Yang dulunya,
Suasana hingar bingit rosakkan telinga,
Pukulan kuat,
Laungan nyaring oleh pekikan mereka,
Minta untuk pergi,
Minta untukku undur diri,
Tak mengapa aku pergi,.Bila sudah tahu buruk sifat itu,
Kurang adab itu,
Mula kau lempar pasu bertalu-talu,
Kerna kau hanya mahu hebat dan gagah di depan kamu,
Tiada cacat cela bersama kamu,
Bukan aku yang kurang dan lemah banyak tak tahu,.Yang kininya,
Diam membisu di tepi jalan,
Tak mahu semua memandang kamu lagi,
Kerna kamu menghina, mengherdik orang itu,
Kini aku bangkit wira bertugu,
Namun kau?
Baru datang hulur tangan,
Ohh baru aku tahu ada juga orang berlembut tika darjat di timbang kira,
Maaf sila pergi aku tak kenal siapa itu kutu rayau,
Yang pernahnya aku di sampahkan oleh kamu..Awan99_biru

ANDA SEDANG MEMBACA
kisah dia, aku, kau
PuisiPuisi budak pasar dan jalanan.. Aku bukanlah seorang pemuisi yang tersohor, Bukan juga seorang yang hebat popular, Aku cuma seorang pemuisi jalanan, Yang masih bertaktih dalam belayar, Apatah lagi belum mekar dan menjalar, Izinkan aku berceri...