!
Yang lelakinya pula suka hati merenung teman wanitanya. Yang paling ketara sekali tak lain tak bukan si Josh acah mat saleh tu!
Anisa hanya diam membisu sambil mengangkat sedikit hujung kain baju kurung modennya. Romeo yang suruh pakai baju ni. Dress yang dibawa Anisa memang menjolok mata. Degil! Orang cakap jangan pakai seksi-seksi... Tetap nak juga! Kan dah kena marah dengan Romeo sebelum pergi tadi.
"Kau ni cantik kan?" Romeo mula bersuara apabila dua-dua lama menyepi melayani perasaan masing-masing. Anisa menoleh lalu mengambil tempat berhampiran dengan gigi air. Romeo turut duduk disebelah Anisa. Dengan pantas Anisa melabuhkan kepalanya pada bahu Romeo.
"you lagi kacak" balas Anisa.
Romeo senyum lebar. "Aku nak tanya kau sikit boleh?"
Anisa mengangguk.
"Kau betul ke sayang kat aku?"
Anisa diam.
"Aku minta maaflah kalau soalan ni macam harsh. Aku cuma nak kepastian."
Anisa tuntas memandang tepat mata Romeo. Cuba menyalurkan rasa sayang.
"Allah je tahu betapa I sayang kat you Meo." jawab Anisa perlahan dan penuh perasaan. Tangan kekar Romeo dielus perlahan.
"Kalau aku tinggalkan kau..." tak sempat Romeo habiskan Ayat Aniaa dah memotong.
"I mati..." potong Anisa. Dia tak nak dengar soalan seterusnya. Romeo tak boleh tinggalkan dia. Dia tak nak. Dia takkan pernah nak kehilangan Romeo.
"kau tak boleh cakap macam tu. Kalau aku tinggalkan kau, kau kena jadi indipendent. Kau teruskan saja hidup kau tanpa aku."
Anisa diam. Kenapa Romeo cakap macam ni?
"I akan buat sampai you tak terfikir pun untuk tinggalkan I. I nekad. I nak you Romeo. Just you" jawab Anisa tegas. Dia tak nak beralah.
Romeo turut membisu.
"You pula? Sayang kat i ke?" tanya Anisa pula. Walaupun hampir sebulan mereka bersama sebagai pasangan kekasih. Dia juga masih ragu-ragu dengan perasaan Romeo.
Romeo memandang lama wajah Anisa. Rambut ikal mayang Anisa dielus lembut.
"Aku ada kau je. Mestilah aku sayang kau. Sangat sayang dan cinta." jawab Romeo lancar. Dia tahu dia nekad. Dia cintakan Anisa.
Anisa senyum lebar. Makin kuat pautang pada lengan Romeo. Dia happy! Tak boleh nak sorok senyum bila dengan Romeo ni. Dia angaukan Romeo!!!!
"Kau suka aku cakap macam tu???" tanya Romeo bila Anisa tak berhenti menyeringai suka di sampingnya.
Romeo mengangguk laju. "freaking suka!!" Anisa terjerit kecil.
Romeo tergelak kecil. Excited betul Anisa ni. Romeo senang dengan sikap Anisa yang satu ni. Anisa sangat hargai benda-benda kecil. Contohnya,kalau Romeo senyum pun Anisa dah bersorak riang. Dia bersyukur sebab Anisa cintakan dia.
"I love you Anisa.." ujar Romeo dengan suara menggoda.
Anisa senyum lebar lagi. Muka dah merah sebab malu.
"I love you more"
ANISA membetulkan ikatan rambutnya yang sedikit serabai. Dia menunggu Romeo bersiap. Sebelum tidur Romeo pesan suruh bangun awal sebab dia nak bawa Anisa breakfast. Apa lagi?? Punya semangat Anisa bersiap pagi ni.
"Anisa?" sapa seseorang.
Anisa menoleh lalu tersenyum kekok.
"Josh... Kenapa?"Josh koyak senyum lebar. Anisa nampak cantik dengan kemeja putih dan skirt corak batik. Nampak sopan dan ayu dengan ikat rambut satunya tu.
"Nak kemana lawa-lawa ni? Kalau tak sibuk, jom saya nak bawa awak pergi sarapan. Saya tahu. Mesti awak lapar." pelawa Josh selamba.
Anisa hanya senyum sambil menggeleng perlahan. "No thanks, Romeo nak bawa I. Dia tengah bersiap. Lagi beberapa minit siaplah tu" dalih Anisa.
Josh mengangguk faham. Seperti yang dijangka,Anisa sekali lagi menolak dia.
"kalau tak boleh breakfast pun, sayang nak tanya awak soaln sikit. Boleh kan?"
Anisa hanya mengangguk.
"awak dengan Romeo tu dah lama bercinta?"
"sebulan. Kitaorang couole dah sebulan tapi I crush dekat dia dah 4 bulan... Bulan ke 5 kitaorang declair."
"Dia sebaya dengan awak ke?" tanya Josh lagi.
"Dia muda dari I. Dia 19 dan I 23. I ni pengajar dia sebenarnya"
Ternaik kening Josh. Tak sangka yang Romeo tu muda 5 tahun dari dia tapi nampak matang gila.
"impressive. Budak mentah macam tu boleh miliki awak kan? Untung budak tu" ujar Joah sinis.
" Dia tak untung, I yang untung sebab dia pilih I. Dia boleh pilih ramai lagi perempuan lawa dan muda dari I kat luar sana dari."bidas Anisa laju. Dia tak suka bila Josh memperlekehkan Romeo. Semuda-muda Romeo, dia boleh menggoyahkan hati Anisa dengan mudah.
"Awak pasti dia pilihan hati awak?"
Anisa tuntas memandang Josh. "I nekad. I tetap pilih dia..."
"dan dia milik aku walaupun dia tak nak kat aku" sambung Romeo tiba-tiba. Terkejut Josh dengan kehadiran lelaki itu.
Anisa dan tersenyum sumbing.
Josh diam tak berkata lalu tersenyum hambar. "saya minta diri dulu" terus hilang bayang Josh dari situ.
Mata helang Romeo yang sibuk merenung tajam Josh kini beralih pada Anisa yang tak berkedip memandang dia.
"Apahal pandang aku macam tu?" Romeo membetulkan jaket bagi mengawal rasa malu. Anisa nampak tak yang dia jealous tadi?
"Sayang juga you kat I kan?? You jealous. Maknanya sayang..." Anisa tergelak kecil.
Romeo berdehem. "Aku nampak dia dekat dengan kau, ku tak teragak nak sangkut mayat dia kat ampaian baju rumah aku"
"Okay! I akan melekat dengan you je mulai sekarang" jawab Anisa sambil memeluk pinggang Romeo erat. Romeo hanya tersenyum kecil dan menggeleng.
YOU ARE READING
AKU GILAKAN KAU!
Romance"I kenal you. Tak sangka BlackVamp ada fin sekacak you? Still teen pula tu. You yang dah 3 tahun bekerja dengan Ariq rite? How great" makin galak Anisa bertutur. Romeo mula mngetap rahangnya. Macam manalah perempuan tanpa identiti depan dia ni boleh...