Dulu,
Akulah pembahagia,
Akulah sang raja tak tahu duka,
Selalu ceria,
Berkongsi suka.Bila ketemu rakan,
Tak mahu mereka dalam kesepian,
Maka aku datang bawa khabar gembira,
Tunjukkan sifat keriangan,Tak mahu mereka berduka,
Jadi aku sanggup berkorban untuk mereka bahagia.Namun itu dulu,
Yang sekarangnya aku makin tenggelam,
Makin di telan bayangan,
Tak lagi bawa khabar itu.Sekarang,
Aku hanya berteleku di birai itu,
Duduk sendirian,
Tak seorang pun datang menarik untuk dihidupkan,
Aku makin tenat dengan bayangan,
Tunggu masa untuk mati dalam ketakutan,.Kerana,
Bayangan itu menakutkan,
Bayangan itu merosakkan hidup aku,
Tersungkur jauh ke dasar kegelapan,.Makin malap cahaya itu,
Tak dihiraukan oleh mereka,
Yang dulunya pernah ada,Namun sekarang,
Tahunya aku makin tenggelam,
Mereka tinggalkan,
Persis aku tak ada perasaan..Awan99_biru
![](https://img.wattpad.com/cover/169925933-288-k340148.jpg)
YOU ARE READING
kisah dia, aku, kau
PoesiaPuisi budak pasar dan jalanan.. Aku bukanlah seorang pemuisi yang tersohor, Bukan juga seorang yang hebat popular, Aku cuma seorang pemuisi jalanan, Yang masih bertaktih dalam belayar, Apatah lagi belum mekar dan menjalar, Izinkan aku berceri...