JAGUAR BUTA

19 2 0
                                    

Dalam langkah gaya bak raja.
Sesekali mata tajam mengerling penuh sukma.
Hayun menerjah menerkam musuh longlai.
Ditengah padang dia beraksi bagai pewira.

Tompakan badan tanda kemegahan puaknya.
Lincah berlari diatas jalanan rimba.
Tunduk sang tanduk lemah hilang lutut.
Tika sang jaguar berdiri dgn gagah depan jelata.

Lupa dia hanyalah hamba.
Sang raja rimba bukanlah dia.
Singa mengaum beri isyarat kesemua penghuni alam raya.
Bahawa dialah sebenar raja segala raja rimba.

Sang jaguar tak mengalah,
Nafsunya membuak,
Melawan segala halangan,
Mendadak segala amarah,
Tugunya di buang di sampah,

Walau dia sedar tak segagah,
Singa dewa rimba,
Tapi dia bongkak,
Terlalu riak,
Sampaikan sanggup berlawan taring,
Namun kesudahannya,
Jaguar itu tersungkur terbaring,.

Dia buta,
Tak melihat kekurangannya,
Kerana terlalu gah dan bangga,
Dia lupa,
Ada lagi kuat dan sasa,.

Dulu jaguar itu melangit mendada,
Tempelak merata-rata,
Tak sedar dia hamba,
Bila terlekat taring di muka,
Titisan merah sahaja menjadi ibrahnya..

Bintu_dzulkifli & awan99_biru

kisah dia, aku, kauWhere stories live. Discover now