4

994 65 8
                                    

BAGAI nak jatuh rahang Romeo melihat Anisa yang mencucuk tayar keretanya menggunakan paku yang dia keluarkan dari begnya. Dengan senyuman bahagia Anisa mengorak langkah ke arah Romeo yang tercengang melihat kerenah gilanya.

"Dah pancit kan? So... I tak tahu nak balik dengan siapa, I nak balik dengan you" Anisa senyum bahagia.

Romeo menggeleng perlahan. "kau ni biar betul?" soal Romeo tak percaya.

"betul lah! I nak balik dengan you." Anisa membuat muka comel.

Romeo meraup kasar rambutnya. "kau tau tak apa yang kau buat? You don't have to do this semata-mata nak tumpang aku. Kau minta je lah!" ujar Romeo geram.

Anisa mencebik " alah... I takut kalau you tak nak tumpangkan."

"kau fikir bila kau buat macam ni aku nak tumpangkan ke? Scary tho! Kau obses sangat! Tak tanya aku lagi dah buat spekulasi sendiri. Now kereta dah pancit. Siapa yang nak tolong ambil kereta kau nanti?"

Anisa tersenyum nipis. "driver I lah.."

"kau ada driver?" soal Romeo tak percaya. Seriouslah?

"ofcourse lah!"

"tapi kau still gedik nak naik dengan aku?"

Anis mengangguk laju. Romeo mengetap rahang. Ikutkan hati nak je dia campak budak sekeping sebelah dia ni.

"Kau naik kereta aku sekarang. Aku rasa nak campak je kau masuk longkang tu"

Koyak senyuman Anisa "okay sayang! Jom masuk sekali!" lengan Romeo dipaut.

Romeo tahan sabar... Nasib baik comel kalau tak, dah lama kena tembak dengan perangai tak semenggah dia tu.

Romeo memandang bayang Anisa sekilas. Anisa dengan bangganya tersenyum sambil menggamit Tomro supaya masuk ke dalam kereta bersamanya. Romeo menggeleng perlahan.. Haihh...

"MACAM mana tayar boleh pancit pula? Kan baru minggu lepas pergi service. Kamu ni cuai sangat kenapa Anisa?" soal Tuan Malik Dearu sesudah mereka sampai dan Romeo menerangkan mengapa dia menghantar Anisa pulang.

"manalah orang tahu,dah pancit. Tak boleh buat apa dah papa." jawab Anisa sebal. Rileks lah!

"Papa kenal kamu. Kamu tak cuai macam ni. Ni kalau Romeo tak ada ni? Siapa yang nak hantar kamu tadi?" soal Tuam Malik bertubi.

Anisa memutarkan bebola matanya. "papa ni.. Im 23 lah bukan 3 years old" perli Anisa lalu masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan kedua jejaka iaitu Romeo dan papanya. Malik menggelengkan kepalanya melihat kerenah Anisa yang keras kepala. Wajah runsingnya bertukar tajam bila memandang wajah Romeo. Lelaki mentah di hadapannya.

"apa hubungan kau dengan anak aku Meo?"

Romeo tersentak. Wajah beku Malik dipandang. "Kami tak ada apa-apa hubungan." jawab Romeo laju.

Malik mengangguk perlahan. Rokok dinyalakan. "Kenapa Anisa sangat suka pada kau? Kau pula melayankan kehendaknya kenapa?"

Romeo hanya diam. Tak tahu nak menjawab apa.

"kau suka pada anak aku ke?"

Terangkat pandangan Romeo tepat pada wajah beku Malik. Romeo menggeleng perlahan.

"habis? Anisa yang tergilakan kau?"

Romeo terjeda sebentar sebelum mengangguk perlahan.

"Aku percaya kau Romeo tapi aku nak kau... Jauhkan diri dari anak aku. Aku nak lelaki yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak aku. Kau tau kan kau boleh merisikokan nyawa anak aku Meo?"

AKU GILAKAN KAU!Where stories live. Discover now