5

1K 64 4
                                    

"APA yang papa cakap kat dia?!" marah Anisa.

Malik diam tak terkutik.

"papa tahu tak? Dia dah tinggalkan Nisa? Papa tahu tak Anisa sayang kat dia. Papa dah musnahkan semuanya hanya dengan kata-kata papa je tau!"

"Ini untuk kebaikan kamu. Papa tahu apa yang papa buat"

"habis?!!!! Anisa bodoh tak tahu nak nilai? Anisa pun manusia lah papa. Takkan semua papa nak conduct. Anisa tak minat fashion,papa suruh masuk! Anisa tak minta ke luar negara papa paksa Anisa stay sana sampai 3 tahun. Apa lagi papa nak ha?!!" kali ni marah Anisa tak dapat dibendung.

Terkejut Malik melihat reaksi anak gadisnya.

"Ingat sikit dengan siapa kamu bercakap anisa!"

"ya! Anisa ingat! Anisa tengah bercakap dengan orang yang selalu memusnahkan segala impian Anisa. Papa ingat eh! I choose him! Papa suka atau tak... Anisa tetap pilih dia!" terus saja tubuh genit Anisa naik ke tingkat atas.

Malik meraup kasar wajahnya. Puan Maria yang memerhati terus menggosok belakang badan suaminya.

"Ada kalanya kita kena melepaskan bang. Anisa dah besar. Dia bukan anak kecil lagi bang."ujar Puan Maria tenang.

Malik mengangguk. Mungkin benar.

"KAU kena keluar dari bilik ni. Err"

Romeo yang ralit berbaring mengangkat kening apabila Jejai meluru masuk ke dalam biliknya.

"apahal?"

"ada orang nak jumpa" jawab Jejai laju.

"cakap aku busy"

"anisa"
Tersentak Romeo apabila nama gadis itu disebut oleh Jejai.

"Anisa yang nak jumpa. Tolonglah pergi." rayu Jejai.

Romeo memutarkan bebola matanya.

"okay! Aku keluar. Dah blah!"

Jejai tersengih lalu keluar dari bilik Romeo. Mission complete.

Romeo menyarungkan sweater pada tubuh sasanya.

Baru saja kepalanya terjengkul keluar, pemandangan matanya menyinggah pada wajah sembab Anisa. Gadis itu berbaju tidur sambil menyarungkan sweater pada tubuh kecil itu.

"apahal datang?"

Anisa mengesat air mata yang mengalir. Lantas tubuh kekar Romeo dipeluk erat. Wajahnya disembamkan pada dada bidang itu.

Romeo hanya diam terkaku. Tak pernah dia peluk anak dara orang ni.

"I takut hilang you Meo. Tolonglah, jangan tinggalkan i. I tak buat salah pun. Kenapa you macam ni?" tanya Anisa tersedu sedan.

Romeo memejamkan matanya. Bagai terhiris hatinya mendengar suara sebak Anisa. Diakah penyebab tangisan gadis ini?

"apa kau cakap ni? Kita tak ada apa-apa kan?"

"kita tak perlu ada apa-apa untuk ada cinta Meo. Cinta tu datang sendiri. I cinta you" jawab Anisa laju. Dia tak sanggup nak dengar penolakkan lelaki itu lagi.

Romeo meleraikan pelukan mereka. Anisa diam lalu matanya menikam pandangan beku Romeo.

"kau balik lah. Kau nangis macam ni,takkan dapat ubah apa-apa Anisa. Hakikatnya kita tak boleh bersama."

Anisa menghentak kaki geram. "Itu bukan soalnya you! Soalnya you nak ke tak dengan I???" rengek Anisa.

Romeo memalingkan pandangan. Dia tak suka lihat gadis itu dalam keadaan macam tu. Anisa dia yang ceria bertukar menjadi ratu air mata.

"soalan apa kau tanya ni? Kau baliklah...kau tak boleh..."

"sekali lagi you halau I balik, you dah tak akan lagi dapat jumpa I meo!" nekad Anisa. Suaranya dikuatkan.

Terputus kata-kata Romeo. Wajah sembab gadis itu direnung lama.

