Terlalu takut untuk aku redah semula jalan itu,
Sakan saja bayang itu menari-nari untuk menawan diri,
Aku cuba tepis,
Aku cuba lawan,
Sehingga bergetar jiwa melawan hasutan demi hasutan,.Fobia,
Ya aku fobia,
Terlalu fobia dengan jalan itu,
Sampai untuk aku melangkah pun masih ragu-ragu,
Terasa diri jauh di mamah dunia,
Bayangan juga menenggelamkan segala ceria,.Bukan aku tak mahu,
Cuma aku masih trauma dengan kisah itu,
Masih kecut untuk keluarkan hasrat itu,
Biarkan dulu,
Aku perlukan waktu untuk gagahkan semula hati yang luntur,.Nak bersemuka juga masih takut,
Masih goyah untuk di sebut kenal itu,
Kerana itu buat aku jadi lemah makin punah,.Aku butuh waktu untuk baiki hati ini,
Untuk bina semula langkah yang tadi,
Aku perlu hapuskan trauma itu,
Kerana adanya bayangan itu aku takkan muncul seperti dulu..Awan99_biru

YOU ARE READING
kisah dia, aku, kau
PoetryPuisi budak pasar dan jalanan.. Aku bukanlah seorang pemuisi yang tersohor, Bukan juga seorang yang hebat popular, Aku cuma seorang pemuisi jalanan, Yang masih bertaktih dalam belayar, Apatah lagi belum mekar dan menjalar, Izinkan aku berceri...