PELUANG LAGI

10 1 0
                                    

Yang namanya kehidupan,
Perkataan 'pergi' itu sudah terbiasa didendangkan,
Sudah lali dengan kata-kata manis tapi dusta yang sakan,
Dah nama pun manusia,
Takkan pernah lari dari perpisahan,
Kerna yang bertemu pasti akan berpisah,..

Nak kata sudah penat,
Hidup masih jauh untuk melangkah,
Nak kata tak mahu lagi tahu erti kenal,
Adat manusia sentiasa akan ada orang baru hadir,..

Jujur hati tenat,
Dengan kata pergi,
Tak mengapalah aku akan cuba kesekian kali,
Kali ini lebih berhati-hati,
Ikutkan hati tak mahu lagi untuk di kenali,
Terlalu penat untuk kenal orang sana sini,
Kerana akhirnya dapat kata pergi,..

Tapi, tak mengapalah,
Aku redha dengan ketentuan Ilahi,
Asbab dan hikmah itu aku akan contohi...

Awan99_biru

kisah dia, aku, kauWhere stories live. Discover now