"ANISA!" laung Josh mengundang mata juking Anisa. Dia malas nak layan. Dari dalam kelas tadi lelaki itu cuba berbual dengannya.
"ANISA!"
"ANISA AIFA!" panggil Josh.
"apa??? I nak balik dah ni. You nak apa?"
Josh senyum hambar. Anisa makin sombong dengannya. Dah lain...
"Saya nak awak" ujar Josh mencuba nasib.
Anisa tersenyum sinis. Dah terbiasa dengan ayat manis Josh.
"Dari jadi pentaksir dah nak jadi pelawak pula ke?" sindir Anisa.
Josh bantai gelak. Anisa betul-betul dah lain. Makin cantik dan lantang.
"Saya tak buat lawak. Kalau betul saya nak awak macam mana?"
Anisa buat-buat berfikir."Tanam dalam kubur je lah hasrat you tu. I sekarang dah taken. I dah ada pengganti. I bahagia dengan dia." terang Anisa sambil senyum bahagia. Otak dah fikir Romeo kat rumah. Tak sabar nak jumpa!
"he's lucky" ucap Josh menutup rasa sakit hati.
Anisa mengangguk setuju. "Dia memang bertuah! You je yang rugi. Okaylah! I nak balik ada date dengan boyfriend I. Da da!!" pamit Anisa sambil membuat muka bangga. Dia puas! Padan muka! Dulu reject aku kan? Dulu malukan aku kan? Dulu tinggalkan aku kan? Sekarang Allah bagi aku lelaki yang sejuta lebih baik dari kau! Monolog Anisa.
Josh menghela nafas berat. Hari lain kan ada... Dia akan usaha lagi sebab Anisa tu hanya girlfriend orang,bukan isteri,still boleh sailang. Apa ada hal?? Josh bersiul senang sambil berjalan pulang.
"ROMEO Ada?" tanya Anisa dengan senyuman mesra. Jejai yang dah biasa dengan kehadiran Anisa hanya membalas seyum gadis itu menandakan Romeo ada.
Anisa masuk ke dalam rumah sambil meletakkan beberapa plastik barangan dapur. Memang seminggu sekali dia akan masak kat rumah Romeo. Romeo suka masakan dia. Hahaha perasan!
"Hari ni Romeo macam mana? Dia okay?" tanya Anisa sambil menyusun barang.
Jejai trut membantu Anisa dia mengasingkan barangan basah dan kering di talking table berdekatan.
"Dia okay... Dah boleh jalan. Malam tadi kitaorang main game sampai pukul 2 pagi. Lama dia berdiri. Dah normal macam biasa nampaknya." jawab Jejai lancar.
"Boleh jalan? Eee! Kejamlah you guys ni. Romeo pula lansung tak text I. Kecik hatilah macam ni" Anisa memeluk tubuh.
Jejai tergelak kecil. "jangan marah I, I nak text you semalam tapi Romeo tak bagi. Romeo kat dalam bilik tak tahulah dah bangun ke belum. Pergilah tengok!"
Anisa mengangguk faham. Langkah kecilnya terus dibawa ke bilik Romeo.
Tergamam Anisa apabila pintu dah terkuak. Romeo juga serentak baru keluar dari toilet memansang kosong Anisa. Romeo yang hanya bertuala...
Hanya bertuala guys!!!!
Anisa hanya diam merenung. Romeo tersenyum kecil lalu menggeleng.
"sayang... Mata tu! Biar aku tukar baju kejap. Kau tunggu kat depan. Aku nak bawak kau keluar." tegur Romeo apabila Anisa fokus memandang badannya. Why girls love six packs? Dia tak faham!
"err.. Sorry, you sexy sangat. Mata I nakal pula kali ni. I tunggu kat luar tau" pamit Anisa. Lalu keluar dari bilik dengan pantas. Dia malu!!!
Romeo hanya menggeleng lalu tergelak kecil. Tau pun malu! Pandang lama-lama tadi tak malu pula? Hahaha.
Sesudah lengkap berpakaian,matanya tertancap pada meja makan. Banyak lauk.
"siapa masak ni?" tanya Romeo. Wajah Anisa yang ralit menanak nasi itu dipandang.
"I masak... Sup ketam,ikan bilis belada and fresh salad. You suka?" tanya Anisa lembut. Romeo tersenyum lebar.
"gila tak suka? Kalau tak suka biar I tumbuk muka Romeo ni" celah Jejai sambil meratah lauk yang Anisa masak dari rumah. Sedap beb!
"Kenapa kau susah-susah masak ni? Aku nak bawa kau keluar kejap lagi"
Anisa melebarkan lagi senyumnya. "tak apalah! Jejai pun belum makan. Kita makan sekali. Jimatlah sikit you. Makan sekarang mahal tau. Dah lah kita tak tahu makan kat luar tu bersih ke tak. You tu dah lah baru je sihat. Kalau keracunan ke apa ke susah" bebel Anisa sambil mencedok lauk ke pinggan. Romeo hanya tergelak kecil mendengar celoteh Anisa. Bebel je!
Mata Romeo mula tertancap pada pakaian Anisa. Gulp!
Anisa memakai jeans ketat dan singlet hitam sahaja. Ketat dan seksa tau tak? Seksa mata Romeo melihatnya.
Anisa yang baru nak mengambil tempat di sebelah Romeo terbantut niatnya apabila Romeo menghalang Anisa duduk.
"kenapa you? Makanan tak sedap ke?"
Romeo menggeleng. Jejai hanya dia memerhati. Romeo ni dah kenapa nak halang si Anisa ni duduk? Buang tebiat?
"Makanan ni sedap. Tapi mata aku yang tak sedang menengoknya. Kau pergi ambil hoodie kat dalam almari. Ambil mana-mana hoodie aku tak kisah"
"hoodie? Hoodie you besar sangatlah you."
Romeo membuat muka. "cuba jangan melawan. Pergi ambil!" arah Roemo tegas. Anisa hanya mencebik dan berlalu pergi.
"kau apahal Meo?"
Romeo merapat jarak dengan Jejai. "Aku tak suka tengok dia pakai seksi. Lelaki lain pandang tau tak? Aku tak berkenan macam tu"
Jejai tahan gelak. Hahahaah! Nampak sangat yang si Romeo ni jealous.
Tak sampai lima minit Anisa dah keluar dengan hoodie berwarna putih dan masih memakai jeans ketat. Tak apalah janji tak nampak bentuk badan Anisa macam tadi.
"dah siap? Makan dulu lepas tu keluar."
Anisa mengangguk lalu akur. Dia sedar kesilapan dia. Tapi dia suka!
SUASANA dalam kereta yang sunyi hanya ditemani suara dari corong radio itu memyesakkan Romeo. Anisa di sisi dipandang sekilas. Gadis itu hanya diam membisu. Merajuk pasal tadilah tu!
"Kau marah pasal tadi ke?"
Anisa yang sedap mengelamun hanya memadang Romeo sekilas. Dah tau lagi mau tanya. Apa dah!
"Kau memang tak nak bercakap dengan aku lah ni? Memang tak nak cakap?"
Anisa masih diam. Saja nak rasa kena pujuk. Romeo ni nak pujuk orang bukan senang tau. Kita je kena always pujuk diri sendiri.
"Yelah! Aku minta maaflah pasal tadi. Aku tahu aku macam paksa kau. Aku bukan apa. Kau tak tahu macam mana liarnya mata lelaki ni sayang. Lelaki ni nampak muka kau pun dah boleh fikir sampai ada anak tau."
Tuntas Anisa memandang Romeo. "I tahu lah. Tak payah nak ajar i" Anisa cuba jual mahal.
Romeo mencebik. "yelah! Tak boleh tegur lansung! Kau kan cikgu... Aku ni murid bodoh je. Murid yang lagi 2 tahun baru nak habis study." Romeo mula berjauh hati.
Anisa menjeling Romeo. Tangan kiri Romeo diambil dan dipaut kemas. Romeo ni suka buat orang rasa bersalah tau?
"Jangan lah cakap macam tu. I tak sukalah! I tahu salah I... Lepas ni I pakai sopan-sopan eh? I belajar sikit-sikit tau you?" pujuk Anisa semula.
"ha... Macam tu lah! Aku buat macam tu sebab sayang. Kalau tak sayang aku tak peduli pun tau? Lepas ni behave tau kalau OOTD sekali pun. Kalau boleh tutup lah kepala. Aku tengok Mira Filzah tu pakai tudung. Sikit punya cun! Kalau kau pakai mesti lagi lawa. Cenggini sayang!" Romeo menunjukkan ibu jarinya. Aniaa tersengih suka. Dia tahu yang Roemo nak dia menutup aurat dengan sempurna. Baiklah, dia akan cuba sikit demi sedikit.
ANDA SEDANG MEMBACA
AKU GILAKAN KAU!
Romance"I kenal you. Tak sangka BlackVamp ada fin sekacak you? Still teen pula tu. You yang dah 3 tahun bekerja dengan Ariq rite? How great" makin galak Anisa bertutur. Romeo mula mngetap rahangnya. Macam manalah perempuan tanpa identiti depan dia ni boleh...
