DULU VS KINI

87 3 0
                                    

Dulu,
Anak kecil manja,
Masih terlalu terhad akalnya,
Untuk mengenal dunia,
Segala di minta mudah mendapatnya,
Minta sahaja ada di depan mata.

Dulu,
Fikiran kau hanya bermain dan bermain,
Tak bimbang akan retaknya sekeping hati,
Gelak tawa sentiasa terukir manis di bibir..

Kini,
Kau makin dewasa,
Makin kental jiwanya,
Belajar mengenal dunia,
Kau harus usaha untuk dapatkan apa yang kau pinta,
Namun tak semudah itu jalan di bina..

Kini,
Kau bebas berterbangan di pelosok dunia,
Banyak hati yang kau kenal,
Banyak hati yang kau harus jaga,
Di sebalik menjaga ada yang lain terluka,
Begitu juga hati kecil ini,
Dalam diam retak x di duga,
Roda kehidupan yang sentiasa mencabar,
Menguji sekeping hati menjadi qowiy..

@awan_biru

kisah dia, aku, kauWhere stories live. Discover now