Pernah,
Kau cuba bunuh aku sekali,
Tapi aku tak pernah peduli,
Kerana yang aku mahu kau ada disisi,
Tapi, ~~
Racun yang kau bagi..Sakit itu,
Bohong kalau tak pedih,
Tipu kalau tak sedih,
Memang itu manusia inginkan,
Ada yang bantu,
Ada yang pergi,
Tapi aku tak mengalah,
Sebab aku ada Tuhan yang Satu..Biarlah,
Takkanlah ujian itu hadir untuk aku tahu,
Dunia ini persinggahan,
Asal kau tahu,
Mereka mereka itu akan sentiasa memerhati dan tidak berdiam diri,
Yang baik itu akan ajak kepada baik,
Yang jahat itu mahu saja diikut sama,
Kerana di namakan manusia,
Mereka akan teroka apa sahaja di depan mata,
Untuk menjatuhkan atau membangkitkan..

ANDA SEDANG MEMBACA
kisah dia, aku, kau
PoetryPuisi budak pasar dan jalanan.. Aku bukanlah seorang pemuisi yang tersohor, Bukan juga seorang yang hebat popular, Aku cuma seorang pemuisi jalanan, Yang masih bertaktih dalam belayar, Apatah lagi belum mekar dan menjalar, Izinkan aku berceri...