Mengendur segala yang tertahan. Romeo mendekati Anisa. Pipi mulus yang basah kerana air mata diseka lembut.

"kenapa kau macam ni ha? Kenapa kau nak sakitkan diri kau? Kenapa kau nak kejar benda yang kau takkan dapat. Ramai lagi lelaki kat luar yang berebut nak bersama dengan kau. Kenapa aku? Kita tak boleh bersama Anisa... Tolonglah move on" pujuk Romeo.

Anisa menggeleng perlahan. "tapi kenapa you? You dah ada orang lain ke?" tanya Anisa tak mahu mengalah.

Romeo menggeleng. "bukan. Aku yang tak nak. Kau blah ah."

"tarik balik kata-kata you Romeo! You boleh hilang I kalau you pertahankan ego you tu!" teriak Anisa. Dia tak nak kehilangan lelaki ini.

Romeo menarik nafas dalam. "then go. Don't look back. Jangan cari aku. Lupakan aku." langkah besar Romeo terus memasuki rumahnya.

Anisa terkedu. Dia tertunduk pasrah.

Apa yang dia fikir sebenarnya? Tak ada lansung kah nama dia dalam hati lelaki itu?

Romeo menghempas kasar pintu rumah. Wajah Jejai yang terbungkam tak diendahkan. Dia serabut.

Apahal kau cakap macam tu Meo? Kejamnya kau!!!! Monolognya dengan hati yang kesal.

Bantal kecil di sofa dibaling kasar ke arah dinding.

Jejai yang terperanjat menggosok dada. Nasib baik dia tak ada sakit jantung.

"sial lah!!!" Romeo menyepak punching bag yang telah tersedia di ruang tamu itu dengan bertubi-tubi.

Jejai menggeleng lalu dia menahan badan Romeo. Kalau dibiarkan ni,habis kena beli baru pulak benda alah ni!

"Hoi! Kau apahal? Semua benda kau nak bantai. Kau marah macam ni. Mengamuk macam ni... Dia dah pergilah! Kau yang nak dia pergi kan? Terima je lah bodoh!" marah Jejai apabila Romeo meronta kasar menolak tahanannya.

"kau tak tahu apa-apa,kau diam jelah!"

"Mungkin aku tak tahu semuanya tapi dari cara kau, aku tahu Malik tak bagi kau berkawan dengan anisa kan? Tu yang kau halau dia kan? Tu yang buatkan dia menangis tu kan?" naik seoktaf suara Jejai menyedarkan Romeo.

Romeo memejamkan mata mengahadam kata-kata benar dari Jejai.

"ya! Sebab aku ni ada kerja hina! Aku ni boleh merisikokan nyawa dia! Faham tak? Belum ada apa-apa, bapak dia dah bising."

"Tapi banyak lagi cara lain Meo. Kenapa kau nak sakitkan diri kau dan Anisa? Memang Malik larang kau berkawan dengan dia tapi ingat sikit Meo. Kau pun ada pilihan. Anisa pun ada pilihan. Anisa pilih kau... Why you can't do the same? Kau tak cintakan dia ha?" tanya Jejai sinis.

Romeo memandang tepat wajah Jejai apabila mendengar soalan terakhir dari Jejai.

"aku tak tahu."

Jejai menggeleng. "Dengan kau punya tak tahu ni,kau ingat dapat selesaikan masalah? Jangan disebabkan kekeliruan bodoh kau ni. Kau hilang perempuan yang betul cintakan kau. Kalau betul Anisa tu akan dengar cakap bapak dia,dia takkan terhegeh nakkan kau sedangkan dia siap tahu lagi, berapa orang yang dah mati kat tangan kau. Tak sangka, aku ingat kau ni boleh bunuh orang je rupanya hati orang pun boleh mati hanya dengan tindakan tak berfikir kau ni" jelas Jejai panjang lebar lalu beredar dari situ. Dia nak Romeo sedar.

Rasa terpukul dengan kata-kata Jejai tadi Roemo berfikir sejenak. Dia meramas kuat rambutnya.

Anisa... Aku akan cari kau balik.

AKU GILAKAN KAU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang