LUAHAN SANG PECAH

14 2 0
                                        

Aku tak tau nak luah apa.. Hati perit tahan kecewa derita sengsara..
rasa nak teriak.. ~~
Nak menjerit.. ~~
Nak melolong.. ~~
Tapi aku takut..
Orang panggil aku gila..
Bila orang tanya..
Aku nak crita pun..
Tak terluah dek kata.. Tersangkut di kerongkong tak bersuara..
Sedangkan hati menjerit minta di lepaskan beban..

Aku sedar aku bukanlah seorang manusia saja yang di timpa ujian..
Apalah ujian itu untuk di sayangi oleh Tuhan..
Bukan membuang diri ini ke dasar..
Tapi ingin sekali menarik diri ini dari lagi jauh tersasar..

Tak lengkaplah hidup itu andai tiada ujian..
Aku bukanlah seorang yang mudah untuk menceritakan perihal hidup aku sepenuhnya kepada sang manusia..
Yang benar2 aku percaya mereka akan tahu dan di beritahu..

Namun, puisi lah peneman aku..
Dari puisi itu aku bercerita..
Dari puisi itu aku meluahkan rasa..
Dari puisi itu jugalah aku melepaskan hela penat dunia..
Biar orang hanya tahu aku bercerita,
Tapi tak tahu jalan cerita..
Cukup buat aku tenang sekejap..

Bak kata fynn jamal " kadang-kadang dalam dunia ni orang takkan faham kita.. Tapi kalau kita nak puaskan hati semua orang sampai mati pun tak boleh buat apa.. "

Jadi aku sudah malas nak kongsi cerita dengan meluahkan pada orang..
Cuma dengan puisi aku dapat luahkan.. Walaupun puisi aku puisi budak jalanan atau budak pasar..
Tapi hanya aku tahu apa aku contengkan..
Aku tak kisah apa orang nak kata..
Puisi aku buruk~~
Jelikk~
Asalkan aku dapat meluahkan apa yang aku ingin keluarkan.. Tak semua orang judgemental.. Tapi tak semua orang fikir kedepan..

Aku tak hairan..
Kerana aku yang menentukan bagaimana hidup aku.. Andaipun ada orang nak betulkan.. Aku beri laluan.. Mungkin dari situ Allah hadirkan wakil sebagai manusia untuk betulkan.. Silakan.. Aku lagi alu-alukan.. Terima kasih yang sudi menerima aku si manusia pecah.. Dan terima kasih juga manusia yang pernah hadir dan sekarang pergi beri pengajaran untuk aku..

kisah dia, aku, kauCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang